Panggilan untuk mereka di Zon Selatan. Mahu jana wang besar?

Ada pembaca blog dari Johor dan Melaka?
Ada juga dari Singapura?


Saya merancang untuk mengadakan seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah di Johor Bahru
Tarikhnya insya Allah pada 1 Jun 2013 (Sabtu).
Masa dari jam 9 pagi - 6 petang.

Dewan seminar masih belum ditentukan.
saya akan umumkan kemudian.


Insya Allah program sehari ini akan diadakan dengan kerjasama Tuan Fahmi, pakar lelong di Johor.
Beliau juga pakar pelaburan emas.


Antara kandungan seminar ini adalah:

Sesi saya:

- asas perancangan kewangan, cashflow, mengenali kekayaan, hutang, konsep air paip, kebebasan kewangan dan mengenalpasti nilai bersih.
- Asas pelaburan hartanah, Bagaimana buat duit melalui hartanah, Mengenalpasti matlamat pelaburan
- Tanya kalkulator anda
- Lombong dan emas: bagaimana menggali hartanah hebat berkilau-kilau
- Strategi beli hartanah: apa jodoh hartanah anda?
- Kenal dan tangkap: mengenalpasti potensi pembelian hartanah dalam pembinaan, subsale dan lelong
- Bagaimana membeli rumah tanpa modal?
- Kaya melalui wang orang: bagaimana mendapatkan pinjaman
- LTV 70%: teknik pelabur tersepit


manakala sesi Tuan Fahmi pula adalah:
- bagaimana menjana wang besar melalui rumah lelong
- Apa potensi rumah lelong di Zon Selatan?

Kenapa saya nak buat seminar di JB?
Kerana saya ada menerima pertanyaan bila saya akan adakan di sebelah selatan?
Jadi saya terfikir, kenapa tidak?

Kebetulan saya memang suka ke JB. hahahaha
Saya suka mee rebus di sana. Mee Rebus ZZ sangat sedap.
Jadi boleh lah buat alasan nak makan mee rebus nanti.


Yuran penyertaan seminar adalah  RM328 seorang atau RM 638 untuk 2 orang
Tapi jika tuan / puan / cikpuan  buat bayaran sebelum atau pada 19 Mei 2013, yuran hanyalah RM 288  atau RM 558 untuk dua orang.
Jadi, lebih baik daftar dan buat bayaran segera ya.


Untuk menghadiri seminar ini, mudah sahaja.
1. Buat bayaran yuran ke akan CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.
2. Isi borang di bawah untuk maklumkan pembayaran atau email saya propertywaltz@gmail.com
3. Datang pada hari seminar.





Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.
Setiap peserta layak mendapat keahlian seumur hidup PERCUMA Kelab Alien Hartawan dan akses ke FB Group khas yang bernilai RM 588.
Sebagai ahli kumpulan ini, mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan seperti
- menjadi kumpulan pertama mendapat info panas dari saya
- diskaun dan harga istimewa untuk program-program anjuran saya di masa akan datang

Jumpa di sana ya..

hm... sebenarnya risau juga takut orang di Zon Selatan tak mahu datang seminar saya.
kalau betul tak ada.. saya datang JB makan mee rebus sahajalah..
;)

Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog