Perhubungan 2 bulan

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah
Kisah mengenai hubungan yang saya jangka satu kenangan manis
Rupanya bertukar menjadi satu pengalaman hubungan paling pendek yang saya pernah jalani

Rakan peserta seminar Sarjana Hartanah dah tahu kisah ini

Ia kisah antara saya dan penyewa retail lot saya
Saya beli subsale. Beli dengan rakan kongsi

Apabila disbursement pertama dah makin hampir, unit retail ini masih kosong
Penjual memberitahu saya untuk uruskan penyewaan baru.
Kalau ada orang tanya nak sewa pun, dia akan serahkan nombor handphone saya kepada mereka
Sebab katanya, tak lama lagi, memang dah jadi hak kami.

Ada 2 penyewa berminat nak sewa
satu tu nak buka kedai waffle
satu lagi nak buka kedai home deco

Yang kedai waffle tu chinese lady di melaka
Kedai home deco pula pasangan chinese convert dan isterinya melayu.
Ada satu cawangan di Bandar Teknologi Kajang. dekat dengan rumah saya.

Saya membayangkan lokasi unit ini kurang sesuai untuk kedai waffle.
Lagipun sebab kedai home deco tu dekat dengan rumah,jadi mungkin lebih mudah berurusan.
Dia setuju dengan kadar sewa yang saya tetapkan.
Bayar booking dulu satu bulan deposit, kemudian mereka diberi satu bulan tempoh renovation.

Di sini bezanya menyewakan hartanah kediaman dan hartanah komersial
Kalau rumah, penyewa terus masuk rumah dan bayaran sewa terus bermula
Tapi kalau unit komersial, penyewa akan diberi sebulan tempoh renovation selepas bayar booking
Dalam masa renovation tu, belum mula bayar sewa lagi.

Kedai bermula, sewa bermula.
Sewaan bermula bulan April 2013. Tempoh 2 tahun.



Kata orang, kelebihan memiliki unit komersial ni adalah biasanya penyewa akan menyewa lama.
Sebab orang berniaga kan... kalau perniagaan berjalan dengan baik, mereka sebolehnya tak mahu berpindah
sebab bila pindah, susah pelanggan nak cari mereka pula.
sedangkan di tempat baru, akan ambil masa nak tarik pelanggan baru.

Jadi, rasa macam tak ada masalah la ni..
stabil lah pendapatan rm2800 sebulan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun ni
Ada orang tawar nak beli unit ini dengan keuntungan lebih RM 100K tapi saya tolak.
nak simpan dulu dan nikmati pendapatan sewa.

Bulan 5, sewa dibayar lewat 5 hari dari sepatutnya.

Kemudian mereka mula mengadu, pihak pengurusan shopping mall minta 2 kali deposit dengan mereka
Satu deposit untuk kerja renovation RM3k
satu deposit utiliti RM 3k juga

Saya jawab, itu peraturan mall.
memang kena ikut la.

Masuk bulan kedua, mereka call lagi
Katanya ada pengubahsuaian besar-besaran di shopping mall.
Food court di hujung ground floor tu ditutup
Jalan akses di hujung barisan kedai pun ditutup
Katanya nak buat eskalator

Kesannya aliran trafik ke barisan unit ini dan sekitarnya merudum
Bila tak ada trafik, jualan pun makin teruk.



Hm... inilah yang saya pernah kongsikan DI SINI
keputusan dan polisi  pihak pengurusan memberi kesan pada unit retail anda.

Pihak pengurusan tawarkan mereka ruang promosi dengan percuma
Bermakna mereka boleh buka booth di ruang promosi tersebut.
Penyewa tak setuju.
Katanya barang kedai mereka susah nak dibawa ke sini sana.
Tapi saya tengok barang-barang dia bukan besar-besar pun..
vase, frame gambar dan hiasan rumah yang boleh diangkat.


Kata penyewa lagi, ruang promosi yang ditawarkan oleh pihak pengurusan tu tak strategik.
di kawasan belakang.
Tapi bila saya tanya pegawai dari pihak pengurusan, lain pula cerita..
hai....

Pegawai dari pengurusan kata,
"saya rasa penyewa awak ni sengaja tak mahu ke ruang promosi.
Nampak macam mereka memang nak pindah keluar"

Rupanya betul agakan pegawai tersebut.
Sewa bulan Jun tak dibayar.
sepatutnya setiap 7 hb tapi dah 17 hb masih belum bayar.
Puas saya sms dan call minta sewa, last-last mereka sms kata nak pindah keluar.
Tak mahu sewa dah.

katanya mereka akan keluar pada hujung Jun dan desposit yang dibayar boleh digunakan untuk sewa bulan Julai.

Haihh...
mana boleh macamtu.
kalau anda beli dan baca ebook saya, "5 Langkah Jana Wang Sewa Besar", anda akan tahu deposit adalah cagaran. Bukan untuk offset duit sewa.

Saya fikir, kalau dah tak nak bayar sewa bulan Jun, baiklah keluar dengan segera.
Sila kemas barang dengan segera.
Deposit memang hangus sebab menyewa kurang dari tempoh setahun dan sebab beri notis kurang 2 bulan.
Saya juga minta mereka kembalikan unit dengan bersih dan bercat putih.



Disebabkan beberapa prosedur, akhirnya mereka kosongkan unit pada 3 Julai.

Sewa bulan April, buat hal bulan Jun.
Maka tamatlah kisah hubungan 2 bulan ini.
Terkunci rapi.


Update: ikuti sambunganyya DI SINI
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog