saya tujukan kursus ini kepada...

esok ahad 1 april 2012 jam 9.00 pagi
Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari akan berlangsung.. insya Allah..

kenapa kami adakan kursus ini?
sebenarnya ada kisah di sebaliknya

tahun lepas kan kami ada anjurkan seminar From Zero to Hero
dalam masa 2 hari kami kongsikan strategi mencari permata melalui subsale, unit pemaju dan rumah lelong
tapi penekanan lebih kepada subsale dan lelong
dan kami kongsikan mengenai pinjaman, prosedur menyewa, pengurusan penyewa dan prosedur menjual
segalanya dalam 2 hari

tapi saya ada menerima satu permintaan dari seorang rakan blogger
katanya, beliau sahgat berminat nak belajar mengenai pelaburan hartanah lelong
tapi beliau memang tak dapat nak pergi kalau seminar 2 hari macamni
sebab hujung minggu nak luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga

Jadi beliau buat permintaan agar kami adakan seminar lelong satu hari sahaja
supaya beliau boleh pergi
saya telah berjanji padanya saya akan bincangkan hal ini dengan rakan property n co yang lain
dan kemungkinan besar permintaan ini akan direalisasikan
:)

maka itulah sebenarnya pemberi inspirasi kepada saya untuk cadangkan kursus lelong satu hari ini dianjurkan

hehehehe....
saya rasa saya mcm jin dalam lampu ajaib pulak dah ni..
memakbulkan permintaan orang...
teringat lagu christina aguilerra, genie in a bottle



ok, rakan blogger tu ada berdaftar untuk kursus esok
harap beliau akan hadir
sebab saya bersemangat  nak jumpa dia ni sebab belum pernah jumpa lagi
cuma berhubung melalui email dan blog je...

siapa orangnya?
mana boleh bagitau lagi...
nantikan entri berikutnya selepas kursus ini...  akan diwar-warkan..

jadi, kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari esok ditujukan kepada dia...

kredit gambar : Image: digitalart / FreeDigitalPhotos.net
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog