Mat Jenin sudah tiada

Peribahasa 'angan-angan Mat Jenin' telah sekian lama menghalang orang Melayu dari berani berimpian.

Bila kawan-kawan atau anak kita menyebut impian yang dirasakan terlalu besar, mustahil atau tidak berpijak di bumi nyata, kita akan berkata,
"Alah.. Engkau ni angan-angan mat jenin sahaja."

Maka terbantutlah impian dia di situ.

Tiada impian yang terlalu besar.
Tiada yang mustahil.
Di kala kita, orang melayu disogok dengan peribahasa angan-angan mat jenin, anak orang putih diajar pepatah Walt Disney.


Sudah tiba masa pepatah ini disenyapkan.
Biarkan kita semua berangan.
Biarkan kita semua berimpian.
Kemudian, kita lebihkan penekanan kepada bagaimana kita mahu capai impian itu.

Mat Jenin sudah tiada.



Lokasi gambar: Pelabuhan di Banda Acheh yang pernah rata habis dipukul tsunami.
1