sumpahan gaji 14.580

Berita di The Star hari ini mengatakan, anda mestilah mempunyai pendapatan sebanyakk RM 14,580 sebulan untuk memiliki sebuah rumah di Lembah Klang.

Ia juga menyenaraikan purata pendapata jika mahu membeli runah di beberapa lokasi utama.




Nombor-nombor ini dijana dari dapatan kajian yang telah dijalankan okeh Sime Darby.
Kajian melibatkan 1,529 reponden.
1,183 daripadanya adalah pemilik rumah di lokasi-lokasi seperti di dalam gambar di atas.

Sejauh mana tepatnya dapatan kajian ini?
Betul ke kalau orang Kajang, kena ada pendapatan RM 12,300 baru boleh beli rumah?

Pandangan saya, ayat 'household income NEEDED to own house' tu tak tepat

Jika mahu memiliki rumah, gaji bawah rm 3,000 pun boleh.

Yang penting, kita mesti tahu:

- bagaimana urus kewangan peribadi dan keluarga
- simpan duit untuk wang deposit dan kos peguam
- tahu peluang keluarkan duit kwsp
- tahu dan rajin cari rumah yang sesuai dengan pendapatan
- baca artikel, buku, blog dan hadir kelas yang bercertita mengenai pembelian rumah dan kewangan.

Hidup di bawah kemampuan.
Jangan berangan mat jenin dan cuba hidup di luar kemampuan.

Yang penting dapat beli rumah kan..
Kalau dah mampu bayar pinjaman sebulan  RM 350 sahaja, belilah rumah flat.
Rumah juga,

Kalau mampu bayar RM 800 sebulan, dan layak buat pinjaman sebanyak itu, belilah apartment yang harganya kurang dari RM 200,000.
Rumah juga.

Sekali lagi, berbelanja dan hidup di bawah kemampuan.
Tak semestinya kena tunggu pendapatan berbelas ribu baru boleh beli rumah.

Artikel ini boleh diakses di sini.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/18/Klang-Valley-still-affordable-A-household-needs-monthly-income-of-RM14580-to-buy-a-home
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog