tunjuk ajarku, Sifu!

Saya baru selesai membaca ebook 'Sifu Rumah Lelong' yang ditulis oleh Sifu Shafie Bustan.
Sifu Shafie atau Pie memang dah tersohor dalam pelaburan hartanah lelong.
Tahniah atas pelancaran ebook terbarunya ini.



Sebenarnya, membeli rumah lelong memang lubuk wang bagi yang tahu tekniknya taip boleh menjadi perangkap bahaya bagi yang membeli membuta-tuli.
Ia bukan common sense. Ia juga tidak sesuai untuk orang yang blur-blur dan main hantam sahaja tanpa ilmu.

Sifu Rumah Lelong merupakan satu panduan yang lengkap dan perkongsian penuh inspirasi bagaimana seseorang boleh melakukan pelaburan hartanah dari pasaran lelongan dan menjana keuntungan berlipat kali ganda dengan penuh bergaya.

Ia ditulis dengan bahasa yang mudah dan berjaya mengekalkan keterujaan pembacanya. Siap dengan gambar sebenar dan case study dari pengalaman beliau sendiri. Pendek kata, bila dah siap baca ebook ini, memang terasa terus nak masuk lelongan hari ini juga!

Selain panduan langkah demi langkah membeli rumah lelong yang menguntungkan, saya juga tertarik dengan tips follow-up lawyer yang dikongsinya. Tips ini sangat berguna kepada semua pembeli rumah di luar sana.

Selain itu, tips mendapatkan pinjaman ada diterangkan. Penulis berkongsi tips memilih pinjaman yang kalis krisis ekonomi dan tips bagaimana memilih pakej pinjaman yang membolehkan anda menyelesaikan pinjaman lebih awal. Sememangnya ilmu yang sangat mahal.


Setiap ebook didatangkan dengan bonus case study iaitu kes rumah-rumah lelong yang dimilikinya beserta sampel perjanjian sewaan.
Ada 170 muka surat di dalamnya termasuk muka depan dan senarai isi kandungan. 
wohooo... Pie dah boleh hantar ke syarikat pencetak dan jadikan buku fizikal ni.

Kepada mereka yang nak mengekalkan kehenseman dan keanggunan menjana wang dari rumah lelong, ini adalah kitab yang perlu anda baca dan hadam. 

Berdosa pada diri anda sendiri jika tidak memilikinya.

nak tahu lebih lanjut boleh klik http://bit.ly/sifu-rumah-lelong
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog