• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bakal Pengantin Nak Sewa Bilik

Minggu ini saya berbual-bual secara online dengan seorang rakan.
Katanya dia sekarang tinggal seorang diri di rumah.
Beliau belum berkahwin dan ada bilik kosong di rumahnya.

Rumah yang dia duduk ni rumah sendiri.
Masih ada hutang dengan bank
Untuk menjana pendapatan dan mengurangkan bayaran bulanan rumahnya ini, beliau berhasrat untuk menyewakan dua biliknya.
Kira sewa bilik lah..

tapi beliau musykil, nanti kalau berkahwin, bagaimana?
bolehkah beliau tamatkan penyewaan lebih awal sekiranya tempoh kontrak sewaan belum tamat?



sebenarnya sangat boleh, namum ia bergantung pada perjanjian sewaan.

Sekiranya dalam perjanjian sewaan sekadar tertulis
"tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______"
Tiada sebarang terma mengenai pilihan atau notis penamatan awal.

bermakna apa pun terjadi, ribut petir, puting beliung.. kontrak sewaan hanya akan tamat pada hari tarikh akhir dalam perjanjian ini.
Tiada pilihan.

Tapi sekiranya dalam perjanjian tertulis, lebih kurang begini:
"tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______"

kemudian ada terma
".. Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian perjanjian ini sebelum tarikh tamat perjanjian dengan memberi notis ____ bulan secara bertulis atau lisan kepada pihak satu lagi.."

Ini bermakna, walaupun kontrak sewaan belum tamat, tapi tuan rumah atau penyewa boleh tamatkan sewaan lebih awal. Asalkan, mereka memberi notis awal seperti dalam perjanjian.

Ahaa...

Jadi, jangan lupa masukkan klausa penting ini dalam perjanjian sewaan anda.
Sekurang-kurangnya kalau nak penyewa keluar awal, atau nak jual rumah tu atau nak duduk di situ sepenuhnya sebelum kontrak tamat, ada  lah cara keluarnya.
Tak la terikat..

kawan tadi pun boleh la sewakan biliknya sementara beliau belum berkahwin.


Mahu lebih tips menyelamatkan diri melalui perjanjian sewaan?

Jemput datang ke Bengkel Pelabur Hartanah Extended pada 28 Jun ini, Ahad.
Yuran cuma RM 198 , atau RM 388 jika hadir bersekali dengan Bengkel Wang dan Hartanah pada 22 Jun.
Bonusnya, akan dapat hadir ke Seminar Hartanah bersama Faizul Rizuan, Azizi Ali, Ho Chin Soon dan beberapa taiko lagi dengan hanya RM 1.

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/bengkeljun2014

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut


Share:

Pakej terhebat alaf ini - 3 dalam 1

Saya ada pakej terbaik untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Sekali lagi, saya akan menganjurkan dua bengkel pelaburan hartanah pada bulan Jun ini.




******************************
1) Bengkel Wang dan Hartanah
******************************

Bengkel Wang dan Hartanah sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu belajar mengenai pelaburan hartanah.
Atau kepada mereka yang baru beli satu unit rumah tetapi masih kurang jelas mengenai tips dan trick penting.

Menghadiri bengkel ini, peserta akan didedahkan dan memahami:

- Pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- kenalpasti jodoh hartanah
- Pro dan Cons: Beli rumah under construction, subsale dan lelong.

Bengkel ini akan diadakan pada 22 Jun, Ahad..
Tempat belum dipastikan, tetapi ia akan diadakan di kawasan Ampang atau Kuala Lumpur.





*********************************
2) Bengkel Pelabur Hartanah Extended
*********************************

Bengkel Pelabur Hartanah Extended merupakan modul baru yang saya akan bawa.
Ia merupakan sambungan kepada Bengkel Wang dan Hartanah kerana isi kandungannya lebih advanced.
Ia juga lebih sesuai kepada mereka yang sudah membeli satu atau dua buah rumah dan mahu tahu lebih lagi mengenai isu-isu yang mereka akan temui selepas pembelian rumah pelaburan mereka.

Peserta akan didedahkan dan memahami:

- Prosedur sebenar beli rumah  
- Memahami kos pembelian rumah 
- Sesi  dengan peguam : memahami SPA dan prosedur semasa pindah milik 
- Memahami letter offer loan
- Menyelongkar permata hartanah pujaan
- Memahami perjanjian sewaan dan strategi menyewakan rumah



Insya Allah, kita ada penceramah jemputan iaitu peguam Hazlin Aslina untuk berkongsi slot bersama peguam ini.
Puan Hazlin Aslina mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam conveyancing dan merupakan peguam rasmi saya sejak 2008 lagi.

Bengkel ini akan diadakan pada 28 Jun, Sabtu.
Tempat juga belum dipastikan, tetapi ia akan diadakan di kawasan Ampang atau Kuala Lumpur.




**************
YURAN
**************

          RM 228 seorang untuk salah satu bengkel
          RM  428 seorang untuk kedua-dua bengkel

Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar saya terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 178 seorang untuk satu seminar


****************************
CARA MENDAFTAR
***************************

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/bengkeljun2014

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803
Maaf, tempat adalah terhad kepada maksima 25 orang sahaja.


******************
BONUS HEBAT
******************

Ok nanti dulu.
Saya ada satu lagi bonus untuk kawan-kawan.




Bagi mereka yang mendaftar salah satu atau kedua-dua seminar ini sebelum 6 Jun 2014, anda diberi tiket khas untuk hadir ke Konvensyen Hartanah carirumah.com.my dengan cuma RM 1 sahaja.

Yup, yup...
konvensyen hebat yang speakernya adalah Faizul Rizual, Azizi Ali, Ho Chin Soon, Safuan Rahman (Wan Infolelong), Adrian Wee dan Ernest Towle (ET) selama satu hari penuh.

Apa yang akan dilakukan adalah, sebaik anda mendaftar Bengkel Wang dan Hartanah dan / atau Bengkel Pelabur Hartanah Extended ini, anda perlu mendaftar Konvensyen Hartanah carirumah.com.my ini pula dengan bayaran RM50.

Tetapi memandangkan anda sign up untuk pakej ini,  pada hari konvensyen itu, pihak penganjur akan memulangkan semula RM 49 kepada anda.

Sangat menarik bukan?

Untuk mendaftar dan hadir ke Konvensyen Hartanah carirumah.com.my, KLIK DI SINI.

ok kawan-kawan... jumpa lagi nanti ya!
Share:

Lepaskan Kekayaan Anda di tahun 2014

Belajar dari orang Cina

Ramai orang kata, orang cina ni memang dah dari dulu pakar buat duit
mereka dah lama mahir berbisnes
mereka dah lama tahu main saham
mereka lebih awal melabur hartanah beramai-ramai.

Maka, bagi saya sangat beruntung kalau dapat belajar dari mereka
bagaimana mereka lakukannya

Itulah sebabnya saya banyak hadir ke kelas dan seminar yang speakernya adalah dari bangsa Cina.
Saya mahu tahu rahsia mereka.

Selain Dr Peter Yee, seorang lagi guru pelaburan hartanah saya adalah Michael Tan.
Beliau memang seorang pelabur hartanah yang agresif dan bijak.
Melalui FREEMEN, beliau menganjurkan beberapa siri seminar dan kelas pelaburan hartanah

.

Terbaru, FREEMEN akan menganjurkan satu lagi seminar sehari bertajuk Unleashing Your Wealth in 2014.
Dalam bahasa melayu, Google translate kata Lepaskan Kekayaan Anda di tahun 2014.

Seminar ini akan diadakan pada
- 31 Mei di Petaling Jaya
- 1 Jun di Kuala Lumpur
- 21 Jun di Pulau Pinang.

Selain Michael Tan, akan ada dua orang lagi speaker yang akan turut berkongsi ilmu.
Mereka adalah Bowie Tan dan Rachel Lim.

Antara perkara yang akan didedahkan adalah -
- berapa Financial Freedom Number anda
- Ilmu wajib tahu mengenai pelaburan hartanah
- Teknik orang kaya menggandakan kekayaan mereka
- Property Game

dan lain - lain.

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, boleh klik DI SINI
Saya dimaklumkan, yuran cuma RM 59
tetapi untuk kawan-kawan yang subsscribe email saya, saya ada tawaran istimewa.
Tunggu email dari saya hari ini ya.

Nak jadi subscriber email saya, jemput ke http://wangbesar.propertywaltz.com/
Ebook Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah akan diberi percuma saya untuk semua yang melanggan
Share:

Talk percuma, peta percuma

Wahhh... nampaknya Sabtu ini ada sesi talk hartanah percuma lagi.
Kali ini Ahyat Ishak pula akan beri talk di I-Tech Tower, Shaftsbury Square Cyberjaya.
Tajuk talk dia 'A Excitement in the Southern Corridor of Greater Kuala Lumpur'



Khabarnya Ahyat juga akan edarkan peta khas Pejuang Hartanah secara percuma kepada semua yang hadir.
Woww woww...



Satu lagi yang menarik, kalau lihat pada itinerary ni, ada complimentary bus tour ke tapak Shaftsbury Avenue Putrajaya.
ooo... maknanya, Shaftsbury Avenue ini adalah projek baru di Putrajaya.

Ada pelancaran besar-besaran Shaftsbury Avenue @ Putrajaya pada hari Sabtu 24 Mei dan Ahad 25 Mei tu.

Jadi, kalau kawan-kawan berminat nak tahu potensi lokasi di sebelah selatan Greater KL ini dan potensi projek baru di Putrajaya ini sendiri, jemput hadir ya.

Tarikh : 24th May 2014, Sabtu
Masa : 12 pm
Speaker : Ahyat Ishak
Lokasi : I-Tech Tower, Shaftsbury Square Cyberjaya.
Share:

mengecat ala adidas

Ingat lagi kisah cinta kawan saya?
saya pernah kongsikan DI SINI dan DI SINI.

Kawan saya ini dah dapat kunci rumah yang dibelinya beberapa bulan lepas.
Alhamdulillah....

Rumah freehold, jadi proses pindahmilik dan loan disbursement ambil masa dalam 5 bulan sahaja.
Kawan saya ni pun guna servis peguam rasmi saya yang saya dah percaya.
Jadi, tiada masalah sepanjang proses pindahmilik rumah ni.

Nak duduk rumah sendiri kan.. takkan nak duduk di rumah bercat putih je.
Boring lah..

maka dia berangan nak cat sikit rumah ni.
Biar ada deko sikit lah.

Tapi adat orang sibuk... hari ke hari tak juga mengecat.
Lampu, gril, kitchen cabinet pun tak ada pasang lagi.

Last-last dia ada hal kena pindah masuk bulan 6 ni.
haaa... baru terkancat.

Sebagai kawan lama, saya tolong dia beli rekemen company yang pasang kitchen cabinet dan gril
kemudian saya teman dia pergi beli sink, hood dan hob dan beberapa kelengkapan lagi.



Masalah seterusnya, mengecat.
Dia tak ada masa nak mengecat rumah... (dan tak ada pengalaman juga).
Kebetulan famili saya boleh mengecat rumah.
Saya ada turunkan ilmu dan jampi-jampi mengecat rumah kat mereka sedikit sebanyak.

Kawan saya pun nak berjimat
jadi saya cadangkan untuk upah sahaja mereka untuk mengecat.
Saya jadi QC.
Kawan saya setuju.

Jumaat saya teman dia ke kedai hardware untuk beli cat.
Kami pilih cat SKK glossy.
5 liter dalam rm 90

ada juga cat kapur untuk menjimatkan kos
Cat Maxilite 7 liter baru RM 32.



Maka sabtu dan ahad semalam, projek mengecat pun bermula...
rumah ni belum masuk bekalan elektrik, jadi kerja mengecat boleh dibuat pada waktu siang sahaja.

Kawasan yang nak dicat adalah ruang tamu dan bilik tidur master sahaja.
Bilik satu lagi, biar sahaja cat putih asal.
tapi ada satu kawasan tu, kawan saya minta dicat ala-ala adidas gitu...

