Ivory Residence Kajang - beli rumah dengan hanya kurang RM4,000

Minggu lepas saya ke tapak pembinaan dan pejabat jualan Ivory Residence.

Ia satu projek kondominium pertama di Saujana Prima, Kajang.
Merupakan satu lagi projek pembangunan oleh TLS dan reka bentuk kondonya memang menyerupai projek Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah, Kajang.

Model Ivory Residence

TLS sememangnya pemaju yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kajang.
Projek terdahulu mereka seperti Sri Ria, Sri Lavender, Sri Ixora di Taman Sepakat Indah 2 memang mencatat kenaikan harga yang baik dan kadar sewaan yang bagus semenjak pelajar-pelajar arab di UKM, UNITEN dan sekitar memilih kawasan itu untuk tinggal.
Terkini, Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah sedang rancak dibina dan tak lama lagi akan siap.

Projek ini dibina di atas tanah freehold.
Ada 3 blok semuanya.
Keluasan setiap unit sama sahaja iaitu 1288 sqft.

Harga jualan bermula dari RM 353,520
Ini bermakna harga bagi setiap kaki persegi adalah bermula dari RM 275 per sqft sahaja.

Harga ni dikira harga yang murah berbanding kondominium baru yang lain.

Untuk keseluruhan projek ni, ada 730 unit semuanya.

Tiada DIBS, bermakna akan ada progress payment semasa di dalam pembinaan.

Ruang tamu dan ruang makan selepas dicantikkan. Anda dapat kosong je nanti.


Sebenarnya kondominium ini termasuk di dalam pembangunan Taman Mutiara Heights.
Taman Mutiara Heights mengandungi rumah teres 3 tingkat, unit kedai pejabat, rumah kelab dan kondominium ini.

Kelebihan lokasi ini adalah ia begitu hampir dengan Giant Saujana Prima.
Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya Silk, Lebuhraya Cheras - Kajang dan Lebuhraya LEKAS.

Dalam lebih kurang 4 kilometer dari tapak projek ini, ada TESCO dan juga stesen MRT yang akan dibina.
Tak boleh lah nak berjalan kaki ke stesyen MRT tapi sekurang-kurangnya memudahkan perjalanan anda.
Selain itu, ia juga berhampiran juga dengan projek TTDI Grove, Kajang dan Penjara Kajang.

Untuk membuat tempahan, pembeli hanya diperlukan membayar RM 1,000 sahaja.
Kemudian pemaju menawarkan diskaun 9% dari harga jualan.
Jadi, apabila menandatangi s&p, pembeli hanya perlu menambah RM 2K++ sahaja untuk mencukupkan bayaran deposit sebanyak 1% sahaja.

Jadi, dengan hanya lebih kurang RM 3500 ke 3900, anda boleh memiliki satu unit kondominium ini.
Siapa kata nak beli rumah mesti keluar duit berpuluh ribu kan?



Selain itu, pemaju juga menawarkan
- percuma 4 biji aircond
- percuma kabinet dapur, hood dan hob
- percuma 3 bulan yuran penyenggaraan
- percuma yuran guaman s&p dan yuran guaman pinjaman
- percuma duti setem
- percuma deposit bil elektrik dan air
- percuma cukai tanah untuk setahun


Kabinet dapur ini yang anda akan dapat nanti. Percuma


Yuran penyenggaraan adalah 13 sen per sqft.
Ia dijangka siap pada tahun 2015.

terkini, blok B dan C dah pun habis terjual.
Hanya tinggal blok A sahaja dalam lebih kurang 40 unit.

Jelas, nampak macam projek hangat di sini.

Bilik master


Persoalan yang perlu kawan-kawan jawab di sini adalah, apa tujuan kawan-kawan membelinya?

Ingin saya memberi pandangan saya?
Ini hanya pandangan peribadi, saya tidak bertanggungjawab jika pandangan saya silap dan memberi kerugian kepada kawan-kawan.

Pada pendapat saya, jika untuk tinggal sendiri, saya merasakan lokasi ini bagus juga sebab senang akses ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Cheras.
Apatah lagi nanti apabila stesyen MRT sudah  siap dibina.

Balkoni. ini tiles nya


Jika untuk flipping, mungkin bagus juga bergantung kepada berapa amaun keuntungan yang kawan-kawan target.
Jika hanya target keuntungan dalam 80K - 100K, mungkin boleh.
Jika harapkan lebih dari itu, mungkin kena tunggu sedikit.

Jika kawan-kawan membeli untuk disewa, yang ni saya pun musykil.
Adakah kadar sewa di sana akan melambung dan cukup untuk sekurang-kurangnya membayar pinjaman rakan-rakan?

saya berpendapat, jika kawan-kawan buat pinjaman bank sebanyak 90%, mungkin boleh cukup-cukup makan.
Tapi jika kawan-kawan buat pinjaman kerajaan 100%, ada risiko aliran wang negatif.
Sebab bayaran balik pinjaman 100% dari harga jualan agak tinggi juga.

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi Puan Siti di talian 0192948477.
bagitahu lah dapat dari blog saya, rohaniah noor / anie.
boleh saya minta puan sitie belanja saya minum nanti.

atau kawan-kawan boleh email saya no telefon anda, nanti saya forwardkan ke Puan Siti.
Email saya propertywaltz@gmail.com
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog