betul ke harga mudah tu?



Hari ini saya nak berkongsi soalan yang saya terima di Facebook.
Saya copy paste soalan itu di sini termasukla typo yang ada ;)

Salam Cik Rohaniah Noor,
Saya pengikut blog Cik. Banyak ilmu properti yang saya belajar dari melalui blog Cik. Terima kasih semoga Tuhan membalas pahala setiap ilmu yang dikongsikan dan dimurahkan rezeki. InysAllah.
Jika Cik tidak keberatan saya ada soalan. Mohon dapat berkongsi kepada pembaca blog Cik jika ada kelapangan.boleh percaya harga rumah di dalam internet seperti dalam Mudah.my etc? Harga yang ditawarkan kadang2 lebih dari market value. Apa langkah selamat sebelum kita membeli rumah berpandukan harga di internet. Semoga blog Cik berkembang menjadi blog properti terbaik Malaysia.
Terima kasih

Jawapan saya:


waalaikum salam tuan. terima kasih kerana membaca blog saya.
terima kasih juga atas doa tersebut. aminn..

harga yang seller letak dalam iklan ni harga yang dia mahu jual.
mungkin harga penilaian bank. mungkin lebih tinggi.

jadi apa yang tuan perlu buat adalah dapatkan butiran rumah ini dan dapatkan berapa harga penilaian market value yang sebenar.
butiran utk penilaian adalah: alamat penuh rumah siap dgn poskod, freehold/leasehold, berapa sqft rumah, berapa keluasan tanah (jika landed), berapa bilik dan bilik air, ada tak renovation kekal mcm kitchen cabinet, built in wadrobe, full tiles yang membezakan dgn unit lain dan sesetengah valuer perlukan status open lot atau bumi lot.

penilaian boleh dibuat dengan mengupah terus valuer yang menjadi panel bank yang kita nak apply loan tu . kena bayar caj valuer lah.
atau
minta bantuan banker dapatkan valuation. yang ini percuma

dapat je nilai mv tu, bolehlah nego semula atau minta kurang jika harga yang seller nak jual ni lebih mahal.
semoga jawapan saya membantu

3