malapetaka 2016 dan 2017?


Heboh mengenai Robert Kiyosaki menjangka ekonomi jatuh pada tahun 2016.
Anda boleh baca artikel mengenainya DI SINI.

Tapi sebelum beliau mengeluarkan kenyataan itu, pakar hartanah tempatan, Milan Doshi sudah menjangka economic cycle akan berlaku pada tahun 2017.
saya pernah kongsikan maklumat ini kepada ahli Kelab Alien Hartawan sebelum ini.
Kenyataan Milan itu dibuat semasa Property Investment Convention 2012.


Lantas, apa yang perlu anda buat?
Panik?
Batalkan hajat beli rumah?
Tunggu 2016 atau 2017 baru nak beli rumah?

Saya tahu ramai bersemangat nak beli rumah atau menambah rumah di sini.
Tengah bersemangat membara, terus rasa lemah longlai kah?
Terus rasa mahu tutup buku dan buka balik tahun 2016 nanti ya?

kredit foto: cooldesign
http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2848


Pandangan saya, jika sudah ada modal, sudah ada ilmu, sudah bersedia memulakan atau menambah pelaburan, masih boleh teruskan.

tapi cuba fokus pada hartanah yang:

1) subsale apartment kos sederhana dan ke bawah yang lebih mampu milik dengan rental yield at least 7.5% ke atas sahaja.

2) apartment atau kondo yang pasaran penyewanya adalah pelajar IPT. Ekonomi jatuh bagaimana pun, pelajar tetap perlu belajar dan perlukan tempat tinggal.

3) lelong middle cost ke bawah yang lebih mampu milik. Jika mahu keep (untuk disewakan) pastikan rental yield sekurang-kurangnya 8% ke atas sahaja dan harga lelong yang dimenangi sekurang-kurangnya 20% lebih murah dari harga pasaran.

4) jika hartanah komersial, fokus pada kawasan yang betul-betul sudah matang, rental yield 6% ke atas, occupancy rate lebih dari 80% dan sangat susah nak cari unit untuk dijual atau disewa di sana.

5)  Jika mahu beli lelong untuk flip atau untuk dijual semula, boleh beli jika harga yang dimenangi 40% di bawah harga pasaran. Perlu boleh dijual segera paling lewat tahun 2015.

kredit foto: Stuart Miles
http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2664

Elakkan beli projek baru mewah/ sederhana mewah / rumah bertanah untuk flip atau keep jika

- anda tak yakin sewa boleh tampung bayaran bulanan; dan
- anda tak yakin anda ada holding power yang kuat untuk tanggung aliran wang negatif, dan
- anda bekerja swasta yang anda tak boleh 100% yakin anda tidak akan diberhentikan kerja, atau
- anda bekerja sendiri yang anda tidak boleh 100% yakin pernigaan anda tidak akan terjejas sedikit pun sekiranya ekonomi jatuh.

ini merupakan  pandangan peribadi saya sahaja.
untuk menerimanya atau tidak, adalah di bawah pertimbangan tuan / puan / cikpuan sendiri.

yang paling penting, buat mereka yang bekerja swasta dan berniaga sendiri, bersedia dengan simpanan 6 bulan gaji dari sekarang.
bukan untuk modal pelaburan.
tapi untuk survival sahaja. untuk hidup.
untuk modal pelaburan, simpan duit lain.

untuk sewakan rumah dengan bijak dan untung maksima, ikuti 5 langkah ini.

(bila tengok gambar RK dan MD di atas, saya terfikir.. orang ternama ni suka tangkap gambar tongkat dagu eh..)
11