Rumah Transit di Bukit Jalil: Harapan mempelai?

Sabtu lepas saya tertarik membaca berita mengenai Rumah Transit di Bukit Jalil

Mulai awal 2014, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan Program Rumah Transit.
Rumah ini dibuka kepada pasangan rumahtangga muda untuk menyewa pada kadar RM 250 selama tempoh maksima 2 tahun sahaja.



Buat permulaan, sebanyak 632 unit rumah ini akan diperuntukkan di Bukit Jalil.
Rumah berkeluasan 650 sqft di Blok L dan Blok M di Pojek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil.
Dikatakan projek PPR ini sebenarnya mempunyai 12 blok kesemuanya bermsanaan 3780 unit.

Syarat-syarat pemohon:
- warganegara Malaysia
- telah berkahwin dalam tempoh setahun
- umur 30 tahun ke bawah dan tidak mempunyai rumah sendiri
- mengemukakan bukti bekerja di KL dan pendapatan isirumah RM 3,000 ke bawah
- tiada rekod jenayah

Untuk memohon, pasangan yang layak perlu mendaftar dalam
a. bagi negeri selain KL, Sistem Pendaftaran Terbuka di Lembaga-lembaga Perumahan Negeri atau Bahagian Perumahan di Pejabat-Pejabat SUK.
b. di KL, memohon di laman web ePerumahan DBKL.

Kemudian, senarai ini akan dihantar ke ke Kementerian untuk tapisan seterusnya.
Tapisan yang ketat akan diadakan oleh satu jawatankuasa untuk memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang ditawarkan rumah tarnsit ini.

Harapnya, jangan terlalu banyak redtape dan birokrasi dalam saringan pemohon, sampai akan ambil masa terlalu lama.
Nanti pemohon putus asa pula dan terpaksa menyewa di rumah lain.
Status permohonan mereka sama ada berjaya atau tidak perlu telus sebab pasangan ini tetap perlu mencari tempat tinggal lain sementara mereka memohon.

Tiada Sublet
Pasangan yang menginap di rumah transit ini tidak dibenarkan menyewakan semula rumah ini kepada pihak lain.
Mereka mestilah mendiami sendiri rumah ini.

Saya terfikir-fikir bagaimana agaknya penguatkuasaan sublet ini akan diadakan.
Sebab bukan apa.. 2 blok dijadikan rumah transit. sewa pun murah.
Dah pasti 10 blok lagi banyak disewa pada kadar pasaran yang lebih tinggi.
Jadi, mereka yang kreatif mungkin terfikir nak sewakan semula pada harga pasaran sewa di blok lain.

Mungkin pegawai DBKL perlu lakukan spotcheck dari masa ke semasa kan..
maknanya perlu ada senarai suami-isteri penginap sebenar.
dan bila spot check diadakan, kalau orang lain yang tinggal di situ, tindakan boleh diadakan.


Tempoh sewa maksima 6 bulan sahaja.

6 bulan sebelum kontrak sewaan tamat, notis akan dihantar kepada mereka dan mereka mestilah mengosongkan rumah berkenaan sebelum atau pada masa tempoh sewaan berakhir.

Nampaknya ia akan menjadi satu tekanan kepada pasangan yang menginap ini supaya cepat0cepat menyimpan wang dan membeli rumah sendiri.
saya setuju agar mereka ini tidak diletakkan di dalam zon selesa.
lagipun rumah ini boleh diberi kepada pasangan lain pula.

Kalau tak beli juga rumah, terpaksa lah menyewa rumah lain.
Cukup-cukuplah bantuan dan subsidi.

Saya harap, pelaksanaan Rumah Transit ini berjalan dengan baik sepertimana sepatutnya.
Jangan hanya atas kertas sahaja nampak cantik.
penguatkuasaannya juga perluah cantik.
pemilihan pasangan yang layak juga harus adil dan telus.


2