Baju kurung untuk raya

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

suami isteri gaduh, penyewa bagaimana?

08 Februari 2012

perkahwinan pasti membahagiakan?
oh oh.. ia biasa di dengar di dalam cerita cinderella.. snow white..  rapunzel...
penghujung cerita pasti ada ayat "and they live hapily ever after.... "
tapi adakah ia hakikat yang sebenar?
adakah ia terpakai untuk semua perkahwinan?

wohooo... soalan panas tu...
pasti ramai dah jawab dlm hati, "tak semua perkahwinan macam tu... ada yang bahagia, ada yang tidak.."



saya bukan pakar masalah rumahtangga.. jelas tidak!
tapi saya nak kongsikan kesan rumahtangga yang bermasalah pada bidang pelaburan hartanah kita.
cerita yang dikongsi di sini adalah berasaskan kisah benar


kisah 1


En F dan Puan A adalah suami isteri.
Puan A mengeluarkan wang deposit untuk membeli sebuah rumah yang mereka harapkan menjadi rumahku syurgaku mereka.
En F pula akan membayar bayaran bulanan.
Tetapi mereka kemudiannya tidak tinggal sama sebab En F dapat kerja di negeri lain.
Puan A pula dapat kemudahan rumah pekerja.
Rumah idaman tadi disewakan.
Pengurusan rumah dilakukan oleh En F, sewa pun dibayar terus ke En F.
Jodoh terlebih panjang, En F berkahwin lain di negeri tempat dia bekerja.
maka rumahtangga en F dan puan A berantakan hingga membawa ke perceraian.
maka episod berebut rumah berlaku.
tiba2 puan F berjumpa dengan penyewa, meminta penyewa membayar sewa kepada dia.
puan A siap naikkan kadar sewa lagi.
penyewa pun nak mengesahkan maklumat, dia menghubungi en F
en F bertegas nak sewa dimasukkan ke akaun dia dan kadar sewa kekal.
dari masa ke semasa puan A membuat lawatan tapak ke rumah ini.
kes perceraian dan tuntutan harta sepencarian di bawa ke mahkamah
En F terdesak nak selesaikan kes cepat, maka dia tawarkan rumah tersebut untuk dijual kepada penyewa dengan harga yang munasabah. 10% di bawah harga pasaran.
Lokasi sangat cantik dan memang susah nak jumpa orang nak jual rumah di situ,
maka akhirnya ia menjadi rezeki penyewa
Puan A gigit jari kerana beliau inginkan rumah tersebut, bukan keuntungan modal rumah tersebut yang dibahagi dua.






Kisah 2:


sekumpulan pelajar wanita mencari rumah sewa
akhirnya terjumpa satu iklan apartment untuk disewa dengan harga yang berpatutan
Mereka menghubungi si pengiklan yang mendakwa tuan rumah. saya panggil Puan Z
Deposit sebulan dan wang sewa dibayar
kemudian mereka pun berpindah masuk
Seminggu lepas tu, seorang lelaki datang ke rumah, kita panggil En J
En J kata mereka penyewa tidak sah sebab dia sebenarnya tuan rumah
Puan Z adalah bekas isterinya. Rumah dibeli semasa mereka berkahwin dahulu
tapi S&P atas nama En J.
EN J berkeras tak mahu menyewakan rumah tersebut dan mahu pelajar perempuan ini berpindah keluar
Puan Z gagal dihubungi
EN J ugut, kalau tak keluar dalam masa beberapa hari lagi, dia akan pecahkan pintu dan campak barang keluar
Terpaksalah pelajar-pelajar ini mencari rumah sewa lain dan bayaran sewa serta desposit hangus.


Moral of the story: berhati-hatilah.
kadang-kadang rumah tangga yang berantakan begini menguntungkan penyewa
kadang-kadang sebaliknya
langit tidak selalunya cerah




4 ulasan:

ctfarazila 8 Februari 2012 12:28 PTG  

masyaAllah... 90% di bawah harga pasaran???

rohaniah noor 8 Februari 2012 12:34 PTG  

alamak.. salah tulis daa.. sudah diperbetulkan.. tenkiu tegur..

sourplum 8 Februari 2012 2:35 PTG  

kes pertama menarik. kes kedua susah jugak.. kalau kte sbg penyewa, macam mana la nak tau sape owner. xkan nk mintak geran kut? ke nak kena buat carian? huhu

rohaniah noor 8 Februari 2012 3:18 PTG  

sourplum, kes pertama menarik bagi penyewa.. sangat tak menarik pada bekas isteri...

kes kedua menarik pada bekas si isteri sebab dpt duit saja-saja.. hm.. tp ye lah.. ni kes penipuan. penyewa tu boleh buat report polis atau dakwa di mahkamah tp oleh kerana kerugian cuma seribu lebih, mcm tak berbaloi pula naik turun mahkamah..

Catat Ulasan

Ada komen atau pendapat? mari kongsikan...

Calculator

the blogger

Foto Saya

she is a property blogger, a property investor and a property investment coach. She got a degree in IT from UTP and degree of legal studies from UiTM. Her aims are to be a self-made millionaire, open her own legal firm, achieve financial freedom, help those abused or unfortunate women and child and to love all creatures in this world, especially cute cats and greeny turtles.

Credits

The photo in the banner is provided by FreeDigitalPhotos.net

Copyright

Copyright © Propertywaltz.com. All rights reserved

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP