jual tanpa izin penyewa

Hari ini saya nak ceritakan satu kisah bagaimana jika kita mahu jual rumah yang ada penyewa, tapi penyewa tak mahu bekerjasama.

Ok, ceritanya begini.

Semalam saya main sain-sain dengan Jenny, seorang real estate negotiator (REN)
Alhamdulillah.. saya berjaya jual salah satu rumah saya.
Tapi ia pending sama ada pembeli boleh dapatkan pinjaman atau tidak.



Saya nak jual rumah ni sejak Oktober 2013.
Mula-mula saya tawarkan kepada seorang REN.
Kemudian terjumpa Jenny semasa seminar PRISM awal November 2013.
Jadi saya tawarkan kepada beliau juga jika dapat bantu jual rumah ini.

Rumah ini ada penyewa.
Kontrak sewaannya setahun sehingga akhir Mei 2014.
Memang saya sewakan sementara menunggu tamat lock in period 3 tahun dengan pihak bank.

Pada awalnya, apabila saya memberitahu penyewa saya mahu menjual rumah, penyewa saya mahu pindah keluar.
Saya tak setuju sebab kontrak sewaan masih ada.
Lagipun, nak dapatkan pembeli akan ambil masa.
Nak tunggu proses tukar hakmilik dan loan disburse pun akan ambil masa.
Sempat la kontrak sewaan tamat dulu.

Saya cuma minta dia tolong bukakan pintu untuk agent bawa buyer tengok rumah.
Sebagai ganjaran, bila ada buyer, sewa bulan seterusnya akan diberi diskaun.

Penyewa bersetuju.

Hujung november, jenny dapat aturkan dengan seorang buyer.
Awal disember seorang buyer lagi.
Tapi kedua-dua buyer tak jadi beli.

Awal januari, jenny set appointment lagi untuk dua orang buyer datang tengok rumah sekaligus.
Penyewa tetapkan masa dan tarikh yang dia kata dia available,

Tiba-tiba bila tiba masa dan tarikhnya, penyewa tak angkat telefon.
Jenny dan bakal buyer datang ketuk rumah pun, pintu tak dibuka.
Meskipun ada petanda, ada orang di dalam rumah.

Saya sendiri cuba hubungi penyewa tapi tiada jawapan.
Janji jam 7 malam, jenny dan bakal pembeli tunggu sampai jam 10 malam.
Tapi tetap senyap sunyi.

Awal pagi barulah penyewa jawab whatsapp saya.
Beliau beri alasan keletihan selepas exam.
Dan beliau nyatakan tak suka agent datang bawa buyer lelaki tengok rumah.
Mengganggu ketenteraman.

Haihh.. Takkan saya nak jual rumah pada buyer perempuan sahaja?
Dan kalau pun buyer perempuan, macamana nak halang dia bawa suami, abang, adik lelaki, bapa atau teman lelaki bersama?

Tentang keletihan pula, dia yang set tarikh dan masa ni.
Kalau pun dia sms agent sebelum jam 7 malam beritahu nak batalkan appointment, tak perlu lah mereka menunggu hingga jam 7 malam.

Esoknya, saya hubungi penyewa.
Dia angkat phone.
Nampaknya dia tak mahu bincang lagi untuk bukakan pintu kepada agent.

Terpaksa saya tamatkan sewaan dia berkuatkuasa hujung bulan januari.
Penyewa pun setuju kerana dia memang nak keluar.
Saya je yang selama ini tak bersetuju dan mahu teruskan mengikut kontrak.

Hujung bulan januari, sehari sebelum saya bertolak ke Medan, penyewa keluar dan serahkan kunci.
Saya pulangkan deposit.
Terus saya serahkan kunci kepada jenny dan seorang lagi ren tadi.

Hari kedua di Medan, saya menerima sms dari jenny yang rumah saya dah ada buyer.
Buyer dah pun bayar booking 3%.
Tinggal menunggu saya pulang dari Sumatera untuk tandatangan booking form.
Kemudian buyer pun nak mohon pinjaman.

Harapan saya, agar pembeli akan berjaya mendapatkan pinjaman.


Intipatinya di sini:

Jika penyewa tak mahu bekerjasama untuk tunjukan rumah kepada bakal buyer, tuan rumah terpaksa:

1) tunda dulu jual rumah sehinggalah kontrak sewaan tamat; atau

2) tamatkan kontrak sewaan dengan penyewa supaya rumah kosong. Tapi perlu ada holding power yang baik untuk bayar ansuran bulanan sementara proses tukar hakmilik selesai.

Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog