Pening: RM20K dah boleh buat hantaran kahwin 2 orang

Berikutan artikel saya mengenai bagaimana mendapatkan hantaran RM 50K tempoh hari DI SINI,
saya ada menerima satu soalan susulan di FB public saya.

Soalan dari pengguna FB bernama Pinjaman Peribadi Co-Share
(saya lebih gembira jika tuan menggunakan nama sebenar)




Saya copy paste semula soalannya:

Assalamualikum saya ada sedikit ada yang saya kurang faham tentang post puan di blog puan di bawah ini .kalau salah minta maaf .Rasanya dalam topik mengumpul duit hantaran bagi lelaki. Mohon Pencerahan.

Tujuan : Untuk mengumpul rm10,000 sekurang kurangnya untuk hantaran kahwin.

1.Jika rumah rm200,000  ,pinjaman yang dinyatakan 90%: 
RM20,000 sebagai deposit jika tak salah kiraan saya.Mohon pencerahan.
Jika ada deposit rm20,000 dah boleh hantaran untuk 2 orang 10k seorang.

2.Jika anggaran kenaikan 25%-30%(Saya selalu gunakan anggaran ini untuk menjual goldbar kepada pelanggan ehehehe) keuntungan kenaikan kasar sekitar RM60,000.
Jika intrest 4% (tanpa blr)setahun paling rendah untuk kakitangan awan pun jika 2-3tahun rasanya tak cukup lagi bayar intrest pihak bank.Maaf saya tak berapa pandai pinjaman perumahan tapi rasanya jika pinjaman rm180,000(90%) untuk buat full settlemet walaupun setelah 3 tahun ansuran +intrest rasanya amount lebih rm180k.
Jadi saya minta maaf kerana tak berapa faham ,mohon pencerahan dari puan.



Jawapan saya:

Soalan Pertama:

Cadangan saya didalam artikel ini adalah membeli rumah under construction. 
ada banyak promosi jualan di luar sana oleh pemaju. mereka menawarkan bumi discount 7% dan rebet 2%. jadi, pembeli mungkin hanya perlu bayar 1% sahaja dari harga rumah. 
ada juga pemaju yang tawarkan diskaun lebih dari 10%, jadi bila dah dapat kunci, mungkin boleh dapat sedikit wang tunai.

contoh property yang boleh dibeli dengan deposit yg rendah adalah RUMAH GARDEN PLAZA INI 



dan banyak lagi projek di luar sana yang menawarkan diskaun dan deposit rendah seumpamanya yang saya tidak sempat berkongsi di blog saya ini.


Soalan kedua:

Pinjaman perumahan berbeza dengan pinjaman peribadi.
Pinjaman Peribadi ni jenis flat rate atau kadar rata.
jadi kadar interestnya dah dikira awal-awal dan dimasukkan dalam amaun pinjaman.

Pinjaman rumah pula berdasarkan reducing balance.
Jumlah pinjaman dipanggil prinsipal, manakala interest adalah berasingan.
Apabila kita selesaikan bayaran, kita hanya perlu bayar baki prinsipal sahaja.
tetapi bagi bayaran bulanan, ia telah mengambil kira bayaran interest dan prinsipal sekaligus.

saya cadang tuan cuba gunakan mortgage calculator di blog saya dan lihat bagaimana pembahagian prinsipal dan interest itu berlaku.

Di bawah ini pengiraan bagi pinjaman 90% ke atas rumah berharga RM 150,000 untuk tempoh 30 tahun dan kadar faedah 4.3%


Yang berwarna hijau tu prinsipal
yang berwarna kuning tu interest.
Bila kita buat penyelesaian awal, kita hanya perlu selesaikan baki prinsipal sahaja.

Untuk lebih kefahaman mengenai pinjaman perumahan vs pinjaman peribadi, boleh tengok rakaman video ini.
Semasa video ini dibuat, pinjaman peribadi boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun.
Tapi sekarang, pinjaman peribadi telah pun dihadkan ke tempoh maksima 10 tahun sahaja.

Share:

6 ulasan:

narfey berkata...

Salam Puan,
Artikel yang bagus. Cuma bagi saya penggunaan fixed rate kurang tepat. Flat rate lagi tepat. Fixed rate bermaksud kadar yang tetap. Konsep pembiayaan boleh jadi flat rate atau reducing balance.

sitiezahim berkata...

kalau beli under constraction, harga rumah mmg lagi murah kan berbanding rumah dah siap. cuma kalau pakai loan bank, kalau lambat siap, kita kena bayar jugak kat bank kan.. beza dengan pinjaman kerajaan..

Farid Adam berkata...

terima kasih atas pencerahan yang diberikan.

rohaniah noor berkata...

narfey, terima kasih atas pembetulan istilah tu. menulis di awal pagi.. beginilah jadinya.
saya dah betulkan istilah tu di artikel ini ya. Terima kasih

sitiezahim, kalau pinjaman tanpa DIBS, dalam pembinaan pun dah start bayar. tapi kalau ada DIBS, bila rumah lambat siap dari sepatutnya melebihi satu tempoh, bank pun akan minta peminjam bayar juga. namun melihat kepada peraturan dan prosedur sekarang, susah untuk projek pembangunan terbengkalai.

Farid Adam, sama-sama

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

Farhan Shazne berkata...

Good info... baru tgk video tu. Maybe ada sedikit typo, di mana kalkulator loan rumah tu tak perlu dimasukkan deposit 10%. Pinjaman mesti rm100k (rumah) dan rm100k (peribadi). Baru nampak perbezaan yg sebenar.

Mohon penjelasan, benarkah beli rumah
lelong tidak boleh menggunakan loan kakitangan kerajaan? Terima kasih atas perkongsian.

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog