Perempuan Kelantan boleh lah beli rumah

Semalam saya menulis mengenai cadangan Tuan Shamsudin Kadir iaitu gunakan wang hantaran untuk membeli rumah.
Boleh baca DI SINI.

Ramai yang memberi reaksi dan komen. saya setuju semua komen kawan-kawan. semuanya ada benarnya.

Sebenarnya, praktikal ke cadangan ini?

bagi saya ia boleh dilaksanakan oleh wanita Kelantan atau pasangan pengantin yang majlis perkahwinannya dibiayai oleh ibubapa mereka.

Umum mengetahui, wang hantaran bagi gadis kelantan adalah juga sebenarnya mas kahwin mereka.
Wang itu akan 100% diberi kepada pengantin perempuan.
Maka, dari membeli barang-barng yang susut nilai atau barang mewah, lebih baik gunakan untuk membeli rumah yang bagus kadar sewanya.
Sewakan rumah tersebut dan nikmati aliran wang positifnya.
Dan pastikan ia dibeli atas nama perempuan tu ya. 
Kerana asas wang membeli rumah ini adalah wang mas kahwin.

Bagi pasangan yang ibubapanya membiayai majlis perkahwinan, mereka sangat beruntung.
Biasanya anak ahli perniagaan, anak kakitangan kerajaan atau ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang baik mampu melakukan tanggungjawab ini.
Mewah atau sederhana, pasangan pengantin ini sangat beruntung.

Maka, apa lagi.. wang hantaran boleh lah guna untuk beli rumah dan letak atas nama isteri ya!

Tapi bagaimana dengan ibu bapa yang tidak mampu membiayai majlis perkahwinan anak mereka?
Ramai ibu bapa yang kurang berkemampuan di luar sana menggunakan wang hantaran untuk perbelanjaan majlis perkahwinan.
Betul, ia tanggungjawab ibu bapa.. tapi jika ibu bapa memang tak mampu menghadirkan wang RM 5K sekurang-kurangnya untuk satu kenduri kahwin biasa-biasa.

Dalam kes ini, memang wang hantaran akan digunakan.

Sebenarnya adik beradik saya juga begitu. 
Ibu bapa saya memang tidak mempunyai wang tersebut.
Jadi, siapa mahu berkahwin perlu menyimpan wang sendiri dan terpaksalah menggunakan wang hantaran.
Majlis yang sederhana pun dah beribu-ribu juga perbelanjaannya.
Itu pun kami tak pakai katering, sebaliknya jiran-jiran membantu memasak.

Lainlah kalau nak buat kenduri doa selamat, jemput dalam 200 orang tetamu sahaja kan...
Tiada baju pengantin gah yang dibeli atau disewa, sebaliknya hanya pakai baju kurung yang cantik sedikit dari baju raya sahaja.
Tiada jurukamera berbayar, tiada sesi bergambar outdoor indoor yang posing sini sana, menung sini sana dengan si jurukamera professional
Tiada goodies untuk tetamu yang mewah, cuma mungkin telur rebus sahaja macam dulu-dulu.

Tapi , cuba bayangkan pula jika pihak lelaki memberi wang hantaran sebanyak RM 12k
kemudian pihak perempuan cuma adakan majlis doa selamat untuk 200 orang yang kosnya hanya dalam RM 2k
dengan niat, supaya pihak perempuan ada baki dalam 10k untuk gunakan sebagai deposit rumah.
agak-agak, keluarga pihak lelaki akan bercakap tak?
hmm...


Jom layan video ni kejap.


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog