ebukpower dan jasa Sham Rahman

Tak sangka saya ebook saya, 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar telah direview oleh Tuan Sham Rahman di laman web ebukpower.com



Tuan Sham Rahman merupakan founder ebukpower.com
yang juga dikenali sebagai Mr Oil & Gas dalam seminar Inspiration 2020 di  New York pada bulan Mei 2013.


antaranya komennya adalah:


Boleh baca review penuh itu DI SINI.


Sebenarnya ada sejarah istimewa antara saya dan tuan Sham berkaitan ebook ini.

Saya pernah dijemput oleh tuan Saufi Karim di dalam seminarnya pada bulan Februari lepas.
Saya ada berkongsi ceritanya DI SINI.

Pada masa itu, saya diminta berkongsi mengenai bagaimana menyewakan rumah.
Jadi saya kongsikan langkah demi langkah menyewakan rumah, tenant management serta hak penyewa dan tuan rumah dari sudut perundangan Malaysia.

Selesai sesi saya, saya bertemu tuan Sham.
Beliau mengatakan bahawa info yang saya persembahkan itu sangat bagus dan sesuai jika saya jadikan ia dalam bentuk ebook.
kerana, ramai yang mahukan panduan sebegini dan banyak rahsia yang tuan rumah tercari-cari.

Idea dan cadangan beliau ini kemudiannya disokong pula oleh tuan Saufi Karim.

Kerana idea dan sokongan beliau inilah, saya menulis semula sebahagian kandungan sesi saya dalam bentuk ebook ini
dan saya namakan ebook ini '5 Langkah Jana Wang Sewa Besar'


Untuk maklumat seterusnya mengenai ebook ini, boleh klik DI SINI.

Ada sebahagian lagi kandungan sesi saya dalam seminar tersebut yang saya belum tulis.
mungkin untuk ebook seterusnya pula kan..


Jadi, dalam kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Sham Rahman atas peranan besarnya ini.
Tanpa idea dan sokongan beliau pada waktu itu, mungkin info ini masih terperap di dalam kepala saya dan di dalam Microsoft Word modul sesi saya ini.

Terima kasih :)
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog