Kupasan Halal dan Haram dalam Pengurusan Harta

Saya ingin menyambung kupasan tajuk pembentangan dari Seminar Pengurusan Harta dalam Islam.
Sebelum ini saya sudah mengupas pembentangan pertama DI SINI.

Tajuk kedua bertajuk "Halal dan Haram dalam Pengurusan Harta".
ia disampaikan oleh Tuan Mohd Nasir bin Ismail, dari Syariah Services Department, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia.

Antara perkara penting yang beliau sampaikan adalah:

1. Islam dan komponennya
- Islam terbahagi kepasa 3 komponen utama iaitu aqidah, Syariah dan Akhlak.
- Di dalam syariah, terdapat hubungan manusia dengan manusia yang meliputi muamalat. Ekonomi berada di bawah muamalat.


2. Di dalam Islam, diwujudkan hukum-hukum iaitu halal, haram, harus, sunat dan makruh. Tujuan pensyariatan hukum-hukum ini adalah untuk menjaga kemaslahatan atau kesejahteraan manusia dan mengelakkan manusia dari sebarang kemudaratan di dunia dan di Akhirat.




3. Di dalam Islam, setiap perkara pada asalnya atau default hukum nya adalah harus. Hinggalah ada ayat al-quran atau hadis yang mengharamkannya. Pengharaman sesuatu perkara adalah kerana ia membawa keburukan atau bahaya kepada manusia.


4. Halal atau haram sesuatu perkara adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah seperti melakukan syirik kepada Allah SWT.


5. Niat tidak menghalalkan cara. Niat yang baik tetap tidak akan menghalalkan yang haram.




6. Di dalam Islam, semua harta di dunia ini adalah milik Allah SWT.  ini seperti dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah an- Najm ayat 31 yang bermaksud

Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

7. Harta merupakan ujian dari Allah kepada manusia, sebagaimana dinyatakan di dalam ayat Al-Quran surah al-Anfal ayat 28 yang bermaksud

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

8. Di dalam pengurusan harta, wujud tanggungjawab
- tanggungjawab terhadap diri
- tanggungjawab terhadap keluarga
- tanggungjawab terhadap masyarakat secara wajib
- tanggungjawabterhadap masyarakat secara sukarela
- tanggungjawab memakmurkan ekonomi
- tanggungjawab sebagai khalifah


9. Di dalam kontrak muamalat, Islam mewajibkan elemen berikut:

- dilarang mengeluar dan menjual najis (kecuali jika ia bernilai seperti syarat seterusnya)
- mengeluar dan menjual barang yang tidak memberi manfaat atau tidak bernilai
- tiada unsur riba'
- tiada unsur gharar / samar-samar
- tiada unsur perjudian
- kontrak mestilah lengkap dari segi rukunnya dan sempurna syaratnya


10. Riba terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Riba' Buyu' iaitu riba dalam perdagangan. Ia pula terbahagi dua  iaitu

- Riba' Fadhl : dalam kes pertukaran barangan ribawi namun melalui unit bilangan dan timbangan yang berbeza dan tidak seragam.
Contoh semasa sistem barter dahulu, A menukarkan dua genggam garam yang lebih rendah kualiti dengan satu genggam garam kepunyaan B.

- Riba' Nasi'ah iaitu seseorang menjual sesuatu barang secara bayaran ansuran dalam satu tempoh tertentu. Jika bayaran tidak diselesaikan selepas tempoh itu, bayaran lebih tinggi dikenakan kepada pembeli tersebut.

Ada juga Riba' Yad iaitu apabila barang yang dijual beli tidak diserahkan atau ditukar pada masa jual beli berlaku.
Contoh A bersetuju menjual satu guni beras kepada B dengan harga RM 30. Kemudian,  kedua-duanya berpisah dan tidak menukarkan barang jualan tersebut pada masa itu.


b) Riba' Duyun iaitu riba di dalam pinjaman.

Ia pula terbahagi kepada 2 cara:

a) riba' Qard iaitu perjanjian yang menetapkan keuntungan bayaran kepada pemberi hutang.
Contohnya, A memberi hutang RM 100 kepada B dan B perlu membayar balik pinjaman kepada A sebanyak RM 120.

b) Riba Jahiliyyah iaitu pada awal pinjaman, tiada unsur riba.
A memberi pinjam RM 100 kepada B dan B hendaklah memulangkan RM 100 juga kepadanya.
Namun disebabkan B gagal memulangkannya pada satu tarikh yang ditetapkan, kini A menetapkan bayaran balik menjadi RM 120.



11. Barang Ribawi

Di dalam islam, riba boleh berlaku apabila berlaku pertukaran barang ribawi iaitu
- emas, perak, mata wang sebagai media pertukaran
- bijiran, daging, sayur-sayuran, buah-buhan dan perisa sebagai bahan asas makanan.

Jika ada pertukaran antara barang yang bukan terdiri dari barang-barang di atas, riba tidak berlaku.


12.  Gharar adalah perkara yang samar-samar yang wujud di dalam kontrak jual-beli. Ia
wujud dalam 2 situasi:

a) Gharar berat atau Gharar Fahish berlaku apabila syarat jual beli tidak lengkap hingga boleh membatalkan kontrak. begitu juga jika kesamaran itu besar impaknya.

Contoh: apabila A menandatangi surat tawaran pinjaman rumah konvensional untuk pinjaman selama 30 tahun pada kadar BLR - 2.00, adakah dia tahu berapa jumlah bayaran rumah itu yang akan dibayarkan selama 30 tahun akan datang ini?

b) Gharar ringan atau Gharar yasir, berlaku jika perkara yang samar-samar itu ringan sahaja dan boleh dimaafkan.
Contoh: A seorang lelaki membayar 20 sen untuk menggunakan tandasbagi membuang air besar.
B seorang wanita membayar 20 sen juga untuk menggunakan tandas semata-mata untuk membaiki tudung atau lipstik.

Di sini, kegunaan air adalah tidak sama.
Dan kita tidak pasti adakah setiap orang yang membayar 20 sen utu menggunakan air yang sama?
Oleh kerana kesamaran ini kecil sahaja, maka ia boleh dimaafkan dan tidak menjadi haram hukumnya


13. Baitulmal bertanggungjawab di dalam pengurusan harta yang syubhah. ini dipersetujui oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa.


Image courtesy of  FreeDigitalPhotos.net

3