Gaya Rumah Eropah: Selamat dan jimat tanpa gril

Hari ini saya ingin sambung kisah Gaya Rumah Eropah, Gaya Wang Mengalir ke Poket yang saya tulis semalam.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai privasi dan keselamatan penginap rumah-rumah di sana.

Di Eropah, pemandangan seperti di bawah adalah biasa.
Satu barisan bangunan sepanjang jalan tapi sebenarnya terdiri dari beberapa unit bangunan yang bercantum.

Itu sebabnya warna dan reka bentuk setiap unit bangunan dalam barisan itu berbeza-beza.


Bagi setiap unit bangunan, ada beberapa unit kedai (aras bawah) dan rumah (aras bawah dan tingkat atas) di dalamnya.
Ia seperti apartment yang setiap aras mungkin mempunyai satu atau dua unit lagi.

Kemudian, untuk masuk ke dalamnya, ada satu pintu pintu utama.
Kalau dalam kes gambar rumah di atas, bangunan berwarna krim paling kiri mempunyai pintu utama ia sendiri.
begitu juga dengan bangunan berwarna kelabu di sebelahnya, yang berwarna krim, peach dan seterusnya.


Kalau perhatikan rumah-rumah di Eropah  ni, tingkapnya besar-besar.
Tapi tak pakai gril pun.
Katanya, tak dengar sangat kes orang pecah masuk melalui tingkap pun.

Wah... kalau di Malaysia, dah pasang gril penuh pun kena kopek lagi.

Bagaimana boleh ini berlaku?

Pertama sekali, saya dapati orang Eropah yang sebenarnya sangat bagus disiplin, sikap dan budi pekertinya.
Negara mereka memang jauh lebih selamat.
Ramai orang naik basikal, cuma letak handbag di bakul belakang begitu sahaja.
Tak ada pun kena ragut.

Kemudian, budaya berkongsi kereta sangat bagus di sini.
Kalau ada yang nak memandu jauh dan masih ada beberapa kekosongan tempat duduk, ada website khas untuk mereka iklankan mencari penumpang.
Kemudian siapa yang nak menumpang boleh daftar dan cari di laman web tersebut, siapa yang mencari penumpang yang melalui destinasi mereka.
Kemudian penumpang tu akan bayar lah amaun tertentu sebagai tambang atau kos tong-tong minyak.
Ini bermakna, orang di sana memang boleh dipercayai.

Kalau di Malaysia buat begitu, haaa.. rasanya ada banyak la kes rompakan, penculikan atau rogol berlaku.

Jadi, sikap rakyat memainkan peranan penting.

Kemudian, pintu utama yang saya katakan tadi biasanya akan automatik terkunci selepas pintu dibuka.
Pintu ini memang sentiasa tertutup.
Hanya mereka yang duduk di unit-unit di bangunan itu sahaja yang mempunyai kuncinya.
Ini bermakna, setiap orang yang duduk di unit rumah akan mempunyai dua kunci.
Satu kunci pintu utama dan satu lagi kunci rumah mereka sendiri.

Kemudian di sebelah pintu utama, pasti akan ada loceng siap dan peti pos dengan nama orang yang duduk di situ lagi.
Maka, untuk pelawat, mereka perlu menekan loceng rumah yang mereka nak pergi tu.
loceng akan berbunyi di rumah tersebut dan kemudian pelawat boleh memperkenalkan diri melalui alat konferens yang disediakan.

Bila mereka berpuas hati dengan identiti pelawat, barulah mereka akan tekan satu butang yang akan membuka kunci pintu utama.
Kemudian, pintu utama akan dikunci semula secara automatik.



Pintu utama di sebuah bangunan di Rome.
Juga menggunakan kaedah yang sama.



Selain itu, nak buat duplikasi kunci pun bukan semudah di Malaysia.
Kat Malaysia, bawa je kunci ke kedai tukang kunci, bagitau nak berapa salinan dan wallah!
siap!

Di Jerman, kalau nak buat salinan kunci, kita kena buktikan kita pemilik atau penyewa yang sah dahulu.
Kita perlu dapatkan kebenaran dari Pengurus Bangunan untuk buat salinan di kedai kunci tertentu yang telah ditetapkan.
Jika tidak, memang tak boleh nak buat salinan lah.

Ini bermakna, siapa yang ada kunci utama dan kunci rumah tadi pun terkawal.
Jadi, tahap keselamatan lebih baik.

Maka itulah agaknya, rumah-rumah di sana tak perlukan pemasangan gril seperti di Malaysia.

Hmm.. saya suka tengok gambar di bawah ni.
Diambil di Duisburg, Jerman.
Di tengah-tengah sederet bangunan 4 dan 5 tingkat, ada satu je unit bangunan 2 tingkat yang comel.



teringat pula pada rumah keluarga Stuart Little
:)
5