Gaya orang Eropah: Lebuhraya Mesra Rakyat

Malam ini ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi
Pesanan saya, berhati-hati dalam perjalanan.

Jalan raya dengarnya sangat jem.
Di pondok tol lagilah akan jem sebab kereta terpaksa berhenti membayar tol
kalau pakai Smart Tag pun kena perlahankan kenderaan juga
Jadi jem tetap berlaku walaupun melalui lebuhraya besar mana pun.

Teringat pula di Eropah
Dari jerman kami ke Brussels dan Holland dengan kereta sewa
kemudian pulang semula ke Jerman.
Selang sehari kami ke France dan Switzerland pula.

Begitu jauh perjalanan, tiada satu pondok tol pun kami temui.

Di switzerland pula, negaranya bergunung-ganang dan berbukit.
jadi kami melalui banyak terowong sepanjang menggunakan lebuhrayanya.
kerana mereka tidak memotong bukit.
Bukit adalah penting untuk kita.
Al-Quran kata, bukit dan gunung adalah pasak bumi.
lalu mereka buat terowong sahaja.

kredit foto: http://sofiaecho.com

Lebuhraya mereka pula sangat selesa.
Tiada langsung kami terasa jalan berombak atau berlubang.
memang  jalan sangat rata.

Dari segi had kelajuan, lebuh raya di sana ada pelbagai had kelajuan.
Ada setengah kawasan tertentu, hadnya 80km/j
kebanyakannya 120km/j
tapi ada sesetengah kawasan tertentu juga yang tiada had.
Suka hatilah nak bawa laju mana.
Di kawasan inilah siapa yang pakai Lamborghini tu memecut hingga 200km/j
tapi bila masuk kawasan 120km/j, mereka akan perlahankan kereta semula.

Di sana speedtrap pun ada di lokasi-lokasi tertentu.

Tong kitar semula sebegini banyak ditemui di RnR lebuhraya di sana


lebuhraya di sana pun ada RnR juga.
tandasnya pakai mesin automatik untuk terima bayaran.



nak masuk tandas kena bayar pada mesin ini. Tak perlu pekerja

1 orang dewasa kena bayar70sen.

kemudian pula, setiap bayaran ke tandas, pengguna akan menerima voucher kopi bernilai 50 sen
jadi, bolehlah gunakannya untuk air kopi yang dijual di cafe.
biasanya kalau guna voucher ni untuk beli kopi melalui vebding machine, satu voucher untuk satu kopi

tapi hari tu, sebab kami beli kopi di kaunter melalui cashier, satu kopi boleh guna banyak voucher.

voucher beli kopi yang dikeluarkan oleh mesin

jadi haritu kami ada 4 orang . dah boleh tuntut 2 euro

harga satu kopi 2.70 euro
jadi hanya tambah lagi 70sen sahaja

kopi yang kami beli dengan 4 voucher

Lihatlah betapa bersihnya tandas di RnR di sana
hinggakan siap cucikan pelapik duduk secara automatik.





Di Eropah juga, kalau ada kemalangan, salah kalau kita berhenti dan ambil gambar
Ini untuk mengelak  kesesakan jalan raya pula


Tapi kita di Malaysia
Bayar tol pun jalan masih sesak
Bayar tol pun, jalan masih berombak-ombak.
Harga tol pula mahal.

Laluan motorsikal pula berbahaya.

Bila ada kemalangan, ramai pakat berhenti.
Yang menolongnya tak berapa ramai
Ramai yang sekadar nak melihat-lihat sahaja

Kebersihan tandas pun di tahap yang memalukan
Baik syarikat atau badan yang menyenggara tandas, mahupun pengguna tandas sendiri

Apa pun, semoga selamat perjalanan kita semua
Selamat mengundi juga.

Mari laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia
Dan ini juga penting sebagai orang yang bertanggungjawab pada masa depan negara dan keluarga
1 undi kita amat penting.


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog