Permata Hartanah: mau 263 tips hangat?

Jika anda serius ingin membina pendapatan pasif dan menjana kekayaan melalui pelaburan hartanah, siri buku tulisan Renesial Leong wajib anda miliki dan baca

Siapakah Renesial Leong?

Beliau merupakan seorang pelabur hartanah wanita, rakyat Malaysia yang sangat terkemuka
bukan sahaja di Malaysia tetapi di beberapa negara lain di Asia
Kalau Azizi Ali lebih fokus kepada hartanah kediaman, Milan Doshi kepada retail lot
Renesial Leong sebenarnya lebih terkenal dengan hartanah komersial



Buku pertama di dalam siri ini adalah Permata Hartanah
ada dalam versi BM, English dan Mandarin.

Istimewanya buku ni sebab penuh dan melimpah-limpah dengan tips.
ada 263 tips dikongsikan
bermula dari mengapa beliau memilih pelaburan hartanah kepada pencarian lombong dan permata
hinggalah ke tips menyerlahkan permata anda kepada bakal penyewa dan panduan menginsuranskannya

beliau juga ada memberikan tips dari perspektif feng shui
yelah. mungkin anda tidak mempercayai feng shui tapi mungkin penyewa atau pembeli hartanah anda nanti seorang yang mempercayainya

lagipun saya dapati ada beberapa aspek feng shui yang memang common sense
contohnya membeli hartanah yanag mengadap tasik.
bukan sahaja feng shui, kita org biasa pun mmg suka kan rumah mengadap tasik sebegini
feng shui juga melarang kita membeli rumah yang menghadap simpang 3
kalau fikir betul- betul, rumah mengadap simpang tiga memang bukan lokasi yanag bagus
sebab bila malam, rumah kita asyik diterangi lampu kereta orang yang lalu simpang tu je
dan mengadap simpang tu kan, tentulah lampu kereta tu dipancarkan terus ke tingkap depan rumah kita
kan tak seronok dan terasa kurang privasi tu..

Penulis ni juga banyak berkongsi cerita-cerita benar yang memberi pengajaran dan boleh membuat kita terasa seronok membacanya
kes 'lubang kunci yang lesap'
cerita 'misi yang tidak mustahil'
cerita 'itu ialah kebanggan kami'
dan banyak lagi cerita-cerita benar .. 24 buah cerita semuanya


saya beli pada tahun 2006 pada harga RM 45.90
ada 249 muka surat, 16 bab kesemuanya.
saya begitu khusyuk membacanya hingga boleh tamatkan dalam masa 3 hari sahaja.

nak tulis satu persatu bab yang ada di dalamnya banyak sangat
tak payah susah hati, beli buku ni dan baca.

Buku asas yang wajib anda miliki

Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog