Rumah mampu milik Pulau Pinang

Berita baik kepada semua orang Pulau Pinang

7 hb baru-baru ni, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melancarkan rumah mampu milik khas untuk rakyat Pulau Pinang

kredit gambar: FB Buletin Mutiara

ada 2 lokasi untuk projek ini

1) Bandar Cassia, Batu Kawan
2) Jalan SP Chelliah, Georgetown

Projek ini mengandungi 19,172 unit kesemuanya 
Ada 4 keluasan semuanya dengan harga berbeza.
ada 700 sqft, 800 sqft, 900 sqft dan 1000 sqft

919 unit daripadanya adalah rumah kos sederhana rendah berharga RM 72,500.

98 unit di Batu Kawan berharga RM 168,000 dan 273 unit berharga RM 220,000.

Manakala di Jalan SP Chelliah pula, 
- unit 800 sqft dijual pada harga RM200,000
- unit 900 sqft dijual pada harga  RM300,000
- unit 1000 sqft dijual pada harga RM400,000

Unit paling besar iaitu 1000 sqft terhad hanya 82 unit sahaja.

kredit gambar: http://satkuru.com


Jelas di sini, fokus lebih kepada unit yang lebih kecil dan murah
Tapi ada 4 varian keluasan supaya rakyat boleh memilih yang mana satu lebih sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka

Untuk yang bersaiz 700 sqft, pendapatan suami isteri mestilah tidak melebihi rm 3500.
Jadi yang berpendapatan isirumah lebih dari 3500 tu, boleh la mohon rumah yang lebih besar.

Ia merupakan hasil rekaan pakar dari Singapura, Surbana International Consultants yang katanya telah banyak mereka rumah flat di sana.
Kerajaan negeri masih mencari kontraktrr yang berminat untuk mambangunkan fasa pertama ini
Tender terbuka telah pun dibuka.

Walaubagaimanapun, projek dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh 3 tahun.

kredit gambar: FB Buletin Mutiara

Cara permohonan: dapatkan borang di 3 lokasi ini :
1) Pejabat Penang Development Corporation di Bayan Baru
2) Pejabat  MPSP in Bandar Perda; atau
3) di Tingkat 3, Komtar
kemudian, hantar semula borang yang lengkap itu kepada mereka

Pendaftaran masih lagi dibuka hingga 7 Mac 2013.
Jadi kepada rakan di Pulau Pinang yang masih belum memiliki rumah, masa untuk bertindak!

Dengarnya kaunter akan terus dibuka walaupun cuti Chineese New Year.

Untuk membaca lebih lagi, boleh lah baca di blog INI.
Share:

3 ulasan:

Hafeez Anuar berkata...

Tak di nafikan kebanyakkan rumah2 pangsa atau apartmentdi singapura design diorang memang agak cantik juga.Bagi saya harga yang di tawarkan di penang ni boleh di katakan ok berbanding dengan harga apartment di k.l
http://www.perty-fin.com

dzirhans berkata...

boleh tahan, ada yg 400psf

rohaniah noor berkata...

tuan Hafeez Anuar,
ya saya bersetuju. berbanding dengan harga projek baru di Pulau Pinang, harga ini jauh lebih murah. apatah lagi unit yang 700 sqft dan 800 sqft yang sesuai untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Dzirhans, ya.. yang rm400 psft tu untuk yang palig besar. saya kira itu lebih sesuai untuk mereka yang lebih mampu. jadi, mungkin kos keseluruhan boleh ditanggung sedikit dari unit ini. tapi jika banding dengan prijek baru di Pulau Pinang, terutama di Georgetown, harga ini masih berpatutan.

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog