ahli panel bertudung biru

Semalam saya telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel untuk sesi Forum Seminar Sarjana Hartanah

Woww.. ahli panel yang lain memang sangat hebat
Ryan Khoo, pakar hartanah di Johor Bahru dan Singapura
Adrian Wee, pereka hiasan dalaman yang juga pakar menukar pejabat menjadi asrama
Kak Wada dan En Hanif, pasangan pakar hartanah lelong
Mr Chua, pemilik syarikat majalah Property Insights dan pakar dalam pelaburan hartanah komersial
En Saufi Karim, pakar pelaburan hartanah tanpa modal
dan dah pastilah Faizul Rizuan, pemuda dengan 23 buah hartanah di usia 30 tahun.

Ahli panel. Mr Chua dan saya kena crop, tak muat dalam gambar.
kredit foto: Abdul Muhaimin

Soalan yang diterima memang soalan maut-maut.
Ada yang bertanya mengenai potensi projek dan kawasan tertentu
Ada yang bertanya mengenai pengurusan rumah sewa
Ada yang bertanya mengenai mengapa kami buat pelaburan hartanah

Soalan pertama yang ditujukan kepada saya lebih kurang berbunyi begini.
"Soalan untuk yang bertudung biru.
bagaimana anda boleh membuat pelaburan hartanah di usia muda?
dan apakah modus operandi anda?"

hehehe... jawapan saya, saya tak lah muda sangat sebenarnya
Saya bermula pun pada usia 28 tahun.
dah agak lewat
saya percaya ramai orang boleh bermula pada usia lebih awal dari saya.

Modus operandi saya, sebagai orang biasa-biasa yang bergaji biasa-biasa adalah dengan belajar pengurusan kewangan peribadi
dan kurangkan liabiliti atau biawak hidup
saya lebih banyak bermotorsikal kapcai berbanding bergerak dengan kereta
Saya beli kereta sedan paling murah di Malaysia iaitu kereta kebal Proton Saga dengan harga RM26,999 sahaja.
saya beli kereta tu sebab saya tengok kerusi belakang dia boleh lipat.
jadi, saya boleh bawa peti ais, tangga, tilam single dan macam-macam lagi di dalamnya.

Selain itu, saya beli rumah kos rendah dan tinggal di sana.
Rumah lebih mahal dan lebih besar semuanya disewakan.

Dengan mengurangkan liabiliti, barulah kita ada lebih banyak ruang untuk membuat simpanan
dan kita ada banyak lagi margin untuk membuat pinjaman bila nak membeli rumah untuk pelaburan

Bagi saya, konsepnya begini.

Jika anda diberi wang kertas RM 10, adakah anda akan membelanjakan semua RM 10 itu untuk diri anda?
RM 10 itu akan habis.

Bukan kah lebih baik anda beli mihun goreng berharga RM 1, dan baki RM 9 itu anda niagakan.
Pusing wang itu menjadi keuntungan RM 10 kedua supaya anda ada wang berjumlah RM 19.
kemudian belanjakan lagi RM 1 untuk mihun goreng lagi dan niagakan pula RM 18 yang ada.

dengan cara itu, barulah wang kita akan berkembang.

Selain itu, saya boleh katakan bahawa peserta seminar ini sangat beruntung
sebab julung-julung kali Kak Wada muncul di pentas dan berkongsi pengalaman dengan kita semua
wowowww.. memang hebat jampi Faizul memujuk dan menarik dia ke sini.

Sebab saya sendiri pernah ajak Kak Wada berkongsi pengalaman dalam seminar yang saya anjurkan
Tapi jampi saya tak mustajab rupanya.
Jadi semalam memang satu sejarah lah buat semua pengikut status-status memukau kak Wada selama ini.

Apa pun, terima kasih kerana pihak penganjur iaitu Faizul dan Saufi Karim kerana menjemput saya meyertai forum ini.
Terima kasih kepada semua peserta yang bertanya soalan dan gelak pada lawak yang saya buat.
Kepada peserta wanita semalam, saya harap anda ambil berat pesanan saya.

Zassss!
bergambar dengan peserta yang juga pelabur, rakan FB dan pembaca blog saya.
Kredit foto: Mazni Mohd Said

Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog