Domain 3: pelabur hartanah berjemaah

Alhamdulillah...

setelah menunggu selama 2 tahun 3 bulan, akhirnya penyerahan kunci Domain 3 berjalan dengan lancar semalam.

Unit studio 550 sqft ini saya beli dengan deposit hanya RM 4,000.
Harganya RM 201,000 berada di tingkat 16.

Domain 3


Semalam saya mengambil kunci dari Kenny, salesperson EMKAY yang baik dan sporting.
Kawan saya, Huda menemani saya.

Huda pun ada beli satu unit di sini.
Asalnya beliau memang tak ada rumah lagi dan tak ada pun pergi belajar pelaburan hartanah ni.
Tapi sebab dia kawan saya dan geng study saya, maka terpaksalah mendengar saya dok membebel ajak beli rumah.

Kebetulan Domain 3 masa tu baru dilancarkan dan wang pendahuluannya rendah.
Apa lagi.. saya pun ajak lah dia dan beberapa rakan membeli.


tangan Huda. boleh jadi model jam tak?

Ada 2 rakan tak jadi beli disebabkan faktor luaran.
Tapi Huda tetap beli satu unit.
Seorang kawan baik dan jiran saya, Kak Jue pun beli satu unit juga.

Tapi Huda dan kak jue akan ambil kunci minggu depan, selepas hari raya aidiladha.
Nanti saya teman mereka pula :)

Pembeli paling blur adalah kakak saya. ehehehe
Dia pesan pada saya, tolong carikan property yang bagus untuk dia buat pelaburan.
Maka saya lah yang uruskan A - Z pembelian Domain 3 ni untuk dia.
Dia stand by duit RM 4K sahaja.
Nanti cari penyewa dan uruskan penyewa pun atas saya juga
:o

Katanya, kalau saya tak bawak dia tengok rumah tu, pasti dia akan kata pada anak-anaknya,

"Rasanya mak ada satu rumah kat cyberjaya... tapi entah kat mana entah rumah tu...."

Teringat dulu semasa Domain dijual, adik saya dan beberapa rakan pun turut membeli.
Alhamdulillah.. mereka gembira membuat pelaburan ini.
Dan kini masa untuk sentimental value yang sama bagi Domain 3 pula.

Ya, itu sebabnya bagi saya, unit Domain dan Domain 3 ini sangat istimewa kerana perasaan seronok membeli beramai-ramai dengan keluarga dan kawan kan..

kunci

Ok, semalam semasa mengambil kunci di pejabat pemaju, mereka siap minta pembeli bergambar di satu backdrop yang telah mereka sediakan.
Kemudian terus mereka cetak gambar itu dan masukkan ke dalam frame, kemudian serahkan kepada pembeli
Bagi saya, ia sangat sweet dan menyentuh hati.

Bayangkan jika pembeli rumah pertama diberi sekeping gambar berframe yang ditangkap pada hari penyerahan kuncinya.


Kenny membawa saya dan Huda masuk ke dalam apartment ni.
Ada dalam 5 ke 6 orang pelajar arab Lim Kok Wing dah tunggu di pintu pagar.
Mereka minta nak sewakan kepada mereka.

Saya tanya, when you want to move in?
Katanya, "Can we move in today?"

Hah!! terkejut kami.. Maaf lah.. kunci pun baru je dapat.. sekurang-kurangnya lagi 2 minggu sebab biasanya gril ambil masa 2 minggu untuk siap.
Itu yang saya terangkan kepada mereka.
Tapi apa pun, saya ambil no telefon mereka.

studio unit

Masuk ke dalam unit saya, perasaan gembira tak boleh nak diceritakan.
Menikmati pemandangan seketika, kemudian saya mulakan pemeriksaan jika ada kekurangan atau kecacatan pembinaan.

Ada beberapa kecacatan yang saya dapat kesan.
Tapi insya Allah hari ini akan sambung periksa lagi dan tanda kecacatan tu.

Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana dan apa perkara yang perlu diperiksa sebaik mendapat kunci, jemputlah datang ke Charity Talk kami pada 9 disember nanti.
Akan ada satu tajuk khas pasal ni.

Kalau berminat nak hadir dan turut menyumbang, boleh isi borang DI SINI.


Pintu masuk
Unit studio pandangan dari tingkap. 

Dapur

Lift lobby tingkat 6

Pintu masuk ke lot parking

Parking


Malam tadi juga saya beli langsir. Cantik tak?
Nak upah mak tolong jahitkan. heeee


Langsir


10