musykil: boleh ke beli hartanah guna syarikat dan enterprise?

Masih di perantauan.
setakat ini saya telah menjelajah
- Koln di Jerman
- Rome di Italy
- Brussels di Belgium
- Rotterdam, Amsterdam dan Zaanse Schans di Netherland

Masa agak terhad untuk online. itu sebab agak jarang kemaskini blog.

Tapi hari ini saya ingin menjawab satu lagi soalan yang saya terima di FB.

Soalan dari tuan Khairul Azmi berbunyi:

**************************************

salam puan,
ada beberapa pertanyaan berkenaan JV :
1. ikut kefahaman saya utk JV kita perlu ada hubungan yg kuat dgn partner kita tu, mean perlu terdiri dari kalangan family or suami isteri. so kalu guna kengkawan kena bohong sunat?
2. apa pandangan puan JV berbanding setup betul satu kompeni utk pembelian hartanah?
3. ikut sumber jika mengunakan kompeni, amat susah loan diluluskan jika sekadar dengan enterprise, benarkah?
4. agak2 apa kriteria kelulusan loan hartanah utk sesebuah kompeni?


****************************************

Jawapan saya

1) Untuk JV, tak semestinya kena ada hubungan kekeluargaan. 
Keluarga boleh, tak keluarga boleh.
cuma, kalau tak ada hubungan ahli keluarga ahli keluarga, biasanya hanya boleh dapat pinjaman perbankan konvensional.
perbankan islamik tidak mahu memberikan pinjaman joint loan jika peminjam bukan suami-isteri, adik beradik, sepupu-sepapat atau ibubapa-anak.
jadi, apa yang boleh dilakukan jika ingin membuat joint loan tapi melalui pinjaman islamik adalah dengan cara bohong sunat kata peminjam-peminjam adalah sepupu.



2) Nak beli hartanah menggunakan nama syarikat  atau enterprise boleh. Cuma
- bank memerlukan akaun pendapatan syarikat yang menunjukkan aliran wang selama 6 bulan.
dalam kata lain, syarikat mestilah telah ada perniagaan yang telah berjalan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dan pendapatan syarikat atau enterprise mestilah kukuh.
perniagaan berasaskan trading dan jualan stok dikatakan mempunyai pemberat pendapatan yang lebih teinggi berbanding perniagaan berbentuk servis.

jika sdn bhd baru ditubuhkan, pun boleh beli hartanah atas namanya dengan cara dapatkan pengarah sebagai penjamin.
permohonan pinjaman adalah berdasarkan kelayakan pinjaman pengarah, seolah-olah pengarah membeli atas nama individu atau joint loan mereka sdr.

amun begitu, kos pengurusan dan menubuhkan sdn bhd agak mahal. nak tubuhkan pun dah lebih kurang rm2000, belum lagi caj setiausaha syarikat sekurang-kurangnya rm50 sebulan. kemudian ada pula caj akauntan, juruaudit dan penyediaan laporan kewangan serta kos pengisytiharan cukai pendapatan.
Jadi kalau setakat nak beli hartanah yang murah, sangat tak berbaloi.
kalau hartanah rm1 juta ke atas dan keuntungan tinggi, barulah berbaloi.
kecuali syarikat tu memang ada perniagaan seperti biasa.

harus diingat, bagi kebanyakan bank, membeli rumah atas nama syarikat hanya melayakkan pinjaman 60% sahaja.


3) susah dapatkan pinjaman jika sekadar enterprise? ia bergantung.

sesetengah bank, mahukan enterprise berkenaan ada declare cukai. Jadi, jika tak bayar cukai dan isytihar keuntungan, ada bank yang tak mahu beri pinjaman.
sesetengah bank, tak berapa kisah. namun pendapatan enterprise hanya untuk menyokong pendapatan bulan pemohon. maknanya, ada dokumen gaji dan perniagaan sekaligus.

ada juga sesetengah bank yang lebih mudah memberi pinjaman kepada pekerja, bukan sebagai majikan.
oleh itu, walaupun anda pemilik sesebuah perniagaan, berilah gaji kepada diri sendiri dan masukkan gaji dalam bank. wujudkan penyata gaji.
kemudian mohon lah pinjaman sebagai pekerja, bukan sebagai majikan.
namun ada sesetengah bank, tidak mengamalkan kecenderungan begini.

seperti yang saya sebut di atas, ada bank yang memberi pemberat yang kecil kepada perniagaan berasaskan servis. ada yang hanya mengambilkira 20% dari purata pendapatan selama 6 bulan dari pendapatan perniagaan sebegini.


4) kriteria bank untuk meluluskan pinjaman atas nama sdn bhd
- purata pendapatan syarikat selama 6 bulan melayakkan pinjaman bagi amaun harga beli hartanah
- jenis perniagaan
- siapa director/ pengarah dan pendapatan director jika perlu
- penyata kewangan dan dokumen cukai

dokumen yang perlu dihantar bagi sdn bhd adalah:


1. Photocopy of NRIC
2. Latest profit and loss account
3. Latest 6 Month’s company bank statement
4. Company registration documents (M&A, Form 9, 24 & 49)
5. Latest 3 Month’s bank statement (where salary is banked into)
6. Latest 3 Month’s Pay / Salary Slip
7. Latest Tax Form B / BE with payment receipt acknowledgement
8. Optional : Latest KWSP statement
9. Optional : Latest EA form / Income tax receipt
10. Optional : Audited Accounts


kedai untuk disewa di brussels. 
ada yang berminat?


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog