FOKUS: itu kata kuncinya
13 Mac 2012
apa yang kita lakukan adalah pilihan kita
berjaya atau tidak kita adalah pilihan kita
gembira atau tidak yang kita rasa juga adalah pilihan kita
memang lumrah hidup kita ada waktu naik, ada waktu turun
ada waktu suka, ada waktu duka
ada waktu kita berlari, ada waktu kita duduk
tapi selama mana kita berlari, selama mana kita terduduk itu pilihan kita
selama mana kita rasa gembira, selama mana kita rasa sedih dan putus harapan pun adalah pilihan kita
Allah dah tulis di dalam al-Quran, Dia tidak akan ubah nasib sesebuah kaum jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri
Kita percaya pada ketentuan, tapi kita juga percaya dengan usaha dan doa, Allah akan makbulkan doa kita
ini bermakna, kejayaan dan kegembiraan adalah piihan kita
Apa jadi kalau kita gagal?
Bangun balik, usaha lebih kuat
Gagal bagi saya bermakna kejayaan yang dilengahkan
Apa jadi jika berlaku sesuatu yang menyedihkan
Alihkan fokus, tumpu kepada perkara yang menggembirakan atau mengujakan
Bergantung pada tahap serius atau tidak punca kesedihan itu, memang akan makan masa untuk terus mengalihkan fokus
tetapi kita mesti cuba
Bagai orang Acheh yang tabah selepas tsunami
Bagai orang jepun yang tabah selepas tsunami dan radioaktif
Yang paling penting sebenarnya adalah fokus kita
Jika kita fokus pada perkara yang sedih dan gagal itu lama-lama
selama itulah kita tersangkut di situ
Mari kita buat satu latihan
Lihat dua keping gambar ini
Yang mana satu yang anda lebih suka lihat dan renung lama-lama?
![]() |
atau lelaki yang sedih dan tertekan itu?
Saya pasti manusia normal pasti lebih suka melihat sesuatu yang cantik, ceria dan boleh menenangkan hati kan,
Jadi, jika anda normal, pasti di sini anda lebih suka lihat gambar Zizan Nin lama-lama.
Oh kalau anda lelaki pula?
pasti anda lebih suka gambar ini








2 ulasan:
Uiks..ada e book gak, menarik nie...bila keluar??
zz, baru keluar malam isnin. saya umumkan di FB. kalau nak download, isi borang langganan kat tepi kanan sebelah atas tu ya! terima kasih banyak2 rajin baca dan beri komen di sini
Catat Ulasan