Betul ke anda beli TV LED? macam kena tipu je

Salam hari sabtu..

Saya masih lagi dalam mood "Hak Pengguna".
Nak kongsikan satu artikel yang sangat menarik.
mungkin ada yang dah baca, tapi saya baru pagi ni terbaca lepas dikongsi oleh bekas boss saya.
Memikirkan mungkin ramai lagi yang belum tahu, mungkin elok saya kongsikan di sini.

Ia berkenaan LED TV.
tuntutan seorang pengguna yang membeli LED TV tapi kemudian mendapatinya hanya LCD TV.
tuntutan dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna.
Menariknya adalah penjelasan syarikat penjual tv tersebut yang mengatakan

"...semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.
Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun."
Berita ini tersiar di Utusan Malaysia pada 28/5/2011 yang lalu.

Anda ada membeli "LED" tv di rumah?
pastikah ia benar-benar tv LED?

gambar hiasan dari http://www.3dtvled.biz/


ini artikel penuhnya

Beli televisyen LED, dapat LCD
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.
Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.
''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.
''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog