lepas stress, kita sambut hari lahir

arghhh... sejak awal minggu memang stress rasanya
sebab ada assignment yang sangat susah nak kena hantar
assignment untuk subjek international law 2, pasal kaitan antara majlis keselamatan PBB dan mahkamah keadilan antarabangsa
fuhhh.. maut soalan ni...
buat dlm kumpulan. 1 kumpulan 2 orang
sepatutnya hantar jumaat tapi kami dapat mintak tunda sampai pagi ni
maka beberapa malam lah kami semua kurang tidur dan stress
sebab tu jugalah dah beberapa hari saya tak update blog
huhuhuhu

nak menyediakan jawapan tu satu hal..
nak kena baca banyak kes-kes mahkamah keadilan antarabangsa tu dan masukkan dlm jawapn tu yg lagi pening
bahasa inggeri hakim2 ni faham2 lah
sangat sangat pening...
bahasa kelas atasan lah katakan.. berpusing-pusing....
sampaikan saya outstation ke Gerik dan kuala kangsar pun terpaksa buat asingnment walaupun badan letih drive..
aduh...

alhamdulillah besar mana rintangan, pagi tadi dah hantar dah
hm.. biar lah berapa pun markahnya..
redha je

tapi ada satu perkara yang menarik berlaku
semalam hari lahir seseorang yang sangat penting buat saya
seorang yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya
dialah orang pertama yang baca artikel yang saya tulis untuk majalahniaga
artikel pertama tu adalah artikel ini

masa beliau baca tu, artikel ni baru siap ditaip dan belum dihantar ke majalahniaga pun...

beliau dan kakak beliau adalah orang yang sangat humble dan sudi meraikan saya lulus peperiksaan dengan bagus semester lepas.
memang saya sangat terharu

beliau dan kakak beliau sememangnya insan besar yang juga mempunyai hati yang besar
beliau memeperkenalkan saya kepada minuman gatorade
beliau memberi sms kata semangat kepada saya apabila saya nak masuk dewan peperiksaan
beliau memberi saya banyak peluang menimba pengalaman baru
beliau memberi kata2 semangat kepada saya semasa saya mula2 nak anjurkan sharing session property N co

walaupun tempoh saya mengenali beliau secara rapat dan peribadi memang tak lama
tapi jasa dan budi baik beliau kepada saya sangat besar

itulah sebabnya walaupun malam semalam assignent saya belum siap, saya tetap luangkan masa beberapa jam untuk siapkan video slide show ini
sebagai ucapan selamat hari lahir kepada beliau

dan waktu ini saya baru pulang dari meraikan hari lahirnya dengan kakaknya dan rakan2 yang lain
lewat sehari sebab hari lahir beliau semalam
tapi takper.. surprise menjadi.. hehehe
terima kasih juga kepada 5 orang yg berusaha keras mengurusetiakan majlis surprise ini...

Beliau yang saya maksudkan adalah Bibiana Peter atau saya panggil kak bibs

terima kasih yang tak terhingga kepada kak bibs
kerana menjadi sesorang yang sangat besar peranan dalam perkembangan diri saya tahun ini

Selamat hari lahir, kak bibs :)
(lagu one in a million ni lagu kegemaran kak bibs dan saya.. kebetulan)


0