Mampu milik atau mimpi molek?

Akan menjadi kenyataan kah rumah mampu milik di Cyberjaya?

Dalam Bajet 2010 yang diumumkan pada September 2009, memang PM ada umumkan rumah mampu milik di Cyberjaya.
Boleh rujuk DI SINI muka surat 35 dan 36.

Manakala di Cyberjaya, antara projek yang akan dilaksanakan adalah pembinaan rumah mampu milik, hypermarket, kompleks perniagaan, kemudahan parkir, pusat rekreasi dan riadah serta sekolah.

Selepas tu muncul lah PROJEK BERHANTU INI.
rumah mampu milik dah jadi rumah mimpi molek.



Dalam bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011, PM berjanji lagi akan dibina rumah mampu milik di Cyberjaya.
Boleh rujuk DI SINI muka surat 42.


Bagi tahun 2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah  berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju. 


2012 dah berlalu...

Sekarang, EMKAY pula katanya nak bina 3,680 unit rumah mampu milik di Cyberjaya.

Sebagai pelanggan EMKAY, rasa bangga juga jika EMKAY berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
Mari kita tunggu, lihat dan booking, jika ada dan layak.


kredit gambar: http://www.c-arch.com.my/index/wisma-mustapha-kamal-cyberjaya


Saya kongsikan berita yang tersiar di Sinar Harian pada 14 Januari 2013.
Berita asal mengenai rumah mampu milik oleh EMKAY ini boleh lah dibaca DI SINI.



Emkay akan lancar 3,680 unit rumah mampu milik di Cyberjaya
14 Januari 2013
CYBERJAYA - Kumpulan Emkay akan melancarkan pembangunan projek rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar RM500 juta dalam tempoh terdekat, kata pengerusinya Tan Sri Mustapha Kamal.
 
Beliau berkata menerusi projek itu sebanyak 3,680 unit rumah akan dibangunkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan rakyat tinggal di Cyberjaya.
 
"Dalam dua tiga minggu lagi kita akan lancar dan rumah jenis pangsapuri itu akan dijual dengan harga bermula RM120,000, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat dialisis, masjid serta tanah perkuburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Terdahulu beliau menyampaikan taklimat mengenai perkembangan pembangunan Cyberjaya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Mustapha berkata melalui projek tersebut konsep rakyat didahulukan dapat dipraktikan sekali gus memastikan sasaran peningkatan penduduk kepada 100,000 orang menjelang 2016 mampu dicapai.
"Projek berkenaan diunjurkan akan dimulakan secara fizikal pada pertengahan tahun ini," katanya.
 
Selain projek perumahan itu, syarikatnya turut mempunyai 40.5 hektar lagi tanah untuk dimajukan dengan pembinaan kawasan pejabat dan industri berimpak tinggi.
 
"Jika satu hektar dapat dimajukan sebagai kawasan berimpak tinggi diandaikan berupaya menjana 4,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan dan secara tidak langsung membantu negara merealisasikan hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi.
 
"Dulu orang tak nak datang ke Cyberjaya tetapi menjelang 2016 nanti semua kemudahan ada di kawasan itu, pelbagai perancangan telah dan sedang giat dilaksanakan untuk tujuan tersebut," katanya.
 
Mustapha berkata ia termasuklah perbincangan dengan pihak universiti serta pemegang saham untuk mewujudkan latihan kemahiran dan ilmu baharu kepada anak bangsa bagi memastikan mereka dapat memenuhi kehendak pasaran kerja di Cyberjaya.
 
Menjelang 2016 Cyberjaya dijangka menarik pelaburan terkumpul sehingga RM32 billion, katanya. - Bernama

Moral of the story:
sementara tunggu rumah ni dibuka untuk jualan, apa kata belajar bagaimana menggandakan wang anda dahulu melalui SEMINAR INI.
6