Tapi mengecat ala adidas begini, kami belum ada pengalaman lagi.
Kita cuba sahajalah dahulu.
Cuba buat yang terbaik.

Kawan-kawan ada yang nak mengecat rumah tapi tak ada masa?

Mungkin mereka boleh tolong..
cuma weekend sahajalah sebab ini team freelance yang ada kerja lain full time.
Boleh call 0123547636 atau email properttwaltz@gmail.com

Layan gambar-gambar..







Share:

Penyewa pakai aircond banyak dan kongsi bilik air.

Saya menerima email dari seorang rakan Kelab Alien Hartawan.
saya memilih untuk cuba menjawabnya di sini.



Soalan

Hi Miss Rohaniah,

Saya ada dua soalan yang saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tengah duk memikirkan penyelesaian, terlintas untuk bertanya pada miss Rohaniah.

1) Jikalau rumah sewa yang kita hendak sewakan mempunyai aircond setiap bilik dah setiap bilik disewakan kepada penyewa lain, saya faham bahawa bil utiliti perlu dikongsi untuk dibayar. Bagaimana pula apabila pengunaan aircond ini menyebabkan bill elektrik naik kepada lebih daripada rm150 sebulan. Ada penyewa yang jarang guna aircond. Maka, adilkah kita menyuruh dia pun membayar sama rata setiap bulan? Adakah cara untuk kita mengawal situasi sebegini?


2) Rumah yang saya sewakan ada dua bilik yang berkongsi bilik air. Kedua-dua penyewa adalah berlainan bangsa dan penyewa bilik pertama berkebolehan untuk memasuki bilik penyewa yang kedua melalui bilik air. Soalannya sekarang, adakah cara untuk mengawal privasi penyewa. Apakah idea perlaksanaan miss Rohaniah untuk situasi sebegini?


Jawapan

1) Penting di sini kerjasama dan persefahaman sesama rakan serumah.
Pengalaman saya, penyewa yang saya sewakan ikut bilik, mereka tahu tanggungjawab sendiri.
Bila seorang tu obvious banyak menggunakan aircond berbanding yang lain, salah seorang penyewa bilik di rumah itu yang bertindak seperti ketua rumah akan meminta penyewa tersebut membayar lebih sedikit dari yang lain. 
Biasanya saya akan terangkan mengenai hal ini semasa penyewa berpindah masuk.
Penting bagi kita mencari penyewa yang baik dan nampak bertimbang rasa melalui beberapa tips tapisan penyewa yang saya kongsikan dalam ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar dan semasa dalam Konvensyen Pejuang Hartanah kelmarin.

Ada satu lagi cara iaitu dengan memasang meter elektrik berasingan untuk setiap bilik. 
Ada kos lebih lah di sini.
Meter elektrik ini akan mengukur penggunaan elektrik di setiap bilik ini secara berasingan.
Tapi jujurnya saya belum pernah buat lagi.


2) Apa kata pasang kunci selak dari sebelah dalam bilik. 
Bermakna, pintu bilik air akan ada 2 kunci pada setiap pintu.
Satu dalam bilik, satu sebelah dalam bilik air.
Jadi, kalau penyewa bilik tu keluar rumah, tidur atau mahu berehat, cuma kuncikan sahaja dari dalam bilik.
Penyewa di bilik sebelah sana takkan dapat masuk ke dalam bilik dia.

Harap jawapan ini membantu.
Share:

Konvensyen Pejuang Hartanah - pertama dan terhebat

Sabtu dan ad lepas, iaitu pada 3 & 4 Mei, Konvensyen Pejuang Hartanah telah berlangsung dengan jaya.
Saya telah dijemput sebagai salah seorang speaker





Saya kongsikan kemeriahan, kehebatan dan perkongsian 10 speaker yang terlibat pada hari tersebut.
Copy paste dari perkongsian live saya di Facebook.


Tuan Azizi Ali

Semasa kita hidup ni, make the most out of the opportunity.

"Kalau saya mai dari Kampung Bongkok di Perlis tu boleh buat, tuan-tuan pun boleh buat juga"

"Lebih banyak buku kewangan yang tuan-tuan baca, tuan-tuan akan menjadi lebih kaya." - tuan Azizi Ali







Tuan surveyor Sulaiman Akhmady

Tuan Sulaiman berkongsi statistik transaksi hartanah di Malaysia, perbandingan tahun 2012 dan 2013.



CR Fadzli UNIC


Untaz Fadzli banyak berkongsi mengenai niat. Apa niat kita untuk menjadi kaya?
Beliau juga bercerita mengenai kalau kita mengambil ringan sesuatu perkara, kita takkan berjaya.






Master Yusnizam

"Nak jadi kaya, bukannya buat sales, tapi manage sales." - Master Yusnizam.



Faizul Ridzuan

Rumah yang kecil seperti unit studio boleh beri lebih keuntungan harga berbanding unit yang lebih besar seperti unit 3 bilik tidur

"Mantra location, location, location is obselete. Look at price, supply and type of product." -


Tuan Khairul Anuar



Dari 15,000 peguam di Malaysia, setengah darinya ada di Lembah Klang.
Pastikan peguam ada pejabat sendiri. Bar Council tak benarkan peguam yang hanya menggunakan virtual office.

"Pilih peguam betul-betul dan dapatkan recommendation."

"Everything is negotiable. Kalau dikenakan interest oleh pemaju, dan anda ada alasan yang bagus, cuba jumpa pemaju untuk bincang. Minta pengurangan."

Kalau tempoh waranti dah tamat, kemudian didapati dinding runtuh, pembeli masih boleh komplen ke pemaju. Kerana pemaju kena bina rumah in working condition. Cuma, perlu pergi ke mahkamah dan kos tinggi sedikit berbanding semasa dalam tempoh waranti.



Dr Wan Shah Razali

Semasa Dr Wan Shah Razali bergaji sebulan RM 30K, beliau hanya berkereta Wira.

Dua jenis investor.
- Investor kelas ketiga
- investor kelas pertama.

Investor yang dah beli 3 atau 4 rumah tapi masih bertanya, "lepas ni nak beli di mana?"
" macamana nak dapatkan pinjaman 90%?" 
Adalah investor yang belum siap.




Coach Baharuddin Mohamed

Kegagalan dan kejayaan adalah seperti kaki kiri dan kanan.

"Bank hanya beri pinjam kepada 2 jenis orang:
1) orang yang ada duit
2) orang yang nampak macam ada duit."




Tuan Khairudin, Ho Chin Soon Research.

Gunakan SWOT analysis untuk menilai sesebuah projek pembangunan sebelum membeli rumah pelaburan di situ.
Pemaju biasanya highlight Strenght.

Ada banyak highway di sebelah selatan center of gravity. Kita tahu highway membawa peranan besar pada pembangunan sesebuah kawasan.

Some powerful tools:
- laman web jabatan penilaian
- laman web jabatan pemetaan

"Map is powerful, but site inspection is very important",




Rohaniah Noor (saya la tu..)

Saya berkongsi tajuk Penyewa dari Syurga.
Siap ada video selfie lagi.. hehehehe

sebenarnya nak tangkap gambar selfie atas pentas.
sekali rupanya saya tak perasan tertekan button record video sebelum naik pentas lagi.
jadi, ini lah hasilnya..



Ahyat Ishak



Setiap orang mempunyai center of gravity nya sendiri.
Kalau ada 300 orang dalam dewan ni, akan ada 300 center of gravity yang berbeza.
Centewr of gravity masing-masing ditentukan oleh 2 pusat galaksi, iaitu:
1) tempat tinggalnya
2) tempat kerjanya



Perasmian dan pelancaran

Perasmian Konvensyen Pejuang Hartanah dan pelancaran majalah Prospek Hartanah oleh Datuk Dr Maznah.
Prospek Hartanah adalah majalah pelaburan hartanah berbahasa Melayu yang pertama di dunia.
Saya diberi peluang menulis di dalam column sendiri bernama Srikandi Hartanah.

saya sempat bergambar dengan Datuk Dr Maznah.



Persembahan UNIC


ini pertama kali, konvensyen atau seminar pelaburan hartanah ada persembahan artis.
wahh.. memang sedap nyanyian live mereka. sangat harmoni.

ada lagi...
Abang Ensem menerima anugerah khas Pejuang Hartanah.
wohooo.. Tahniah!




Tuan Zamri Nanyan juga menerima anugerah khas ini.
Beliau memang pakar internet marketing yang tak perlu diperkenalkan lagi.


Derngan editor dan penulis Majalah Prospek Hartanah, Puan Ameena dan tuan Zul



Tabik Pejuang Hartanah


Selfie dengan tokoh-tokoh hebat dan speaker semasa makan tengah hari


Ini pula selfie sebelum saya naik pentas.
Lepas selfie ni lah saya tertekan button record. hehehe




Gambar ini paling mahal.
saya dapat bergambar dan duduk sebelah idola saya, Tuan Azizi Ali.
Kalau tak kerana dia, saya takkan berada di sini sekarang.
terlalu banyak ilmu yang dia kongsikan dan saya praktikkan untuk sampai ke tahap ini.
Terima kasih banyak-banyak tuan.



Saya boleh katakan, inilah konvensyen pelaburan hartanah berbahasa melayu yang paling hebat
dan pertama diadakan seumpamanya.
Syabas kepada Ahyat Ishak dan Emerilda Sani sebagai co-founder dan penganjur.
You guys are awesome!
Share:

Dari Pelabur ke Kontraktor Rumah

Minggu lepas saya ke Dungun.
Ada hal kerja di sana.
Tapi saya sempat luangkan masa di sebelah petang bertemu dengan kawan lama saya.
Kawan sama kepala alien.

Dah lama betul tak jumpa.
ada lah 3 tahun agaknya.
Best sebab dia belanja saya makan kopok lekor dan goreng pisang.
hahaha..
dia nak belanja ikan bakar di sebelah malam tetapi saya yang ada kerja pula perlu disiapkan.
Badan pula dah sangat letih.

Tapi saya bukan nak cerita pasal keropok lekor yang dia belanja makan tu.
Saya nak cerita pasal projek kontraktor dia.
woww.. woww..



Dia dah maju banyak tapak ke hadapan dah rupanya
Dah buka satu syarikat kontraktor untuk bina rumah.
Buat permulaan, beliau bina rumah untuk ahli kelaurganya dahulu.

Ahli keluarganya buat pinjaman kerajaan untuk bina rumah.
Dari upah kontraktor lain untuk bina, baik upah kontraktor milik keluarga sendiri kan.

Sebagai kontraktor dah tentu ada sedikit margin keuntungan kos binaan kan.
Maknanya di situ dah ada penjimatan.
Margin keuntungan tu, dimiliki sendiri.

Berbeza dengan orang bukan alien, mereka bina rumah guna pinjaman kerajaan ni untuk rumah duduk sendiri.
Bina rumah besar semaksima pinjaman yang layak.
Tapi kawan saya ni memang alien.
Rumah tu bukan untuk didiami
Tetapi untuk disewakan kepada pelajar-pelajar IPT di sana nanti.



Mengambil kira faktor ini, rumah yang dibina bakal punya 5 bilik dan 5 bilik air.
setiap bilik ada bilik air sendiri.
Maka mudah lah nak menyewa ikut bilik atau ikut kepala kan...

Saya bertanya padanya, kenapa tak bina dua pintu sahaja?
Katanya, Majlis Bandaran takkan luluskan pelan tersebut kalau ada dua pintu di atas lot tanah yang sama.
kalau nak buat juga, kena pecah lot kepada dua.



Walaupun pelan nampak satu pintu, tapi jika mereka boleh agak yang kita nak pecah kepada dua pintu kemudiannya, pun ia takkan diluluskan.
Majlis Bandaran lebih bijak menjangka nampaknya.

All the best kepada kawan saya ini.
Insya Allah.. pengalaman projek pertama ini akan digunakan untuk projek seterusnya pula.
Gambatte!
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog