Bagaimana mendapatkan wang hantaran RM 50,000




Kecoh satu Malaysia
Ramai orang membujang lantaran hantaran mahal?
Betul ke?

Berapa mahal baru dikatakan mahal?
adakah RM 10,000 sudah mahal?
adakah RM 5,000 pun dikatakan mahal.
atau bawah RM 1,000 baru tidak mahal?

Rata-rata yang saya dengar di tahun 2012 dan 2013, kadar hantaran untuk pengantin perempuan dari keluarga biasa adalah dari RM 8,000 - RM 10,000.
Mahal?

Setuju dengan pandangan anak muda INI.
Tak biasa pula dengar hantaran kawan-kawan saya yang kebanyakannya ada ijazah  mencecah RM50,000.
Mungkin wartawan ni berkahwin dengan anak sultan agaknya.

Dah tahu tak mampu sebanyak itu, carilah yang sekufu.
itu sahaja kata kuncinya.


Untuk kadar hantaran standard ni, susah ke nak dapatkan wang RM 10,000 ni?

Jawapan saya tak susah.

Berapa ramai yang bercinta dahulu sebelum kahwin?
Berapa ramai pula yang bercinta bertahun-tahun dulu sebelum kahwin?

Aha... saya tahu ada ramai yang bercinta semasa sedang belajar lagi.
Keluar makan bersama.. nak habiskan satu gelas air sirap pun berjam-jam lamanya.
Sebab ghalit tengok muka aweks atau balak dan seronok luangkan masa berdua.
Kalau baca buku, dah berapa bab habis dibaca.

Hm.. sementara bercinta tu, apa kata simpan sedikit wang setiap bulan.
Tak kisahlah sama ada duit fama beri ke.. atau duit PTPTN ke.. atau ada pekerjaan sambilan
tapi seeloknya ada simpanan RM 3K - RM 4K bila bergraduasi.

Kemudian, sebaik 3 bulan bekerja, belilah satu rumah dengan modal rendah.
Kalau rajin dan ada ilmu, boleh cari rumah yang dijual di bawah harga pasaran.
Kemudian markup s&p.
Tapi kalau blur-blur, beli je satu rumah under construction yang hanya perlu bayar modal RM 1K ke RM 3K.
Ada banyak di pasaran. Saya pun pernah berkongsi beberapa projek di sini.
Cari sahaja.

Selepas rumah siap, dalam 2 atau 3 tahun kemudian, insya Allah jika tiada kejatuhan ekonomi yang teruk, harga rumah akan naik dalam 25 - 30% sekurangnya-kurangnya.

Katalah anda beli satu studio apartment berharga RM 200,000.
Selepas 2 ke 3 tahun bila dah dapat kunci, harga akan naik ke RM 260,000.

Masa tu jual atau refinance lah!

Senario 1: jual selepas dapat kunci. Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli

260K (harga jual) - 200K (harga beli) = untung 60K
bayar cukai RPGT 10% x 60K = 6K
komisen agen katakan maksima 3% x 260K = RM 7800
kos peguam, stamp duty dan lain-lain katalah RM 2,000

jumlah pinjaman lama 90% x RM 200,000 = RM 180K

Dengan menjual rumah ini, anda bakal peroleh tunai sebanyak RM 260K - RM 180K (tutup pinjaman bank)
= RM 80,000

Untung bersih pula adalah:
80K (tunai diperoleh) - (6K rpgt+ 7800 komisen agen + 2K caj peguam dan lain-lain)
= RM 64,200.

Nah.. hantaran RM 10K je
ada baki RM 54,200 lagi.
Boleh la buat beli rumah seterusnya pula...


Senario 2: Pembiayaan semula (refinance). Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli

Kalau sayang rumah pertama tu, tak perlu jual. Tapi refinance sahaja.

Jumlah pinjaman baru (refinance) 90%  x 260K = RM 234,000
Jumlajh pinjaman lama 90% x RM 200K = RM 180K
caj peguam untuk refinance katalah dalam RM 4K

Wang tunai yang diperoleh selepas refinance adalah
= 234,000 - (180,000 + 4K)
= RM 50,000


Aha.... susah ke nak kumpul wang hantaran?
Kalau RM 50,000 pun anda mampu beri kan...
apatah lagi setakat RM 10,000

kredit foto: http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=1499


Pendapat saya, cabaran bukan pada mengumpul wang hantaran.
Tapi lebih kepada mencari pasangan yang menyayangi sepenuh hati, menghargai kita, menganggap kita sebagai peneman, bukan sebagai orang gaji dan kawan berborak ketika sedih atau apabila sudah tua.
Itu yang lebih sukar.
7