Vista Angkasa akan bertukar penyewa

Malam tadi saya ke rumah sewa di Vista Angkasa.
Penyewa yang merupakan pelajar makab perguruan berhampiran dan juga 2 orang budak perempuan yang dah bekerja.

pemandangan dari balkoni rumah saya

Saya sewakan rumah ini kosong.
cuma ada peti ais sahaja.
Sepatutnya mereka nak sewa setahun sahaja hingga Februari 2013
tapi memandangkan mereka ada praktikum pula, jadi mereka panjangkan penyewaan hingga hujung bulan Mei ini.

Memandangkan mereka penyewa yang bagus, saya tak ada masalah.
Kalau tak nak keluar puntak mengapa.

Malam tadi saya ke sana
Saya nak ambil semua resit pembaikan yang penyewa bantu saya uruskan dan bayarkan.
ini untuk tujuan cukai pendapatan lah

Kemudian, saya bertemu dengan 2 orang budak perempuan yang dah bekerja tu
mereka nak sambung menyewa di situ
tapi mereka akan cari kawan-kawan untuk tinggal bersama lah

sebenarnya saya ingat bila penyewa pelatih maktab ni keluar, saya nak partly furnish atau fully furnishkan rumah ni
boleh lah sewa tinggi sedikit
tapi bila ada yang nak terus tinggal, muka pula innocent... memang boleh buat tuan rumah lemah semangat cair

last-last saya tawarkan kepada mereka untuk naikkan sewa rm100 sahaja
Dari sewa rm1400 sebulan ke rm1500 sebulan
kontrak setahun atau 2 tahun.

Setelah berfikir, mereka pun bersetuju.
sewaan baru akan bermula pada Jun nanti.

Kepada tuan rumah, jangan lupa naikkan sewa anda mengikut harga pasaran ya
kalau penyewa yang sama, memang biasanya kita tak sampai hati naikkan sewa tu banyak
tapi kalau bertukar terus penyewa, lebih mudah.

Dalam kes saya ini, kenaikan sewa tak tinggi
tapi saya dapat zero vacant period
sebab penyewa yang baik terus bersambung.
Maka wang sewa berterusan masuk ke akaun bank.

Alhamdulillah..
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog