Orang-orang hebat berjamaah: PU2013

Semalam baru selesai 2 hari seminar Pelabur Underground 2013

Pada pandangan saya, seminar ini sangat hebat
kerana menghimpunkan orang-orang yang hebat di bawah satu bumbung
dari speakernya, jemputan khasnya dan tak kurang juga peserta-pesertanya


Sesi yang paling saya gemar dah tentunya sesi Sifu Pai atau Faizul Rizuan
ia memang sangat memberi inspirasi
saya pasti ramai peserta seminar juga bersetuju dengan saya
kalaulah ada anugerah ikon pelabur Malaysia, saya pasti beliau layak menerima anugerah ini
sebab saya pasti, ramai rakyat Malaysia, tak kira bangsa telah banyak belajar dari beliau secara online dan juga offline

Saya juga sangat berminat dengan perkongsian tuan Raja Kamil dan tuan Faisal Mustafa
sebab bidang pemasaran dan perniagaan online yang saya sedang belajar dan cuba perbaiki sekarang
alhamdulillah.. semalam dapat berguru dengan mereka pula

Perkongsian tuan Jamal Jermi mengenai perniagaan vending machine dan Tuan Wahi mengenai kereta sewa juga sangat menarik
Ia membuka mata semua peserta mengenai potensi dua jenis perniagaan ini.


Bagi yang blur mengenai saham (termasuklah saya), pasti banyak mendapat manfaat dari perkongsian Pakdi
Jujurnya, saya amat mengagumi penulisan-penulisan Pakdi
tapi semalam baru lah bertemu orangnya secara live.

Tuanbri seperti dijangka, berkongsi mengenai pelaburan hartanah.
Kenapa beliau dulu fokus kepada lelong, kenapa sekarang tidak lagi ada dijawab.
hm.. agak-agak kenyataan Tuanbri ini akan mengurangkan sedikit persaingan di dewan lelongan ke eh?


Perkongsian tuan Zaidi Ismail pula adalah sangat ditunggu-tunggu.
Tapi dapat sesi paling last bila orang dah nak balik?
aishhh...  dah tak sempat masa..

Bila seminar dah habis, apa lagi..
ramai pakat serbu tuan Zaidi
saya pun nak serbu jugak

tapi saya dapat bertahan 10 minit je kot
ramai sangat orang, saya rasa oksigen pun dah kurang
saya rasa pening

Kagum saya pada tuan Zaidi dapat bertahan dikerumun sebegitu

Perkongsian Ikram Adi dan Master Wafi juga hebat
cuma saya yang lemah sikit dalam bab ini
Pening juga dengar pasal teknikal analisis.
Graf naik turun, merah hijau
Aishhh... saya memang tak berbakat dalam bab ini
Tapi ia memang satu perkongsian yang bagus
dan mereka memang hebat sebab sangat pakar pula.

Tak disangka, saya dapat extra bonus pula



Bonus pertama, dapat jumpa Wida, Engku Bujal dan rakan-rakan pelabur hartanah lain
Wida dan EB ni saya kenal secara online dah lama
dah beberapa tahun
tapi belum pernah berjumpa secara bersemuka
Jadi 2 hari ini dapatlah kami berjumpa dan berbual

Bonus kedua dapat berjumpa dan berbual dengan tuan Aqif Azizan
Anak muda penulis jutawan ini memang sangat luar biasa
Saya memang dah pernah berjumpa dengannya sebelum ini
Tapi setiap kali dapat berbual dengannya akan memberi satu aura yang sangat hebat untuk dibawa pulang

Cuma yang saya perhatikan
oleh kerana seminar ini berkongsi pelbagai jenis pelaburan dan peluang perniagaan
maka ia boleh membuatkan peserta yang kurang berminat pada satu jenis pelaburan atau perniagaan itu hilang fokus sebentar
dan mungkin juga boleh menyebabkan orang yang baru nak libatkan diri pada pelaburan keliru
nak buat semua pelaburan ni ke?
atau nak pilih yang mana satu?

Saya setuju dengan pesanan sifu Faizul
pilih satu je pelaburan yang kita minat
mahirkan dan lakukan ia hingga berjaya
fokus! itu kata kuncinya


Apa pun, kesimpulannya Seminar Pelabur Underground 2013 berjaya dianjurkan dengan begitu gemilang
Tahniah dan syabas kepada Tuanbri dan Tuan Zaidi Ismail sebagai penganjur.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog