Besarnya inspirasi di Konvensyen Mini Penulisan 2013:

Sabtu lepas saya telah menghadiri Konvensyen Mini Penulisan.
Konvensyen ini adalah anjuran Sekolah Penulisan Nuun dan dianjur bersama oleh Akademi HERO dan kursuspenulisan.com
Bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
bemula dari jam 8.30 pagi - 4.30 petang.

Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan FB Sekolah Penulisan Nuun
yang dikelolakan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman
dan saya juga alumni kursuspenulisan.com kelolaan Tuan Zamri Mohamad.

Mereka berdua memang guru yang yang hebat dalam bidang penulisan.
Cikpuan Azzah dalam penulisan kreatif, Tuan Zamri dalam penulisan non-fiksyen.




Nasib baik saya daftar awal.
Khabarnya dalam 2 minggu sahaja, lebih kurang 100 tempat duduk ini telah dirembat.
wow woww...

Maka pada hari Sabtu, 20 Julai saya pun tiba di sana lebih kurang jam 8.38 pagi.
katanya pendaftaran jam 8.30 pagi
tapi tengok-tengok, tinggal 3 baris kerusi dari belakang je yang masih ada tempat duduk.
Dewan sudah hampir penuh dengan peserta seawal pagi lagi...
apa sudah jadi?


Untuk kawan-kawan pembaca blog saya, saya kongsikan beberapa perkongsian pada konvensyen tersebut.

'Penulisan Mesra Syariah: Harta Berkat, Karya Bertahan.'
oleh Tuan Rohidzir Rais.

Tuan Rohidzir menerangkan di dalam setiap karya penulisan, ada 3 elemen terlibat.
Iaitu penulis, penerbit dan pembaca.
Untuk menjadikan sesebuah karya itu patuh syariah, tidak boleh ada unsur yang tidak syariah di antara 3 elemen ini.

Penulis tidak boleh menulis karya yang mempunyai unsur ganas, seks, tahyul, bercanggah akidah, anti mazhab, unsur syiah dan menerapkan elemen hukum karma.

Strategi pemasaran, pembahagian royalti dan pengurusan hakcipta oleh penerbit kepada penulis mestilah tiada unsur penindasan dan mengelirukan.
Tuan Rohidzir berkongsi, ada penerbit mengatakan royalti penulis sebanyak 10%.
tapi tidak pula dimaklumkan dengan jelas bahawa 10% itu adalah selepas ditolak 60% kos penerbitan.

Demi melakukan buku pula, penerbit perlu memastikan bahawa buku itu betul-betul ditulis oleh 'penulisnya'.
Biasa berlaku di luar sana, penerbit meletakkan nama selebriti sebagai penulisnya.
Sedangkan penulis tu tak menulis pun buku tersebut.
Penulis sebenar mungkin tercatat sebagai nama kedua, mungkin langsung tiada nama di kulit buku.

Penipuan dan strategi pemasaran sebegini akhirnya mengelirukan pembaca.
Mereka benar-benar fikir selebriti pujaan mereka yang menulisnya..


'Mengekstrak al-Quran dan Hadith dalam Penulisan; Seni & Cara'.
Disampaikan oleh Tuan Abdul Latip Talib.

Memandangkan semua nota telah ada disediakan di handout, Pak Latip memilih untuk tidak menggunakan masa bercerita perkara yang sama.
Beliau sebaliknya membuka sesi soal jawab dengan peserta.

Antara soalan panas yang beliau terima adalah, "Kenapa Pak Latip pakai selipar?"
aduhh....
itu pun mau tanya ka? hahahaha..



'Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?'
oleh Tuan Wahyudi

Apa yang kedai buku mahukan?
Jawapannya mudah.
Kedai buku adalah orang yang berniaga.
Sewa kedai, pekerja, rak.. semuanya ada kos.
Jadi, kedai hanya mahu buku yang boleh dijual dengan baik.
Buku yang tidak hanya makan ruang di rak. tetapi boleh memberi keuntungan kepada pemilik kedai buku itu sendiri.

Tuan Wahyudi mempunyai pengalaman sebagai pemilik kedai buku di Muar dan pernah bekerja di beberapa syarikat penerbitan buku.
beliau mendapati jenis buku yang boleh dijual dengan baik berbeza-beza mengikut lokasi, populasi penduduk dan jenis kedai itu sendiri.
Buku yang laku di pameran berbeza dengan buku yang laku di kedai.
Buku yang laku di ruangan jualan buku di hypermarket pula berbeza sama sekali.
Buku kewangan mungkin popular di Lembah Klang tetapi buku yang laku di luar bandar, kebanyakannya buku untuk murid sekolah.

Jadi, untuk menulis dan menerbitkan buku, tidak boleh ada elemen syok sendiri di sini.


'Tulis Sekali, Makan Berkali-kali'
oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf

Katanya, kos penerbitan sebuah buku mencecah sehingga RM 25,000.
Ini termasuk kos cetakan, kos agen jualan dan kos pekerja.
Karangkraf menawarkan royalti 10% dari harga jualan buku kepada penulis.
Tiada kos tersembunyi seperti yang Tuan Rohidzir kongsikan sebelum ini.

Karangkraf juga menawarkan diskaun 25% kepada penulis sekiranya penulis membeli sendiri bukunya.
Maka, penulis ini berpeluang memperoleh 35% hasil dari harga jualan buku tersebut.
25% diskaun + 10% royalti.
wowowww... lumayan...


Puan Norhayati dari Kota Buku menyampaikan tajuk 'Menerobos Magis Buku Kanak-kanak'.

Bagi yang belum pernah dengar mengenai Kota Buku, ia merupakan sebuah Perbadanan yang berfungsi sebagai Pusat Buku.
Kota Buku banyak membawa karya-karya tempatan ke luar negara, khususnya buku cerita kanak-kanak.
Buku-buku ini dibawa melalui pesta buku antarabangsa yang disertai.

Kata Puan Norhayati, pasaran buku kanak-kanak berunsur Islam sangat besar di China.
Mereka sangat kekurangan buku sebegini sedangkan jumlah kanak-kanak muslim di sana sangat ramai.
"Jangan bimbang isu bahasa", katanya.
"Tulis sahaja dalam bahasa yang anda tahu. Ia boleh diterjemah ke bahasa ibunda pasaran buku tersebut".

Puan Norhayati juga membuka tawaran bagi penulis yang mahu menyertai Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa China untuk menghubunginya.

saya sangat fokus atau berlakon serius kerana ada jurukamera sedang shoot?
kredit gambar: www.mypenulis.info


'Aura Komik Positif' oleh Tuan Nazry Salam

Komik memang sangat popular di kalangan remaja.
Saya juga dulu pembaca tegar komik Doraemon dan komik Alam Perwira.

Rupanya minat membaca komik telah membuatkan tuan Nazry tekad menjadi penulik komik positif.
Komik beliau bertajuk Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10A Plus begitu hebat dijual.
Begitu ramai kanak-kanak bersemangat belajar selepas membaca komiknya.

Yang menarik juga, beliau tidak melukis komik berkenaan.
Beliau hanya menulis dialog dan ceritanya sahaja.
Lukisan komik diserahkan kepada adiknya sendiri dan beberapa lagi pelukis komik lain.

Wahh.. kerjasama yang sangat baik.


'Show, Don't Tell' oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman

Bagi penulis karya fiksyen, cikpuan Azzah berkongsi perbezaan gaya penulisan dakwah dan tazkirah.
Ada beza di antaranya bergantung kepada siapa sasaran penulisan kita.
Untuk yang dah faham ilmu yang kita sampaikan, tulislah dengan gaya tazkirah.
Tapi kalau baru nak menarik pembaca memahaminya, tulislah dengan gaya dakwah.
Ia seperti beza ayat Makkiah dan Madiniah di dalam al-Quran

Untuk menceritakan perasaan watak pula, jangan terangkan perasaan itu.
Sebaliknya tuliskan aksi atau tindakan spontan yang manusia lakukan apabila merasai perasaan itu.


'Hidup Dengan Bakat' oleh Tuan Zamri Mohamad

Tuan Zamri berkongsi mengenai DNA penulisan.
Ada orang yang dalam dirinya memang ada DNA penulisan.
Antara tanda-tanda DNA itu adalah apabila seseorang itu
- rajin menyertai pertandingan menulis
- menulis blog secara sukarela
- pernah mempunyai dan menulis diari suatu masa dahulu
- suka menconteng dinding dengan pelbagai contengan berbentuk tulisan

hahaha... nampaknya saya ada beberapa petanda DNA tersebut!


'Letusan eBook di Malaysia' oleh Tuan Aqif Azizan

Tuan Aqif dari Write To Wealth berkongsi mengenai beberapa teknik terbaik untuk melakukan jualan ebook.
Antaranya adalah meletakkan no handphone di dalam iklan.
Ini akan meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap kesahan ebook anda.

Beliau juga berkata, sebanyak 40% pembeli ebook memohon dipulangkan semula wangnya dan memulangkan ebook berkenaan kerana merasakan ebook itu terlalu padat atau terlalu panjang.
Sampai mereka tak larat nak baca.
pulak...


Sesi terakhir adalah sesi perkongsian Mudahnya Rezeki Penulis oleh Ustaz Fathuri Salehuddin.
Kemudian ia ditamatkan dengan Forum bertajuk Idea Gila-Gila Dunia Buku.
Ahli panel adalah Tuan Zamri Mohamad, cikpuan Azzah Abdul Rahman dan Tuan Izwan Wahab
Moderatornya pula Puan Muna 'Izzah Fadzil

Kesimpulannya, konvensyen ini merupakan satu usaha yang sangat hebat di dalam mengumpulkan penulis dan bakal penulis.
Ada yang terinspirasi, ada yang terasa nak join sekaki
Ada yang terbayang ribu-ribu royalti
Ada juga yang mula memasang mimpi.

Goodie bag yang diterima. Buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki tiada dalam gambar sebab diberi kepada mak.

Sedikit mengimbau..
jika anda mengikuti perkembangan saya sebelum ini
saya mula menulis dan menghantar karya ke Majalah Niaga selepas menghadiri seminar penulisan rencana oleh Tuan Zamri Mohamad.
Di situ jugalah pertama kali saya bertemu tuan Aqif Azizan
Beliau menawarkan kepada saya untuk menulis mengenai pelaburan hartanah di sana
pada masa itu, Majalah Niaga belum mempunyai penulis yang menghantar artikel sebegitu secara tetap lagi.

Maka kerana merekalah, artikel saya muncul di majalah online itu sekarang.
Betapa besar sumbangan mereka kan...
Terima kasih tak terhingga dari saya.


Insya Allah..
tahun depan Konvensyen ini akan diadakan lagi
Jadi, jom kita kasi lagi meriah acara ini.
Boleh mula jenguk-jenguk laman web Konvensyen ini www.mypenulis.info
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog