Teh Tarik untuk wanita sahaja

Sabtu malam ahad yang lepas saya telah mengadakan sesi perjumpaan Teh Tarik khas untuk perempuan sahaja.

Cuak juga kerana ini kali pertama saya mengadakan sesi sebegini.

Biasanya sesi TT dianjurkan oleh guru pelaburan hartanah lelaki.
Saya pun nampak yang banyak hadir ni lelaki.
Mungkin sebab kebanyakan yang celik dan buat pelaburan hartanah ni lelaki.

Jadi, bila ada guru sebegini jemput program TT mereka, saya agak keberatan nak pergi
sebab dah la sesi TT ni malam.. kemudian ramai lelaki pula
saya yang comel dan pemalu ni rasa tak elok pula malam-malam menebeng di kedai makan bersama-sama dengan ramai lelaki

Begitu juga ada pertanyaan bila saya nak buat TT
pun saya agak keberatan memikirkan takut ramai lelaki je yang datang
iskk...  kata orang tua, tak manis
:)

Selepas seminar Sarjana Hartanah anjuran Faizul Rizuan dan Saufi Karim tempoh hari, ada peserta perempuan yang minta saya buat sesi TT
terfikir pula saya, apa salahnya buat TT khas untuk perempuan sahaja

Jadi, tak timbul soal tak manis dipandang
perempuan yang nak datang pun tak segan sebab sesama geng

Tu lah yang saya anjurkan juga sesi TT khas untuk wanita ini.
boleh borak-borak pasal pelaburan hartanah dan undang-undang syariah.

Set pukul 8.30 malam.
Sya umumkan sesi akan diadakan di Nu-In Cafe, Bandar Baru Bangi
Belakang HSBC dan Al-Ikhsan.
Dekat dengan Hospital Az-Zahra



Jam 8.40 malam, saya masih seorang
ada 2 orang yang confirm nak datang
seorang hantar whatsapp kata tak dapat datang. tiba-tiba ada emergency
seorang lagi belum terima berita pula

Saya fikir, tak mengapalah..
jika tak ada orang datang, saya lepak minum air sambil baca buku sahaja.
Memang biasa buat macamni dan memang seronok baca buku seorang di tempat awam

Tapi alhamdulillah.. menjelang jam 8.45 malam, ada sorang muncul
kemudian seorang lagi..
kemudian 2 orang..
Hinggalah akhirnya ada 9 orang yang datang..

Antara topik yang hangat pada malam itu antaranya
- pelaburan hartanah
- perlu ke tak ambil insurans nyawa
- perancangan kewangan peribadi
- harta sepencarian
- lafaz taklik dan perjanjian semasa perkahwinan
- teknik lulus pinjaman
- migrate ke Negara Arab
- perjanjian tppa
-kesan ptptn disenarai di ccris
dan kekeliruan bila al-ikhsan yang ada 2 cawangan di bandar baru bangi.

terima kasih kepada semua yang datang
semoga sesi borak-borak topik serius tapi santai ini memberi manfaat kepada yang datang


Walaupun sesi ini dinamakan sesi Teh Tarik, saya tak pasti ada tak yang order teh tarik malam tu?
Saya order air kasturi asam boi dan teh O kurang manis.
:)
9