Group mentoring dan coaching gaya Rohaniah Noor

Ramai yang bertanya, bila saya nak buat seminar seterusnya?

Sebenarnya untuk bulan 5 dan bulan 6 ini saya memang ada tetapkan tarikh seminar
tapi oleh kerana marketing lemah, saya terpaksa batalkan.

Tapi dalam masa yang sama, saya dah mulakan sesi group mentoring dan coaching.
Saya buka untuk peserta Seminar Wang Besar sesi Mac dan April terdahulu.

Program ini berjalan selama 4 bulan.
Mereka akan dibantu dan diberi panduan
Saya buka untuk 5 tempat sahaja dan 4 orang menyertainya.
Saya tak mahu ramai-ramai sebab takut saya tak dapat fokus pula nanti.



Kami mulakan sesi pertama pada hujung Mei 2013.
Seorang peserta coaching merupakan seorang anak muda dari JB
Seorang lagi seorang guru datang dari Alor Setar
2 orang lagi orang Lembah Klang.

Saya buat sesi pertemuan sebulan sekali dalam kumpulan
Tujuannya supaya ada networking sesama alien ini
Pelaburan dalam jamaah kan lebih mudah dan pantas dilakukan.

Lagi satu yang bestnya dalam group mentoring dan coaching ni, setiap peserta akan membuat pencarian hartanah
dan kemudiannya berkongsi dalam satu kumpulan whatsapp.
kemudian masing-masing memberi pandangan dan idea
Jika ada persoalan, saya akan bantu mereka menjawab persoalan tersebut terus di whatsapp tersebut.

Ya, kumpulan whatsapp ini menerima prioriti yang paling tinggi untuk saya respon pada masa ini.

Setakat 2 minggu program ini bermula, dua orang peserta coaching dah pun buat booking rumah masing-masing.
Alhamdulillah..

Target saya, untuk 4 bulan ini, sekurang-kurangnya 8 buah rumah mesti dirembat
setiap peserta mesti membeli sekurang-kurangnya 2 buah rumah yang menepati objektif pelaburan keep atau flip mereka
Ada yang boleh beli hingga 3 sekaligus!
Cuma berani atau tidak.. Pantas atau tidak sahaja...

Doakan mereka berjaya ya!

Jika ada rakan agen di luar sana yang ada jumpa peluang rumah pelaburan yang bagus, boleh kongsikan kepada saya
Mana tau ia sesuai dengan peserta program yang memang sedang memburu ini
:)

Berminat menyertai program ini?
Syaratnya mestilah pernah menyertai seminar wang besar yang saya anjurkan atau seminar From Zero to Hero yang Property N Co anjurkan terdahulu

Sebab ilmu dalam seminar itu adalah perkara asas yang setiap orang perlu tahu.
jadi, mesti kena ada ilmu tu dahulu
supaya dalam sesi mentoring dan coaching ni, kita tak lengahkan masa bercerita perkara asas ini lagi.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog