nak pasang kitchen cabinet

baru balik dari rumah sewa di cyberjaya
saya ada appointment dengan jeff, pakar kitchen cabinet saya
saya minta dia pasangkan kitchen cabinet untuk rumah saya di cyberjaya

hm.. setelah lebih 2 tahun rumah itu disewakan, saya rasakan dah tiba masanya untuk saya memasang kitchen cabinet
nak pasang yang simple tapi modern dan menarik

kitchen cabinet yang cantik akan menarik minat penyewa
lagipun pengubahsuaian begini akan menaikkan lagi nilai hartanah anda
hm..
memang saya merancang untuk refinance rumah ni atau menjualnya selepas 5 tahun..
ok, sabar.. lagi 3 tahun...

jeff ni, kalau anda pernah baca artikel saya sebelum ni, dia memang pakar bab kitchen cabinet, wardrobe, tv cabinet dan yang berkaitan dengannya
hasilnya cantik, kemas
dipasang pada masa yang dijanjikan
dan harganya.. walla! takkan dapat di tempat lain

saya pernah pasang wardrobe di rumah dan kitchen cabinet di dua buah rumah sewa kawan saya
blogger ctfarazila pun dengan yakin menggunakan khidmat beliau


wardrobe saya



kitchen cabinet di rumah kawan di domain neocyber


kitchen cabinet di rumah kawan saya di unipark, kajang


oleh kerana tempahan jeff penuh, jeff minta tempoh 10 hari untuk dipasang.
takde masalah sebab saya tak rush

ok, tak boleh tulis panjang-panjang sebab saya nak kena siapkan final project saya
kami masih ada 3 bab yang belum siap
16 disember kena hantar.. adehhhhh

sebelum tu, nak kongsikan trailer movie ni
tajuknya 'invictus'
lakonan oleh Morgan Freemen dan Matt Damon
arahan Clint Eastwood
saya tonton movie ni malam tadi sambil berehat dan menyeterika baju utk stok seminggu

filem ini berdasarkan kisah benar bagaimana presiden nelson mandela menyatukan rakyat South Africa
yang berkulit putih dan berkulit gelap melalui sukan ragbi
Presiden Mandela yang sebelum itu dikurung selama 30 tahun di dalam sel yang sempit

juga bagaimana pasukan ragbi South Africa sendiri terinsipirasi untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan mereka
dan akhirnya menang di piala dunia ragbi mengalahkan All Black dari New Zeland.

hebat kan!

tanpa saya sedari, mengalir juga air mata saya terharu semasa akhirnya mereka menang!
wohoooo!!

poem yang telah mengubah hidup mereka, saya kongsikan bait yang terbaik

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll.
I am the master of my fate;
I am the captain of my soul.

saya cadangkan anda wajib tonton filem ini
semoga anda mendapat sesuatu kebaikan daripadanya...


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog