Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Ada tanah nak bina rumah. Modal?

17 Mei 2013

Hari ini saya nak kongsikan soalan yang saya terima di email dari seorang rakan pembaca blog di Wangsa Maju.
Saya copy paste soalannya di bawah ini ya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ada beberapa soalan based on situation below:-

"Sedara saya ada sebidang tanah yang sudah lama dimiliki. Dia nak bina sebuah rumah di atas tanah tersebut. Kalau guna personal loan, interest dia mesti lagi tinggi dari housing loan.
cumanya, ada ke housing loan bank nak terima utk case macam ni sedara ni."

1. ada ke bank nak finance untuk case di atas? tanah dah ada tp nak buat rumah shj

2. boleh ke dpt full financing ke kalau rumah pertama?

3. kerajaan ada sediakan skim rumah pertamaku. adekah skim tu cover casa spt diatas? setahu saya cuma utk sub-sale atau dr developer shj yg disediakan.

4. mahal tak interest dia? kalau buat Personal Loan, confirm lg mahal.

5. satu lg, adekan contractor yg nak buat rumah tu pon mesti registered? kalau nak amik indon biase, which is more cheaper, adakah bank particular about this? do we need to submit any drawings whtsover? kalau buat rumah kt kampung takkan nak ada details mcm buat kt bandar?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jawapan saya:

1. ada. tapi tak semua bank yang boleh tawarkan pinjaman. 

2. ya, skim rumah pertama yang kerajaan sediakan tu utk beli rumah baru atau subsale. 
bukan untuk bina rumah atas tanah sedia ada sebegini. 
untuk skim bina rumah atas tanah sendiri sebegini ada disediakan oleh SPNB.
namanya skim mesra rakyat. 
boleh baca artikel saya berkaitan di sini http://www.propertywaltz.com/2012/02/semesra-mana-rumah-mesra-rakyat.html

boleh juga artikel ini di surat khabar 
jadi, elok hubungi spnb untuk maklumat lanjut

3. setahu saya, kadar faedah personal loan dalam 4% kalau pemohon bekerja kerajaan atau GLC tertentu. 
tapi kalau kerja swasta mmg mahal. boleh pergi 8 - 12% setahun. saya tak rekemen kalau semahal ini.

4. kalau nak bina rumah di kawasan perbandaran, mmg kena dapatkan approval majlis bandaran. 
Memang perlu sediakan pelan bangunan. 
kalau nak apply loan bank pun bank akan minta pelan juga. 
tapi pasal kontraktor tu saya rasa asalkan sykt berdaftar tak ada masalah.
tapi utk rumah mesra rakyat SPNB, mereka ada kontraktor sendiri. 
pinjaman pun terus dengan mereka.


Harap jawapan ini membantu.
Kawan-kawan ada jawapan lain untuk tambah?

5 ulasan:

Kissman 17 Mei 2013 6:31 PTG  

saya pernah dengar orang cakap bank islam ada buat loan camni

rohaniah noor 20 Mei 2013 8:54 PG  

cadangan yang bagus tu tuan kissman

sweety deamor 1 Ogos 2013 4:21 PTG  

salam,

ada saudara saya penah guna khidmat satu company perumahan ni.cuba try surf website dia,wwww.qwaris.com

andrew santo Joseph 11 September 2013 2:29 PTG  

Nampak gaya or ng sabahan kena tinggal dlm gua semula mahal betul . Saya orang sabah

Catat Ulasan

Ada komen atau pendapat? mari kongsikan...

Calculator

the blogger

Foto Saya

she is a property blogger, a property investor and a property investment coach. She got a degree in IT from UTP and degree of legal studies from UiTM. Her aims are to be a self-made millionaire, open her own legal firm, achieve financial freedom, help those abused or unfortunate women and child and to love all creatures in this world, especially cute cats and greeny turtles.

Credits

The photo in the banner is provided by FreeDigitalPhotos.net

Copyright

Copyright © Propertywaltz.com. All rights reserved

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP