Bakal Pengantin Nak Sewa Bilik

Minggu ini saya berbual-bual secara online dengan seorang rakan.
Katanya dia sekarang tinggal seorang diri di rumah.
Beliau belum berkahwin dan ada bilik kosong di rumahnya.

Rumah yang dia duduk ni rumah sendiri.
Masih ada hutang dengan bank
Untuk menjana pendapatan dan mengurangkan bayaran bulanan rumahnya ini, beliau berhasrat untuk menyewakan dua biliknya.
Kira sewa bilik lah..

tapi beliau musykil, nanti kalau berkahwin, bagaimana?
bolehkah beliau tamatkan penyewaan lebih awal sekiranya tempoh kontrak sewaan belum tamat?



sebenarnya sangat boleh, namum ia bergantung pada perjanjian sewaan.

Sekiranya dalam perjanjian sewaan sekadar tertulis
"tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______"
Tiada sebarang terma mengenai pilihan atau notis penamatan awal.

bermakna apa pun terjadi, ribut petir, puting beliung.. kontrak sewaan hanya akan tamat pada hari tarikh akhir dalam perjanjian ini.
Tiada pilihan.

Tapi sekiranya dalam perjanjian tertulis, lebih kurang begini:
"tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______"

kemudian ada terma
".. Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian perjanjian ini sebelum tarikh tamat perjanjian dengan memberi notis ____ bulan secara bertulis atau lisan kepada pihak satu lagi.."

Ini bermakna, walaupun kontrak sewaan belum tamat, tapi tuan rumah atau penyewa boleh tamatkan sewaan lebih awal. Asalkan, mereka memberi notis awal seperti dalam perjanjian.

Ahaa...

Jadi, jangan lupa masukkan klausa penting ini dalam perjanjian sewaan anda.
Sekurang-kurangnya kalau nak penyewa keluar awal, atau nak jual rumah tu atau nak duduk di situ sepenuhnya sebelum kontrak tamat, ada  lah cara keluarnya.
Tak la terikat..

kawan tadi pun boleh la sewakan biliknya sementara beliau belum berkahwin.


Mahu lebih tips menyelamatkan diri melalui perjanjian sewaan?

Jemput datang ke Bengkel Pelabur Hartanah Extended pada 28 Jun ini, Ahad.
Yuran cuma RM 198 , atau RM 388 jika hadir bersekali dengan Bengkel Wang dan Hartanah pada 22 Jun.
Bonusnya, akan dapat hadir ke Seminar Hartanah bersama Faizul Rizuan, Azizi Ali, Ho Chin Soon dan beberapa taiko lagi dengan hanya RM 1.

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/bengkeljun2014

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog