Rekod baru. 3 jam 10 minit

Hari Ahad saya telah menyertai acara Half Marathon iaitu 21 km untuk Standard Chartered KL Marathon.

Sebenarnya saya memang kurang latihan.
Saya hanya sempat berlari 4 km pada hari Ahad minggu sebelumnya
dan kemudiannya berlari 3 km pada sabtu petang, kurang 12 jam dari larian 21 km tu.

dengan 7 jam larian, saya nak berlari 21km?
wohooo... tiga kali ganda dari itu!

Tapi semangat yang kuat, ini bukan alasan. chewahh...

Jam 4 pagi bangun tidur, jam 5.15 pagi dah berada di parking Padang Merbok.
Jam 5.40 pagi saya berada di garisan permulaan di Dataran Merdeka.
Jam 6 pagi pelepasan 21km bermula.

Larian saya seperti biasa perlahan.
Kaki yang pendek ini memang bukan dibina untuk berlari pecut.
Tapi saya punya minda dan keazaman untuk lakukan larian ini.
Alhamdulillah...

Route larian kali ni memang best.
(atau memang setiap tahun best cuma sebab ini kali pertama saya berlari half marathon kan... jadi pertama kali saya berlari di route larian half marathon acara ini)
Dari Dataran Merdeka kami ke Jalan Tun Sambanthan, melalui Little India.
Kemudian ke Jalan Syed Putra, membelok ke kanan di roundabout menuju ke Jalan Maharajalela dan Jalan Loke Yew
Kemudian kami lalu di Jalan Cheras, Bulatan Kampung Pandan
Masuk pula ke Jalan Tun Razak dan belok ke kiri di Jalan Bukit Bintang
Lari depan Pavilion, Fahrenheit dan Lot 10.. wowowww....
Kemudian lalu depan KLCC di Jalan P Ramlee dan membelok ke Jalan Ampang di depan MATIC
Kemudian masuk ke Jalan Raja Laut dan sampai ke garis penamat di Dataran Merdeka semula..

Wahhh... sangat hebat pengalaman berlari beramai-ramai di depan mercu tanda KL ini.

Route pun kurang berbukit.
Cuma ada satu jejantas je yang tinggi sedikit semasa di kawasan Cheras.
Kat situ saya tak larat.. berjalan sekejap.
Tapi selainnya saya cuba kekalkan momentum berlari..  walaupun sekejap perlahan, kejap laju..

Walaupun kurang latihan tapi alhamdulillah berjaya tamatkan larian pada 3 jam 10 min
atau 3 jam 12 minit waktu pelepasan.
Hm.. begitu ramai orang sampai ambil masa 2 minit beza.


Sebenarnya ini catatan masa terbaik saya setakat ini untuk kategori ini.
Sebelum ini, masa terbaik saya adalah 3 jam 20 minit semasa di Penang Marathon 2012.
hohooo!

Cuma satu perkara saya masih ralat.

Waktu Subuh masuk jam 5.45 pagi
tapi  pada masa tu pelari perlu berkumpul di garisan penamat dah kerana pelepasan jam 6 pagi.
Jadi bila dah jam 6.30 pagi, surau tak nampak bayang lagi.
Last-last saya solat di belakang van ambulans di water station kedua.
Di tepi jalan Syed Putra je.
Nasib baik saya masih simpan wudhuk dari rumah lagi.

Saya ternampak seorang pelari lelaki pun nak solat di belakang lori bawa air di situ.
Dia siap pakai kain pelekat lagi..

Jam 7.25 pagi, barulah saya sampai di lokasi yang ada surau.
ohh.. maknanya.. kalau nak tunggu surau memang subuh dah habis lah..
mungkin pelari yang memang laju je yang sempat sampai di surau sebelum subuh tamat.

Teringat pula semasa dalam larian Brooks Half Marathon.
suraunya telalu dekat dengan garisan permulaan sampaikan masa kami melalui surau, baru jam 5.30 pagi pula.

Apa pun, solat boleh dilakukan di mana sahaja.
tepi jalan.. bawah pokok, tepi lori..
asalkan tempat tu bersih dari sebarang najis.

Larian half marathon saya seterusnya adalah di Penang Bridge Marathon.
Gambatte ne!


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog