9 disember tarikhnya

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca blog yang budiman,

Masih ingat lagi dengan program Lend A Helping Hand 2011?
Saya dan rakan-rakan Property N Co telah menganjurkan seminar pelaburan hartanah untuk kebajikan atas tema ini.
Ia diadakan pada 17 Disember 2011. Anda boleh baca DI SINI.



Selain dari saya, penceramah seminar pada hari itu adalah blogger-blogger hartanah yang hebat iaitu Nicole Ong, Siti Farazila,  En Esa dan Abangensem.
Seramai 22 orang peserta bermurah hati menyertai seminar ini dan seterusnya menyumbang ke dalam kutipan.
Matjoe dari matjoe.com dan Sitiezahim dari http://catatandarideutschland.blogspot.com turut menaja ruang pengiklanan

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.
Semoga rezeki anda dimurahkan Allah berganda-ganda lagi hari demi hari.

Alhamdulillah
dalam seminar itu, kami berjaya mengutip sebanyak RM 2,723.75 dan diserahkan ke Tabung Kebajikan NSTP.

Jadi kawan-kawan, saya ingin memaklumkan kepada anda semua hari ini bahawa program Lend a Helping Hand akan kembali lagi.

Insya Allah.. ia akan diadakan pada 9 Disember 2012.

Objektif penganjuran seminar ini tetap sama. Kami ingin mengumpul dana untuk membantu pesakit yang memerlukan wang dengan segera untuk pembedahan atau rawatan perubatan

Modul terperinci masih belum confirm lagi.
saya akan maklumkan kemudian.



saya cuma ingin mempelawa rakan-rakan yang berminat untuk turut menyumbang supaya tandakan tarikh ini dalam kalendar anda.


Oleh kerana ia untuk kebajikan dan target untuk mengumpul sebanyak mungkin kutipan, kami berusaha mengurangkan kos penganjuran seminar ini.

Dengan ini saya juga mempelawa rakan-rakan yang budiman jika ada yang berminat untuk menaja produk dan servis anda dan turut menyumbang.

Kami memerlukan
- tempat seminar
- air mineral
- gula2
- perkhidmatan mereka banner
- ruang pengiklanan di blog


Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya di propertywaltz@gmail.com ya.

Terima kasih semua rakan-rakan.
Jangan lupa 9 Disember 2012.

Berita selanjutnya akan menyusul.
4