Saya dah tua sangat lah nak buat pelaburan hartanah


saya mengenali ramai orang.. berbual dengan pelbagai bangsa dan peringkat umur
saya juga mengenali yang lebih muda dari saya, sebaya atau lebih tua
ada yang lebih muda, bekerja beminat nak beli rumah
cantik lah

ada yang muda belum ada pendapatan tapi nak mula pelaburan hartanah
sangat cantik! ada caranya.. kemudian saya kongsikan

ada yang dah berusia dari saya.. dah hampir 50 tahun tapi berminat
tapi mereka takut dah terlewat..
ye lah loan mesti susah nak dapat kalau dah tua, kata mereka
komitmen pun banyak...

hm..
dalam artikel saya di majalahniaga.com yang diterbitkan semalam, saya kongsikan strategi yang boleh digunakan oleh bakal pelabur yang dah berusia ini.


boleh baca di sini ye.. enjoyyy...


oh ya.. lagi 2 hari Lend a Helping Hand 2011 akan berlangsung
setakat ni kami dah ada 17 peserta..
tapi pendaftaran masih lagi dibuka sebab kami nak kumpul fund sebanyak yang boleh.

kami akan kongsikan tips terbaik berkaitan motivasi, penentuan target, pantang larang pelaburan hartanah dan persoalan mrta v mlta vlife insurans.

penceramah seperti ctfarazila, Nicole, en esa, saya sendiri dan penampilan istimewa AE dah bersemangat ni.. malam sampai terngigau-ngigau..
hehehe....

ini kata-kata en esa pagi ni di wall FB Lend a Helping Hand 2011
Jangan melabur secara membuta-tuli, meraba-raba dan hentam keromo sahaja. Selain ilmu, anda perlukan peta kawasan yang anda idamkan. Anda boleh gunakan pelbagai cara dan pelbagai peta yang ada dipasaran. Tetapi tidak semua peta adalah lengkap, kemas kini dan sesuai untuk anda seorang pelabur hartanah.

Anda bakal peserta seminar amal Lend A Helping Hand 2011? Saya ada berita gembira untuk anda. Insyallah saya akan usahakan untuk beri 1 peta pelaburan kawasan Lembah Kelang.

Selain itu, jika ada peluang dan kesempatan, saya akan kongsikan;

1- peluang melabur guna teknik LiMoDo/NoMoDo dan
2- teknik manipulasi kewangan menggunakan kad kredit untuk dapatkan pinjaman secara percuma

Jika masa yang diberikan tidak mencukupi (sebab banyak perkara tentang motivasi & mindest yang akan saya ketengahkan), temui saya selepas seminar atau hubungi saya melalui emel

Terima kasih atas keprihatinan anda untuk menderma kepada mereka yang memerlukan bantuan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik anda.

semoga sukses!

haa... apa lagi, jom lah sokong dan sama2 menyumbang.
isi borang di sini dan saya akan emel anda berkenaan butiran pembayaran yuran sumbangan


Terima kasih ye

0