Seniwati Azean Irdawaty: Perginya si primadona

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita pemergian Seniwati Azean Irdawaty

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 7.29 malam 17 Disember 2013.

Saya salah seorang peminat setia lakonan beliau.
Filem Layar Lara.. merupakan filem yang paling saya minati.
Lakonan arwah dan Ida Nerina adalah yang terbaik.
Terbayang lagi tangisan arwah suatu masa dulu , ketika filem itu ditolak pencalonannya di sebuah Festival Filem Antarabangsa terkemuka
Hanya kerana filem yang dihantar ke festival itu tidak dilengkapkan dengan sarikata bahasa inggeris.
Arwah sangat terkilan.
Kerana katanya, selepas ini entah beliau akan dapat watak dan skrip sehebat ini lagi atau tidak.



Tak kurang juga lakonan arwah dalam Talentime.
Walaupun watak itu hanya baring, tapi dia berjaya menyentuh hati kita semua.
Dari pembacaan saya, memang watak itu dicipta begitu oleh arwah Yasmin Ahmad.
kerana pada waktu itu, arwah Kak Yan sedang sakit selepas menjalani kimo akibat barah payudara
Kerana mahu membantu arwah Kak Yan, arwah Yasmin mencipta watak sebegitu kepadanya.



Saya tidak pernah bertemu muka dengannya
Jadi, bila mendapat tahu berita pemergiannya, saya sangat sedih

Lantas saya memutuskan, ada satu sahaja peluang terakhir untuk saya bertemu beliau dan memberi penghormatan kepadanya.
Iaitu pada hari pengkebumiannya.

Atas maklumat yang diberi di twitter oleh Tuan Faisal Mustaffa, saya mendapat tahu lokasi di mana arwah akan dimandi dan disolatkan.
iaitu di Masjid Kayu Ara.



Alhamdulillah...
saya telah berjaya tiba di sana ketika jenazah masih belum dimandikan.
Dapat mengajikan Yasin untuknya dan dapat solat jenazah untuknya
itulah penghargaan saya terhadapnya yang dapat saya sampaikan.

Ada ramai rakan artis kelihatan.
Shasha Saidin solat jenazah betul-betul di sebelah kanan saya.
Elly suariati turut datang awal..
Nurzizi Zulkifli, bapanya Zulkifli Zain dan ibunya Puan Normala Omar
Norlia Ghani, Dato Aziz Sattar, Kathy Azean turut kelihatan.


kelihatan dato aziz sattar dan Zulkefli Zain

Nurzizi Zulkefli dan ibunya, puan Normala Omar


Teringat adegan kematian Aunty Zai yang dilakonkannya dalam filem Layar Lara yang saya tonton berulang kali
Adegan keranda Aunty Zai dibawa ke tanah perkuburan
ditemani rakan pelakon..

Siapa sangka hari ini betul-betul adegan itu berlaku
dan saya menyaksikannya...

Kereta yang membawa jenazah ke tanah perkuburan



Jenazah meninggalkan perkarangan masjid

Selepas semua kereta sudah keluar ke perkuburan, saya sempat berbual dengan seorang rakan arwah yang sama-sama berniaga Amway.
Beliau datang dari Bangi.

katanya arwah seorang yang sangat tabah dan kuat
dengan penyakit kanser dan tumornya
dengan dugaan anak-anaknya
arwah sangat tabah.
Walaupun tegas, tetapi beliau sangat baik hati dan melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas.

Jenazah Azean Irdawaty dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Alfatihah buat arwah Azean Irdawaty
2