Bila saya patut sewa je?

ok, hujung minggu lepas saya dpt panggilan telefon dari bekas rakan pejabat saya.

dia tanya, bila saya patut menyewa je?

wow.. soalan menarik!

jawapan spontan saya, ada 2 keadaan

1. bila kita baru nak duduk kawasan tu.. so tak tahu lagi kita akan rasa sesuai ke tak dgn kawasan tu.
mungkin kita baru bertukar pejabat ke tempat baru
atau berminat dgn satu kawasan yg baru dibuka di situ.
daripada tersilap langkah beli tapi rupanya di disitu ada bau tempat pembuangan sampah
atau kadar jenayah yang tinggi
atau berleluasanya anjing liar, baiklah sewa dahulu...
kalau berkenan baru beli.

2. Bila tempat kita duduk dan bekerja tu lebih untung sewa dari beli. dan kita tak merancang duduk situ sampai tua.
katakanlah anda bekerja di luar bandar atau di pekan kecil. contoh di machang, kelantan atau di masjid tanah, melaka
kadar sewa utk rumah teres cuma rm350
sedangkan kalau anda beli rumah tu, bayaran bulanan mungkin rm550.
anda pun duduk situ sebab diarahkan bertugas di situ.
so dlm keadaan ini, mungkin lebih baik anda menyewa saja...
lebihan rm200 tu boleh lah anda simpan dan gunakan untuk membeli hartanah di lokasi yang menawarkan ROI yang lebih tinggi.
tak salah berkerja di melaka tapi membeli hartanah di lembah klang.. asalkan ada orang menjaganya seperti kawan, saudara mara yag boleh dipercayai atau agen hartanah professional.

jadi, tak lah salah besar jika terus menyewa.
bergantung pada situasi anda.


Gambar hiasan: resort di pulau mabul ni saya sewa je.. rm70 satu malam siap dgn makan yang sedap-sedap.
0