Rasa kena dump dengan boyfriend!

Minggu lepas saya dikejutkan oleh satu SMS.

SMS dari kawan saya,
Frust. Aku rasa macam kena dump dengan boyfriend!

Apakah?

Kisahnya begini..

kawan saya sangat berhajat membeli rumah untuk tinggal sendiri.
Beberapa bulan lepas, saya ada menemaninya melihat beberapa rumah.
Antaranya PROJEK INI.

Terakhir saya menemaninya melihat ke sebuah kondominium di Putrajaya.
Penjual mahu jual pada harga RM 330K.
Kata agent, itu harga yang dinilai oleh Maybank.




Rumah ini rumah baru.
Selepas dapat kunci, penjual perap sahaja hinggalah dekat-dekat hujung tahun baru nak jual.
Jadi, belum ada gril, belum pasang lampu, malah defect dari developer pun belum diperiksa.

Dari pemeriksaan sekali imbas saya, saya dapati
- ada tiles yang lompang di dapur
- ada dinding yang lembab.


Melihat kepada defect dan kos pemasangan gril ini, kami minta diskaun lagi.
Kami tawarkan RM 300K.
Kata agent, dia tak pasti penjual setuju atau tidak.
Sebab ada seorang lagi minta harga yang sama, pun pembeli tak bagi keputusan.
Pesanan saya padanya, minta diskaun tapi jangan tunjukkan yang kita nak sangat dengan rumah tersebut

Tapi kawan saya berkenan sungguh dengan kondominium itu.
Jadi saya menolongnya untuk mendapatkan penilaian dari Public Bank.

Public Bank beritahu maksima RM 320K sahaja.
Rakan saya minta diskaun dari agent, tapi senyap.

Tiba-tiba hari Isnin dua minggu lepas, iaitu minggu pertama peperiksaan saya, kawan saya SMS saya
Agent cakap, penjual setuju nak jual pada harga 310K

Aku rasa macam nak ambil.

SMS kawan saya dengan keputusan sebulat suara dia.

Sebenarnya saya sendiri kurang berkenan dengan kondo tu.
sebab swimming pool dia kecil dan kondo tu tak ada pagar.. Style Putrajaya lah!
Bagi saya, buat apa duduk kondo dan ada pengawal keselamatan kalau budak-budak boleh menyelinap dari segenap penjuru untuk mandi kolam renang percuma?



Tapi kawan saya tak peduli pun pasal kolam renang dan pagar tu.
Dia memang dah jatuh cinta!

Jadi saya pun beritahu lah macamana prosedurnya membeli rumah dari agent.
Saya pesan, minta penjual tu buat laporan defect dari developer.

Panjang lebar lah sms antara saya dan dia dalam pada saya sedang dalam mesyuarat yang membosankan di pejabat.
Di rumah, dia call dan kami berbual pasal ini.

Hari itu juga kawan saya jumpa agent tu.
Agent tu ambil dokumen dia, nak semak boleh lulus pinjaman ke tak.

Kemudian kalau layak buat pinjaman, hari Jumaat nanti, agen tu akan jumpa dia lagi
ambil cek untuk booking 3%
dan agent akan bawa dia ke rumah itu untuk periksa defect.

Kemudian beri list defect pada agent dan agent akan pas kepada penjual.
Dan penjual akan buat aduan kepada pemaju.
Dan walla!!!
Kawan saya dapat rumah yang terbaik.

Tiba-tiba esok petangnya saya dapat SMS lagi.

Frustnya aku.. Agent kata ada agent lain jumpa buyer yang dah bayar booking fee hari ini untuk rumah tu! Agent tu dah check kemampuan loan aku. Boleh lepas!
La.... Terkedu juga saya.
Ruginya...

Frust. Rasa macam kena dump dengan boyfriend. Aku dah imagine masa depan aku dengan rumah itu.

Simpati, tapi tak mahu menambahkan kesedihannya.
Saya hanya boleh jawab kepadanya

Kalau rumah pun boleh lari, apatah lagi boyfriend :)

Moral of the story:
1- bila harga rumah dijual pada harga yang menarik, jangan berlengah untuk letak booking.
2- boyfriend lari adalah perkara biasa. erkkkk

Share:

11 ulasan:

salehs berkata...

Listen listen listenn
Inilah resam nak beli hot property...kena cepat buat keputusan...kdg2 smpai x sempat fikir itu ini dh melepassss....pernah terjadi pada sy...walaupun dh 2 tahun berlalu hal ni...tp ia kdg2 kaco fikiran jg dgn bisikan2 isshhh...

salfhi berkata...

easy come easy go.. ada lg rezki d msa dpn

rohaniah noor berkata...

salehs, lama juga tu 2 tahun.. mmg kalau fikirkan, terasa frust kan.,

salfhi, ya easy come easy go. sama mcm boyfriend juga

Matjoe berkata...

Listen listen listenn

MySham berkata...

bukan jodoh kawan tu kat putrajaya..

masih banyak calon lain yang available..

Haruki berkata...

That's how I felt when one owner refuse to sell after agreeing on the price! But it turned out I found another (better) unit at cheaper price.

rohaniah noor berkata...

matjoe, siapa yang kena listen ni? hehe

MySham, ya.. banyak lagi calon

Haruki, that is the hikmah. the first house is not the best for you. maybe same case with my friend

dzirhans berkata...

RN...310k for which size ye? 800, 900 or 1k sqt?

I plan nak beli juga apt ni but not for sewa or flip.. It's more on strategic purchase.

Dale Ibrahim berkata...

salam bro..tanye skit..aritu ada bukak blog bro psl ada info berkaitan dgn setia ecohill tu..baru nak blaja seskit dr blog tu alih2 dh xle masuk..if x keberatan dptlah kirenye bg permission utk sy ikut blog bro..tq

rohaniah noor berkata...

dzirhans, rumah ni 926 sqft. tapi betul cakap Dale Ibrahim tu, blog tuan tak boleh dilihat sekarang. hanya orang tertentu sahaja. macamana kami nak daftar untuk jadi orang yang boleh baca blog tu?

Halif Mohamad berkata...

Boyfriend lari perkara biasa tu mmg saya setuju. hehe

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog