beli-belah buku

sabtu lepas saya pergi membeli belah buku
sebenarnya saya menerima voucher buku untuk pelajar hujung semester lepas
saya belum pernah guna pun voucher tu
hajatnya nak tunggu masuk semester baru sebab boleh lah saya gunakan untuk beli buku teks utk pelajaran saya

sebenarnya tarikh akhir voucher ini adalah pada 31 mac 2012
masih ada sedikit masa-masa kecederaan
tapi itulah yang kelakarnya
voucher buku ni sepatutnya digunakan oleh pelajar di dalam membeli buku-buku pelajaran
barulah betul meringankan beban pelajar


malangnya ia diedarkan semasa minggu peperiksaan
dan akan tamat tempoh sah dua atau tiga minggu selepas masuk semester, bergantung pada jadual semester universiti
ini bermakna, pelajar menerima voucher buku semasa mereka hampir nak bercuti semester
pada waktu begini, buku bukanlah perkara penting yang ingin dibeli oleh kebanyakan pelajar, khususnya pelajar undergraduate yang belum berfikiran panjang
itu sebabnya, mereka cuba menjual voucher itu untuk mendapat wang tunai
cuti sem, beb... masa untuk bergumbira!

bagi pelajar-pelajar lain dan pelajar matang seperti saya dan kawan-kawan, ehem.. , ramai yang telah gunakannya untuk membeli buku-buku tak berkaitan dengan pelajaran
ada yang beli novel berkepuk-kepuk, ada yang beli buku resepi, ada yang beli buku-buku motivasi
yang ada pemikiran bisnes, beli buku-buku perniagaan dan pemasaran

ramai yang dah habiskannya semasa cuti semester lagi
tapi saya cuba juga simpan hingga mac
mana tau saya sempat gunakannya untuk beli buku pelajaran

jadi sabtu lepas selepas 2 org pensyarah memberitahu buku yang dicadangkan oleh kami menggunakannya, saya pun terus ke kedai buku Book Xcess di Amcorp Mall, Petaling Jaya
Saya tak pernah ke Book Xcess ni sebenarnya
tapi kawan saya kata buku di sini sangat murah berbanding di tempat lain
bersungguh lah saya membawa senarai buku teks tu

Sekali bila sampai di sana, saya dapati hanrganya memang murah
buku yang berharga RM 40 ke atas hanya dijual dengan harga RM 17.90, RM 19.90 atau RM 24.90 sahaja
malangnya, hanya buku import sahaja yang ada
tak ada pun buku tempatan
saya pula sedang belajar undang-undang syariah
jadi memang buku-buku teks tu adalah buku-buku penulis tempatan

maka hancurlah harapan nak membeli buku teks pada hari itu
namun beli-belah harus diteruskan, apatah lagi selepas melihat harga buku-buku ini

akhirnya saya dapat membeli 7 buah buku
2 buah buku self-help
1 buah buku perniagaan
2 buku sejarah dan biografi berkenaan adolf hitler dan nuremberg trials
dan 1 buku resepi bayi untuk dihadiahkan kepada rakan saya di terengganu
tapi buku bayi tu, bukan buku yang dia minta.. buku tu tak ada :(



beli 7 buah buku semuanya
jumlah harga rm129
saya gunakan dua keping sahaja voucher tu dan tambah lagi wang tunai rm29

dua keping voucher lagi, saya terpaksa lah ke MPH juga untuk cari buku teks dan beli buku-buku tempatan pula

jika anda ingin berjaya di dalam perancangan kewangan anda, di dalam pelaburan hartanah atau di dalam apa jua perniagaan yang ingin anda ceburi
jangan putus membaca
kerana terlalu banyak ilmu yang boleh anda perolehi
buku boleh mengubah cara pemikiran anda
ia boleh juga boleh mengubah masa depan anda ke arah lebih baik

oh ye, jumaat lepas, Majalah Niaga terbitkan artikel terbaru saya berkaitan pelaburan rumah lelong
jika anda belum mebacanya, jom klik di sini

terima kasih banyak-banyak kepada tim Majalah Niaga kerana menerbitkan artikel ini
walaupun pada masa itu tuan aqif, salah seorang owner Majalah Niaga ini tidak sihat
semoga keadaan beliau dah semakin pulih sekarang
2