7 Nota Menyambut 2014

Hari terakhir 2013.


Sedikit nota untuk persediaan menghadapi 2014.


1) Kadar BLR dijangka akan naik. Ini bermakna bayaran ansuran bulanan bank pun akan naik, kecuali anda buat pinjaman islam yang kadar tetap pada tahun 2005 / 2006 dahulu.

2) Jika mahu beli hartanah subsale, beli hartanah yang rental yieldnya sekurang-kurangnya 7.5% ke atas sahaja. Jangan beli yang cukup-cukup makan atau yang aliran positif cuma RM 100 atau kurang. Takut bila BLR naik, anda akan menghadapi aliran wang negatif.

3) Jika mahu membeli rumah under construction, pastikan sekurang-kurangnya kadar sewa jangkaan bila dah siap nanti cukup untuk membayar ansuran bulanan. Namun projek di sekitarnya yang sedia ada mestilah boleh memberi rental yield sekurang-kurangnya 7.5% ke atas berbanding harga jualan pemaju dahulu. Ini sebagai benchmark.

4) Jika mahu membeli rumah lelong, jangan sekali-kali beli pada harga yang sama atau kurang 10% dari harga pasaran. Tak berbaloi. Baik beli subsale.

5) Untuk suami isteri, jangan sekali-kali joint-loan. Lupakan hasrat membeli rumah itu jika gaji salah seorang dari suami atau isteri tak layak.  Beli lah rumah yang lebih murah. Ingat berbelanja DI BAWAH kemampuan.
Baca artikel INI.



6) Harga kereta tak turun. Harga minyak naik. jadi tak perlulah membeli kereta yang bayaran bulanannya melebihi 10% dari gaji anda. Kereta harga 30K dengan kereta harga 80K sama je tersangkut dalam jem. Hutang jahat yang tinggi akan menjejaskan kemampuan anda membeli rumah di masa hadapan.

7) Berhati-hati membeli rumah. Jangan over leverage. Jika anda dah mempunyai banyak rumah dan ada rumah yang harganya telah meningkat naik, boleh pertimbangkan menjual rumah itu dalam keadaan anda tidak terdesak. Wang tunai adalah kuasa untuk menghadapi pusingan hartanah seterusnya.

Selamat Tahun Baru semua.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada saya dan blog ini.




3