Skala 10, tapi nak mula bila?

Sambungan kepada artikel saya semalam.

Ada yang berkata, kalau nak beli hartanah, baik tunggu ekonomi jatuh nanti.
Gunakan masa sekarang untuk simpan wang tunai dulu.



Betul juga pendapat tu.
tunggu ekonomi jatuh.. tunggu ramai orang diberhenti kerja dan tak mampu bayar pinjaman
kemudian akan ada banyak rumah dijual di bawah harga pasaran kerana terdesak
atau ada banyak rumah terlelong
Masa tu siapa ada tunai, dia lah yang berkuasa.

Saya setuju.
Ini dinamakan buat duit dari property cycle.

Tapi bila ekonomi akan jatih merudum sebegitu?
Terakhir berlaku pada tahun 1997 - 1998.
Tahun 2008-2009 berlaku sedikit masalah ekonomi tapi tak seteruk 1997 - 1998 lah.
Jadi, seterusnya bila?
2016? 2017? 2018?

Buat yang belum bermula, saya suka cadangkan anda bermula hari ini.

Jangan tunggu ekonomi jatuh yang tak pasti lagi berapa tahun ni.
Sebaiknya mulakanlah sekarang. hari ini. tahun ini.



Kenapa?

1) Ekonomi merudum tu belum pasti bila. Takut-takut lambat lagi, anda pun leka.. Duit tu digunakan untuk perkara lain atau semangat nak melabur dalam hartanah pun dah hilang. Last-last, terus tak buat.

2) Pelaburan hartanah ni boleh dibuat bila-bila masa pun sebenarnya. Cuma anda perlu tahu rumah bagaimana dan strategi apa untuk dibuat yang kalis krisis ekonomi ni.

3) Selagi tak mula, tak feel. tak syok. tak ada pengalaman sebenar. dan tak boleh belajar dari pengalaman sebenar. Jadi, kenapa nak tangguh-tangguh? Mula sekarang dan anda akan lebih bersedia dan tahu bagaiamana nak maksimakan keuntungan bila ekonomi merudum nanti.

4) Buat wanita bujang, kalau beli sekarang, harta ini menjadi hakmilik anda seorang. Lebih terjamin. Kalau tunggu ekonomi jatuh yang entah lagi 4 tahun tu, entah-entah anda dah berkahwin. Harta yang dibeli selepas perkahwinan adalah harta sepencarian. Pasangan anda boleh menuntut hak ke atasnya walaupun pakai nama anda dan pinjaman atas nama anda. Cuma berapa banyak hak pasangan anda pada harta tersebut, mahkamah akan tentukan kemudian.

5) Buat yang ada anak lebih dari 3 orang, elok start beli rumah untuk pelaburan dari sekarang. satu anak satu rumah pelaburan. Kalau nak tunggu ekonomi merudum baru nak beli 4 atau 5 rumah sekaligus, lagi semput pula nanti.

6) Mula sekarang. Beli satu. Mana tahu kot-kot pendapatan anda antara yang terjejas masa ekonomi jatuh nanti, sekurang-kurangnya dah ada 1 rumah pelaburan kan. Dah ada pendapatan sewa dari rumah tersebut.

Apa pun strategi anda, saya ucapan All the Best!


Pelaburan hartanah ibarat perlumbaan dengan diri sendiri dalam mencapai kebebasan kewangan
1