Pelaburan hartanah: sesuai ke untuk kakitangan kerajaan?

Hari selasa, 23 April 2013, saya telah dijemput menjadi salah seorang penceramah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi
Mereka anjurkan satu seminar 3 hari bertajuk Seminar Pelaburan Islam.
Sangat menarik.
Ada perkongsian mengenai saham amanah, skim pencen, pelaburan saham dan pelaburan hartanah.
Ada juga slot mengenai zakat pelaburan, fatwa-fatwa berkaitan, undang-undang berkaitan pelaburan dan lain-lain lagi.

Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
kredit foto: http://sceneontoday.blogspot.com


Saya diminta berkongsi mengenai pelaburan hartanah.
diberi slot 2 jam dari 2.30 petang ke 4.30 petang.
Wowww.. waktu mengantuk tu!

Tak pernah ke ILIM sebelum ini, tapi saya tengok di google map, ia berdekatan dengan Institut Pendidikan Islam, Bangi.
Alhamdulillah.. dari pusat bandar Bandar Baru Bangi pun dah ada banyak papan tanda ke ILIM.
Jadi, tak lah sesat.

Sampai di sana baru masuk Zohor
Sempatlah saya solat di surau ILIM yang besarnya seperti masjid.
Selepas solat, baru saya hubungi urusetianya, puan Syiqin.
Sempat pula bertemu dengan penceramah sesi sebelum rehat tengahari.

Mesra dipanggil Kak Mun, beliau aktif sebagai agen jualan unit trust Public Mutual.
Ramah orangnya.. nampak masih muda, rupanya seorang pesara.

5 minit sebelum jam 2.30 petang, saya sudah masuk ke dalam dewan seminar.

Menunggu peserta masuk ke dewan seminar selepas rehat tengahari


Ramai juga peserta.
katanya dalam 49 orang semuanya.
woww... kagum saya
ini menunjukkan kakitangan kerajaan sudah ramai berminat dalam pelaburan dan perancangan kewangan peribadi.

Saya cuba berkongsi sebanyak mungkin dalam 2 jam yang diberi.
Berusaha supaya peserta tidak mengantuk di waktu begitu.
Entah lawak ke tak, saya tak kira.
hahahaha...

Pembentangan saya hari itu bertajuk 'Pelaburan Hartanah: Sesuaikah untuk kakitangan kerajaan?'

Saya bentangkan mengenai potensi pelaburan hartanah, konsep menggali, formula-formula penting dan bagaimana membeli rumah tanpa modal atau dengan modal yang rendah.
Saya juga kongsikan beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan dalam melakukan pelaburan hartanah.


Jangan guna pinjaman kerajaan!

Sepertimana yang telah saya bentangkan dalam Seminar Wang Besar sabtu lalu, sekali lagi saya tekankan kepada peserta seminar di ILIM ini.
Jika mahu pergi jauh dalam pelaburan hartanah, jangan sibuk-sibuk nak guna pinjaman kerajaan awal-awal.
Bertenang...  buat pinjaman bank dahulu.
Kemudian bank lagi.
Kemudian barulah jika nak buat pinjaman kerajaan.


Kenapa tak boleh sibuk-sibuk?

Dengan cara yang saya nyatakan ini, kita boleh menikmati pinjaman 90%, 90% dan 100%.
Kalau bijak dan belajar mengenai strategi pelaburan hartanah, anda senang-senang boleh dapat 100% pinjaman untuk 3 buah rumah.

Gunakan pinjaman kerajaan hanya bila kita sudah tersangkut nak buat pinjaman atau bila sudah sampai tahap LTV 70% sahaja.

Kalau terbalik, buat pinjaman kerajaan dulu, bayaran bulanan akan keluar dalam potongan di slip gaji.
Ini akan memberi 2 kesan.

1) Ia menunjukkan komitmen kita. Ini merendahkan kemampuan kita untuk buat pinjaman seterusnya.

2) Ia menunjukkan kita dah ada 1 pinjaman perumahan. Bila buat pinjaman bank pertama, masih boleh dapat 90% pinjaman.
Tapi bila pinjaman bank kedua, akan cuma dapat 70% pinjaman sahaja.
Jadi, kita dapatlah 100%, 90%, 70%

Mana lagi untung?
Dah tentu strategi pertama lebih menguntungkan.

hm...
Saya harap, 2 jam yang diberi dapat saya gunakan untuk menambah nilai kepada semua peserta.
Terima kasih Puan Shiqin selaku urusetia dan pihak pengurusan ILIM di atas peluang berkongsi ini.

Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog