Pinjamkan tangan anda untuk tahun ini.

Program Lend A Helping Hand 2012 sudah tak berapa lama lagi.

Mungkin ada yang baru tahu, kami di propertywaltz.com dan Property N Co akan menganjurkan satu seminar pelaburan hartanah untuk kebajikan pada 9 Disember ini.
Nama program itu adalah "Lend A Helping Hand"
Saya ada umumkan program ini sebelum ini DI SINI.

Kami mulakan program ini buat pertama kalinya pada tahun 2011
alhamdulillah.. jika Allah permudahkan semuanya, tahun 2012 ini akan menjadi tahun kedua penganjurannya

Peserta seminar tahun lepas

Sama seperti tahun lepas, seminar tahun ini juga bertujuan mengutip dana untuk pesakit yang memerlukan wang untuk perbelanjaan perubatan atau pembedahan
Setakat ini saya belum boleh umumkan penerimanya
Tapi insya Allah akan saya umumkan sedikit masa lagi.

Tuan Hasbul 'Ariff dari Majalah Niaga juga turut sudi hadir.

Jika pada tahun lepas, ia diadakan selama setengah hari sahaja
tapi tahun ini insya Allah akan diadakan penuh satu hari.
Ini supaya lebih banyak ilmu dapat dikongsikan kepada semua peserta yang perihatin dan sudi meluangkan masa.


Ok, di dalam sesi kali ini, akan ada 4 orang penceramah yang akan memberi tajuk yang berbeza.


Tuan Saufi Karim, blogger dan penulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal akan bercakap mengenai "Pelabur Hartanah: Transform Minda, Untung Juta-juta".



Tuan Effendy Zulkifli, bekas pegawai di bahagian pemprosesan permohonan pinjaman di sebuah institusi kewangan terkemuka akan berkongsi  "Rahsia Memukau Pelulus Pinjaman Terbongkar".

Puan Nicole Ong, blogger hartanah dan pelabur hartanah kediaman dan komersial akan menerangkan tajuk "VP: Hak Kami Lebih dari Kunci!"

Manakala saya sendiri akan berkongsi dengan kawan-kawan satu tajuk berbunyi "Strategi Pelaburan Hartanah Kalis Gentar".

Selain itu, akan ada kemunculan istimewa Puan Siti Farazila, pakar dan blogger hartanah lelong wanita tersohor di Malaysia sebagai emcee dan koordinator.

Menarik kan?

Melihat kepada tajuk-tajuknya ini, berapa agaknya nilai yang ilmu ini boleh beri kepada anda?

bagi saya, tiada had.

Ilmu ini anda boleh gunakan sepanjang hidup anda untuk membina kekayaan dan keluar dari kekangan kewangan yang membelenggu anda melalui pelaburan hartanah.

Jika anda berminat untuk belajar tajuk-tajuk ini, jom isi borang pendaftaran di bawah.





Alhamdulillah...

Untuk seminar kali ini, Abangensem sekali lagi bermurah hati untuk mendermakan sebahagian dari wang pembelian ebook beliau untuk kutipan dana program ini.

Begitu juga blogger dzirhans dari http://nurynsophea.blogspot.com berbesar hati menaja air mineral untuk menghilang dahaga rakan-rakan peserta yang hadir nanti.

Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian tuan berdua.
:)

adegan yang buat AE tidur berbantalkan buku cek selama seminggu


Mahal sungguh ilmunya, mahal juga sumbangan rakan-rakan blogger sekalian.
Tapi berapa mahal pula yurannya?

Harus diingat, ini merupakan seminar untuk kebajikan.
Wang kutipan yuran hanya akan ditolak kos penganjuran dan operasi seminar ini sahaja.
Selebihnya akan terus didermakan kepada penerima yang telah kami kenalpasti nanti.

Untuk seminar seharian dari jam 9 pagi hingga 6 petang ini, yuran yang kami tetapkan hanyalah RM 150 sahaja.

Ya, RM 150 sahaja untuk satu hari seminar dari 4 orang penceramah.

Memandangkan wang yuran ini untuk membiayai pembedahan seorang pesakit, saya amat berharap rakan-rakan tampil untuk sama-sama hadir, belajar dan menyumbang.

Sekali lagi, saya jemput rakan-rakan untuk mengisi borang pendaftaran ini.




Pihak kami akan menghubungi kawan-kawan yang telah mengisi borang ini nanti untuk maklumat pembayaran.

Terima kasih semua dan harap boleh bertemu anda nanti :)



Update:

Seminar ini akan diadakan di Dewan Satu Solution, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. 
Tuanbri telah berbesar hati menaja dewan seminar untuk program ini nanti 
:)
5