sumpahan dan tragedi di tanah bumi

Bumi lot satu keistimewaan atau sumpahan?

ramai yang cakap ia satu keistimewaan.
Boleh dapat diskaun bumi bila beli rumah dari pemaju.
Diskaun 5 - 7% bergantung pada projek.
Jadi dapat beli lagi murah.

ramai yang cakap ia satu keistimewaan
sebab bila beli dalam medan lelongan, non-bumi tak boleh lawan sama
jadi saingan lebih kecil

ramai yang cakap ia satu keistimewaan
sebab katanya nak lindungi hak pemilikan tanah oleh bumiputra
kalau tak, nanti bumi tak ada tanah

tapi bagi saya ia sumpahan
adat sumpahan, ada pantang larang
selagi tak langgar pantang, sumpahan tak terkena
badi tak terkena

sekali langgar sumpahan, akibatnya buruk.



sumpahannya, jangan beli untuk flip.
pasarannya kecil.
non-bumi beli unit yang sama boleh jual 360k
anda punya cuma boleh jual 300k
tu pun kalau boleh jual
kalau tak, melangutla tunggu setahun dua cari pembeli

sumpahannya, jangan beli secara JV dengan bukan ahli keluarga
sebab resam JV, ia hanya untuk jangka masa pendek
lepas 3 atau 5 tahun mungkin nak jual
masa tu anda akan hadapi situasi yang sama
jual lebih murah atau perap


sumpahan ni macam lembaga
boleh menunggu pada satu lot sampai bila-bila
boleh juga muncul tiba-tiba

sumpahan ni juga bukan kita yang baca
bukan kita yang jaga
ada penjaganya iaitu pejabat tanah
mereka boleh hantar lembaga di mana-mana lot mereka suka

nak kongsi cerita
ada seorang rakan
beli sebuah apartment dari seorang non-bumi
dia beli subsale

beli dari non-bumi, dah tentu open lot
member ni memang gembira lah
sebab beli open lot di lokasi yang hot

tapi masa tu strata belum keluar
malaysia ni sangat efisien
rumah dah dapat kunci 20 tahun dah pun, strata ada yang masih belum keluar

jadi selepas lebih kurang 3 tahun dia beli, strata keluar
tiba-tiba dia dapati unit dia dah jadi bumi lot
padahal dia beli dari non-bumi.
confirm sebelum tu bukan bumi lot

jeng jeng jeng

kesian dia sebab dia beli atas harga open lot
last-last jadi bumi lot
naya naya

itu sebab saya katakan
bumi lot ni satu sumpahan
menjelma sebagai lembaga dan muncul tiba-tiba

nak tahu apa orang lain pula kata?

Tuan Haji MD Esa kata DI SINI
Tuan Zaidi pula kata bumi lot ni satu kecelakaan
selagi belum accident, okla.
bila dah accident?

moral of the story:
selagi belum keluar strata, tak pasti lagi unit kita bumi lot atau tidak

Share:

17 ulasan:

dzirhans berkata...

Dalam title ada specifically mention ke x boleh transfer to non bumi?

Rasanya dalam bahagian sekatan-sekatan?

rohaniah noor berkata...

dzirhans, kalau dah individual title mmg boleh tgk sekatan. tapi masa member ni beli, masih under master title lagi. beli dari non-bumi.
then bila keluar individual title, baru tiba-tiba jadi bumi lot. logically, kalau dia beli dari non-bumi, sepatutnya unit tu open loat lah. ni tak. master title: open lot. bila pecah ke individual title: bumi lot semata2 sebab buyer sekarang adalah bumi

ruchan berkata...

sgt tak efficient.. harap akta baru ni, strata cepat laa keluar...

sitiezahim berkata...

oooo boleh plak dr non bumi jadi bumi ek..huhuhu..btw info baru tq2

Unknown berkata...

Salam, maaf saya masih blurr ttg lot bumi dan non bumi, kalu kita dah beli rumah mcmana nak tahu lot tu bumi ke non bmi. Ada catatan dlm geran ke atau dokumen lain yg perlu utk mengesahkannya. T.kasih

salfhi berkata...

welkam 2 bolehland

salfhi berkata...

welkam 2 bolehland

sHam berkata...

Pada pembeli yang mencari rumah didiami sehingga akhir hayat& membina keluarga sudah pastila ia merupakan keistimewaan..but pada investor seperti cik roi dan 'rakan2' ia merupakan disadvantage.....

di sebalik usaha keras cik roi Dan rakan rakan mengejar kekayangan ataupun matlamat bebas kewangan bersandarkan economi kapitalis ni, hormatila lot lot bumi agar ia dapat membantu sesetengah golongan sebangsa yang mendapat faedah yg besar dengan adanya lot bumi ni.....

ameen saliman berkata...

Salam puan, maaf sy masih baru dlm properties ni. Boleh saya tahu domain yg puan beli dulu sampaila skrg emkay launching domain 5, bumi @ non bumi? TQ

rohaniah noor berkata...

ruchan, ya kalau akta strata tu sehebat disangka, masalah ini akan selesai dan menjadi lebih jelas.

sitie, haah... tu lah bahayanya kan.. strata ni nak keluar punya la lembabs. tapi tahun ni akan keluar akta baru. akta strata, dijangka strata title keluar terus masa dapat kunci. so kalau mcmtu, masalah ini akan tak berlaku lagi la dah.. tapi utk projek baru je la.

Unknown, kalau individual strata title tu dah keluar, boleh tgk kat geran. kalau title individu tak keluar lagi la masalahnya.. tu yang jadi kat member saya ni.. (saya lebih gembira jika tuan / puan gunakan nama atau nickname untuk letak komen. lebih manis berbual jika tahu nama kan..)

salfhi, yes yes.. bolehland..

rohaniah noor berkata...

sHam, sila fahami pantang larang yang saya tulis tu. kalau tak berkaitan dengan pantang tu, mmg bagus bumi lot ni. lgpun bumi lot ni lebih kepada utk bumi memiliki rumah kan.. so tak salah la saya ajar investor memilih open lot. biar yang nak beli utk duduk sampai bila2 je yang ambil bumi lot. kami ambil open lot.

ameen, domain 5 dan apa2 projek kediaman pasti ada kuota bumiputra. selebihnya open lot

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, kalau harga cantik (bawah harga pasaran), saya tak kisah unit bumi lot especially lokasinya cantik sebab saya akan sewakan & dapat +ve return every month..Kalau nak jual, memang agak susah sikitla tapi bumi sekarang pun dah ramai yg mampu & sedar tentang pelaburan hartanah ni.So,mungkin bumi yang kena tukar persepsi ini untuk tidak ada rasa "phobia" & supaya bertambah lagi pelabur bumi..my 2 cents...

adan berkata...

bumi lot diskaun di johor 15%..saya rase paling tinggi di malaysia.

saya dlm proses apply loan sebuah rumah bumi lot 430k. harga non-bumi 540k. kalau tgk harga kurang 20%..agak keliru..

rohaniah noor berkata...

hareez, betul tu. saya setuju

adan, banyak betul sampai 15% kannn...

ahmad amri berkata...

Kes sama spt diatas. Apt leasehold. Kat kl. Bli dr non bumi mse master title. Skrg dah kuar strta title n bila semak dah bertukar jadi lot bumi. Soalannya. Memang tak boleh jual pd non bumi ker?. Harap ada yg boleh bg jawapan. Tq

rohaniah noor berkata...

ahmad amri, mungkin boleh jual tapi leceh. buyer tu kena buat rayuan beberapa kali dan bagi justifikasi yang kukuh kenapa dia nak beli unit bumi tu.

Tengku Azlan berkata...

Salam puan blogger,saya masih baru dlm property investing ni.masih byk ilmu yg kurang.

Soalan saya,jika lot bumi dgn status leasehold,adakah ianya boleh di convert pada non bumi lot?

Lebih specific,sy bercadang utk dptkan 1 unit teres bumi lot berstatus leasehold di bandar rimbayu sbg langkah pertama sy dlm dunia ni.

Tq

Azlan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog