Jatuh bangun Serena Guest House 2013

Baru semalam saya menulis DI SINI mengenai homestay Serena Guest House saya yang disewa sebulan terus.

Rupanya petang semalam saya menerima khabar dari kakak cleaner yang jaga homestay tu.
Penyewa sebelum ini mahu menyewakan lagi sekali untuk kawannya yang akan tiba ke Malaysia esok.
Beliau mahu sewa sebulan juga.
Alhamdulillah....

Kalau boleh saya kongsikan sedikit pengalaman saya menjalankan homestay ini sejak beberapa bulan ini.

Saya dapat sewa rumah ini mulai Jun 2013. Rumah kosong.
Saya partner dengan kawan lama saya yag juga peserta Seminar Wang dan Hartanah yang saya anjurkan.




Kami pasang kabinet dapur, beli perabot, cat semula, pasang langsir, siapkan rumah...
bulan Julai 2013 homestay mula diiklankan untuk disewa.
Saya letak iklan di Mudah, promosikan di blog dan melalui agen marketing iaitu blog http://www.anastasyea.com/
dan blog adik saya di http://catatandarideutschland.blogspot.com
serta mendaftar di inapdesa.com

Pendapatan bulan julai lepas-lepas sahaja untuk bayar sewa dan bil utiliti.

pendapatan bulan Ogos 2013 bagus pula. ada positive cashflow dalam RM500
untuk bulan September, baki tunai turun ke RM300.

Bulan Oktober 2013, dapatlah baki tunai dalam RM 300 juga.
Pada masa ini, saya sudah mendaftar homestay ini di agoda.com
Tapi nampaknya sales sama juga.
Dari agoda, langsung tiada tempahan.

Saya mula termenung..
Pengalaman pertama memulakan homestay bukan di kawasan pelancongan.. begini dugaannya.
Saya mula rasa, menyewakan seperti biasa lebih mudah dan menguntungkan.
Homestay lebih remeh.. pendapatan tak tetap.
Tapi memandangkan saya berangan mahu buka hostel backpacking satu hari nanti, saya teruskan lagi.
Ini semua pengalaman.


Bulan November, masih ada tetamu. kebanyakannya dari Mudah.
Pada bulan ini juga, saya dan kawan dah dapatkan seorang yang dipercayai untuk menjaga homestay ini.
beliau seorang cleaner di situ.

Sebelum ini, memandangkan sales tak berapa bagus, saya dan kawan bergiliir-gilir cuci dan kemas rumah sendiri.
Nak jimat kos operasi katakan.
Kami jadi letih dan kalut sebab masing-masing ada kerjaya lain.
Tu yang kami cuba mencari siapa yang jujur yang boleh menjaga homestay ini.
mencucinya, menjaga kunci dan mengambil baki wang sewaan bagi pihak kami bila tetamu check in.

Cabaran bertambah... aircond second hand yang saya beli di ruang tamu rosak.
Compressornya rosak. Kalau baiki pun katanya lebih RM300.
Kami terpaksa beli aircond baru.

Kali ni beli yang 1.5 hp suapaya memberi lebih keselesaan.
Sudahnya, untuk bulan November 2013, aliran wang negatif.
Wang simpanan Kaseh Trading terpaksa digunakan untuk membayar sewa homestay ini.



Bulan Disember, tiba-tiba cleaner beritahu seorang lelaki Libya yang menginap di apartment yang sama mencari rumah untuk disewa untuk sebulan sahaja.
kakak cleaner ni seminggu sekali membersihkan rumahnya.
Beliau mahu mencarikan tempat tinggal untuk kawannya yang mahu belajar bahasa di UKM.

Alhamdulillah.. bagai orang mengantuk disorong bantal, saya setuju menyewakan homestay saya.
Untuk sebulan ini, lebih relaks dan dijamin aliran wang positif yang agak banyak juga.
jadi untuk bulan Disember, baki wang tunai naik ke RM 700++.

Saya kira itu penutup 2013 yang bagus bagi Serena Guest House.

Dan bila bulan ni pun ada tetamu menyewa semalam dan dapat lagi sewa sebulan dari orang yang sama, saya sangat sangat bersyukur.
Insya Allah, untuk sales bulan ini, akan dapat baki tunai positif lagi...



Inilah cabaran orang yang pertama kali menjalankan homestay.
Saya juga akan perbaiki lagi dari segi marketing homestay ini.
Marketing dan networking sangat penting di sini.

Jika ada yang berminat menginap di homestay di Bandar Baru Bangi, dekat dengan komuter UKM, boleh call atau whatsapp 0192648628
jangan sms sebab sms ni problem sikit.
Homestay available untuk tempahan bulan Februari dari 7 hb ke atas.

5